Dr. Khir Toyo Masuk PAS...?

on Dec 25, 2011



Dr. Khir Toyo didapati salah atas tuduhan salah guna kuasa semasa memegang jawatan menteri besar selangor. Atas kesalahan itu beliau telah dijatuhi hukuman 1 tahun penjara.

di pihak beliau, Dr. Khir berpendapat yang beliau di kambing hitamkan atas kesalahan itu. Begitu juga pendapat penyokong penyokong beliau.

Di pihak penyokong kerajaan, UMNO khasnya terdapat pelbagai pendapat ada yang berpendapat menyokong, menyangkal dan ada yang tidak mengambil tahu.

Manakala di pihak penyokong pembakang pula berpendapat, ini adalah satu muslihat politik kerajaan, UMNO khasnya. Di mana kes ini adalah untuk kerajaan dilihat tegas dalam perlaksanaan undang-undang tanpa mengira sesiapapun, pangkat mahupun darjat.

TETAPI sekiranya Dr Khir keluar UMNO dan menyertai parti pembangkang.

1. Adakah Pihak pembangkang masih lagi berpandangan kes Dr Khir ini sebagai satu muslihat politik?

2. Mungkinkah Pihak Pembakang akan mula menyokong Dr. Khir dengan menuduh Mahkamah adalalah alat UMNO untuk menyingkirkan mana-mana pemimpin yang tidak disukai?

3. Adakah akan dilantik Dr khir sebagai bakal Perdana Menteri selepas Brader Anwar Bin Ibrahim berhijrah ke BAMBOO RIVER RESORT & SPA 9 januari ini.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat...



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List