Kemelut YB Sharizat dengan NFC(ORP or no ORP) milik keluarganya sudah hampir sampai kekemuncaknya.Mahu tidak mahu aku melihat Sharizat harus melepaskan jawatan nya sebagai Menteri Kabinet dengan terus mengekalkan jawatan nya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno yang dipilih oleh para perwakilan Wanita Umno,kecuali jika berlaku sesuatu luar jangka saperti Mesyuarat Luar Biasa bagi menentukan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita Umno.Tapi aku rasa ada lebih eluk jawatan Sharizat itu dikekalkan bagi menghadapi PRU13 yang mungkin diadakan bila bila masa sahaja.
Sejak isu NFC ini didedahkan oleh Rafizi & The Gang baik Sharizat mahupun keluarga beliau yang terdiri dari seorang 'SUAMI' dan tiga orang 'ANAK' telah melakukan banyak kesilapan dan langkah langkah sumbang yang akhirnya tidak membantu langsung memperbaiki PERSEPSI umum terhadap pengelibatan beliau dan dalam masa yang sama turut memalitkan kerajaan dan lebih buruk Umno kedalam kancah taik lembu ini.
Kalau semua masih ingat diawal pendedahan ini 'suami' beliau Mohamad Salleh telah memanggil kesemua Ketua Wanita Umno negeri negeri berkumpul dikediaman mereka.Untuk tujuan apa aku pun kurang pasti tapi tindakan paling bodoh yang tidak sepatut dilakukan oleh Mohamad Salleh walaupun dah dijangkiti 'sindrom bodoh lembu'.Apa kena mengena sampai Pergerakan Wanita Umno diheret sama dengan projek yang tiada kena mengena langsung dengan Ketua mereka Sharizat?
Selepas berdiam diri selama hampir 3 minggu tiba tiba pihak media dipanggil melawat ladang NFC di Gemas untuk dipertontonkan beribu ribu ekor lembu yang bertaburan dihadapan kandang Fidlot walaupun ada desas desus sebelum itu yang mengatakan tidak sampai seribu ekor lembu yang berada di ladang itu sebelum ini.Dikalangan penternak penternak lembu fidlot seluruh negara senario yang cuba dipaparkan melalui media hari itu merupakan LAWAK LEMBU paling kelakar kerana mereka mempersoalkan kenapa lembu fidlot yang dipertontonkan tidak berada didalam kandang fidlot dan dibiarkan bertaburan diluar kandang dalam jumlah yang banyak?Apakah semua lembu lembu itu baru tiba diladang itu entah dari mana?
Memanggil media untuk mempertahankan NFC hari itu telah mencetuskan khabar angin dalam komuniti bloggers yang konon nya RATUSAN RIBU RM telah 'dibayar' kepada beberapa bloggers untuk mempertahankan NFC bermati matian.Sama ada benar atau tidak khabar khabar angin ini ianya telah mencetus pergolakan dalam komuniti bloggers bila ada dikalangan bloggers(termasuk blog ini) terus menerus menyerang NFC dan dikecam hebat oleh mereka yang mempertahankan NFC dan Sharizat.
Dalam kenyataan akhbar Mohamad Salleh melalui peguam nya yang terkemuka hari itu dia telah mengeluarkan amaran akan menyaman pihak yang membuat 'pendedahan palsu' terhadap NFC,tapi sehingga hari ini masih lagi belum berbuat demikian.Amaran gempak ini dianggap sebagai wayang beliau sahaja sedangkan pasti dia tidak mahu kemelut NFC ini dibawa kemakamah untuk ditelanjangkan kepada umum.Hari ini kalau ada tindakan saman pun datangnya dari Sharizat sendiri kerana dikaitkan dengan NFC..betul lah tu.Kenyataan akhbar yang sama juga cuba menonjolkan imej 'sedih seposen' Mohamad Salleh bila membicarakan tentang PENGORBANAN anak anak beliau yang terpaksa bermain dengan taik lembu sedangkan teman teman sebaya mereka bergembira bekerja di luar negara.Memang sedih bila memikirkan PENGORBANAN tiga orang anak anak mereka yang terpaksa bermain dengan taik lembu dan dibayar gaji PULUHAN RIBU RM sebulan.Sedihhhhhh...hu hu nak nangis rakyat mendengarnya.
Dalam pada itu kemunculan HERO HERO UMNO kehadapan membela dengan 'fakta tunggang langgang' juga tidak banyak membantu.Lagi ramai yang kehadapan membela makin banyak pula maklumat baru yang terlondeh satu persatu.Mula mula 1 kondo..lepas tu 2..seterusnya 3 dan sewaktu artikel ini aku tulis sebanyak 5 buah kondo mewah bernilai hampir RM64 juta telah dikenalpasti sebagai milik NFC(ooops! silap..milik suami dan anak anak Sharizat) di Kuala Lumpur dan Singapura.Ada lagi ke agaknya lepas ini?Aku dikhabarkan oleh sumber sumber yang tidak diboleh dipercayai berkemungkinan ada juga hartanah yang serupa nun di Australia sana ditempat lembu lembu NFC diperolehi.Khabar angin je kot...
Sementara itu Sharizat asyik sibuk menyinsing lengan dan menggengam penumbuk menafikan pengelibatan beliau dengan NFC milik suami dan anak anaknya.Betul lah tu..apa kena mengena Sharizat dengan NFC syarikat suami dan anak anaknya.Korang tak pergi sekolah ke?Mana ada nama Sharizat dalam syarikat NFC?Semua tu milik suami dan anak anaknya dan mereka tak pernah kongsi apa pun dengan isteri dan ibu mereka.Lima buah kondo mewah jutaan ringgit yang dibeli mereka pun Sharizat tak dibenarkan tinggal..baik sekarang mahupun selepas pencen sebagai menteri kelak.Pelik kan keluarga ini?Begitu berintegriti sekali mereka bab 'conflict of interest' ini.
Sinsing punya sinsing,genggam punya genggam tau tau Sharizat ambil cuti 3 minggu untuk memudahkan pihak pihak berwajib menjalankan siasatan.Terbaik fikirku.Lagi terbaik bila dapat tahu Sharizat berada ditanah suci mengerjakan ibadah Umrah.Mungkin ada sesuatu yang bakal dia dapati bila disana nanti.Betul jangkaan aku balik saja ketanah air beliau mendapat HIDAYAH mengikut pengakuan dia sendiri semasa berceramah di Perak.Bukan 'hidayah' saja dia perolehi tapi Allah swt pun berkata kata dengan dia "Rupanya Allah kata wahai Shahrizat! Aku nak uji, uja dan duga kau selaku Ketua, samada kau ada iman, ada ibadah, ada semangat .. betul tak? Atau kau nak tumbang begitu saja…"...MasyaAllah tinggi sungguh makam Sharizat sehingga mampu membuat Allah swt berkata kata dengan dia.(bukan aku kata,Sharizat yang kata) sedangkan Rasullullah saw pun terpaksa menerima wahyu Allah swt melalui maalaikat Jibrail.Ish...ish..ish.
Ini yang aku kata MANGKUK BERTINGKAT TINGKAT bukan setakat mangkuk tingkat sahaja.Aku dah tak tahu nak kata apa lagi cuma teringat saranan aku kepada Sharizat diawal pendedahan ini dibuat Rafizi.Aku pernah sarankan agar Sharizat melepaskan jawatan menterinya supaya senang kami sebagai bloggers mempertahankan dia dan mengangkat sikap kebertanggung jawapan dia sehingga isu NFC ini diselesaikan.Pastinya kalau Sharizat mengambil serious saranan aku,beliau hari ini pastinya kami kompang sebagai Serikandi Wanita Umno dan memudahkan semua pihak terutama nya kerajaan dan Umno.
Tapi hari ini semuanya sudah terlambat untuk berbuat sesuatu.Jika Sharizat terpaksa melepaskan jawatan menterinya sekalipun ianya tidak dapat memperbaiki kerosakan yang dah berlaku.Keenganan beliau melakukan tindakan yang betul pada waktu yang betul melibatkan kesusahan kepada semua pihak terutama Perdana Menteri yang mewarisi parti dan kerajaan yang agak longgar jika dibandingkan dengan Perdana Perdana Menteri sebelum beliau.Diharap menteri menteri kabinet dan pemimpin yang lain akan bertindak lebih bertanggung jawap dimasa hadapan jika anda disyaki terpalit dengan apa apa isu atau skandal sehingga ianya diselesaikan.
sumber :- Blog Pro BN
0 comments:
Post a Comment