“Pelik bin ajaib, inilah kenyataan Pak Pandir yang keluar daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Apa kena mengena dengan Melayu?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.
Beliau juga mempersoalkan bukankah yang meminjam PTPTN adalah majoriti Melayu dan yang miskin juga orang Melayu.
“Alasannya, akan menjejaskan IPTS (institut pengajian tinggi swasta). Apa kaitan IPTS dengan orang Melayu?” tanya beliau lagi.
Bagi beliau, itu semuanya ada kaitan dengan kroni Umno.
0 comments:
Post a Comment