PAS Kelantan Bela Anuar Musa, Tamparan Hebat Buat Umno

on Apr 8, 2012


Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bersetuju dengan pandangan sesetengah peminat yang mahu kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diganti oleh generasi baru dan lebih segar.

Beliau mengulas tindakan FAM menggantung Pengerusi Kesatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa. "Apa yang berlaku kepada Annuar walaupun beliau daripada parti berlainan dengan saya tapi saya penuh simpati dan memahami tekanan yang dihadapi oleh beliau seperti mana juga yang dialami oleh Khairy Jamaluddin pernah merasai dahulu.

"Kafa perlu berbincang dan kita harap semoga masih ada jalan keluar agar potensi dan kemampuan Annuar dalam pasukan Kelantan dapat diteruskan, bukan terbantut dalam keputusan yang cukup mengecewakan," kata Wan Abdul Rahim.

Beliau berpendapatan, masih ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut FAM itu selain menggantung Annuar. Ini kerana, pengalaman Annuar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan sangat diperlukan untuk memajukan bola sepak negara.

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood pula mengharapkan FAM boleh menilai semula hukuman penggantungan Annuar itu.

Menurutnya, hukuman itu sangat berat untuk diterima oleh penyokong bola sepak negara khususnya rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors itu sendiri memandangkan Annuar juga adalah Presiden Kafa.

"Mewakili rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors kita menerima keputusan ini dengan sangat berat.

"Kita rai keputusan jawatankuasa tatatertib. Cuma kita harap ada satu ruang yang lain diberikan kepada beliau untuk memperbetulkan kelemahan," katanya kepada Harakahdaily.

harakahdaily




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List