Lagi Ramalan PRU 13

on May 28, 2012




Barisan Nasional (BN), sedang meneliti kemungkinan pilihan raya dijalankan pada Sepetember ini sebagai tarikh terawal dengan kerajaan mula menggerakkan jenteranya supaya memperolehi kemenangan besar dan Datuk Seri Najib Razak, menyemak senarai nama calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 negeri dengan meletakkan calon yang sesuai, kata sumber.

The Malaysian Insider telah melaporkan sebelum ini kemungkinan PRU akan diadakan seawal bulan Julai sebelum Ramadan bermula tetapi sumber BN berkata sebahagian kaji selidik menunjukkan BN perlu bekerja keras untuk kemenangan besar lebih-lebih lagi dengan 2.2 juta pengundi berdaftar akan mengundi buat kali pertama. Pilihan raya kali ini perlu diadakan sebelum April 2013 apabila mandat BN berakhir.

Difahamkan berdasarkan beberapa kaji selidik menunjukkan BN boleh memenangi sehingga 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-sekurangnya 80 kerusi sudah pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada PRU 2008.
“Datuk Seri Najib Razak seorang yang amat berhati-hati dan beliau menyemak setiap senarai calon dan jumlah penyokong. Beliau akan mengarahkan kaji selidik untuk memastikan sokongan untuk pengundi baru,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu berkata, kaji selidik itu akan siap pada Jun dan strategi BN akan dibuat ketika Ramadan dan Syawal.

“Ramadan dijangka bermula pada 21 Julai dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tarikh yang paling sesuai untuk pilihan raya adalah pada September sebelum musim Haji,” kata sumber lain.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan pentadbiran Najib akan membentangkan bajet tahun hadapan dan kemudiannya membubarkan Parlimen. “ Semua kemungkinan boleh berlaku tapi pilihan raya mungkin tidak berlaku sekarang,” tambahnya.

Sumber telah mengesahkan kepada The Malaysian Insider pilihan raya pada Julai ada kemungkinan kerana barang-barang untuk tujuan itu sudah pun diimport dan disimpan di dalam gudang menunggu masa diedarkan. Beberapa Umno cawangan juga mula meletakkan bendera di pusat bandar di seluruh negara, menjangkakan pilihan raya mengejut. Parti itu menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan semua negeri kecuali empat negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Najib sendiri berkata kepada belia sewaktu perhimpunan di Putrajaya hujung minggu lalu bahawa BN adalah pilihan terbaik. Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung selama tiga hari itu menarik kehadiran ribuan termasuk ucapan politik diselang-seli dengan konsert, aktiviti sukan, serta perlumbaan drag.

Pentadbiran Najib memfokuskan terhadap pelbagai demografi namun cadangan pemansuhan bantuan pinjaman oleh pembangkang memungkinkan sokongan terhadap belia berubah, kunci utama daftar pemilih yang terdiri daripada 20 peratus daripada 12 juta pengundi. Hampir 60 peratus daripada pengundi baru adalah pengundi Melayu, majoriti dominan di negara ini.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April menuntut pulihan raya adil dan bersih turut mengurangkan jumlah sokongan terhadap kerajaan dengan hampir 200,000 orang menyertai perhimpunan duduk bantah di ibu negara.
Najib pada 4 Mei telah menafikan spekulasi kononnya pilihan raya mungkin dilewatkan kerana Bersih 3.0, dan menegaskan tarikh pilihan raya akan ditentukan rakyat. “Tarikh pilihan raya bergantung kepada itu,” katanya.
“Ia terpulang kepada rakyat. Kami akan memutuskan berdasarkan pengamatan rakyat terhadap kerajaan,” tambah Najib.

Bersih, gabungan 84 NGO telah menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan sistem daftar pemilih untuk ketiga-tiga perhimpunan mereka pada 2007, dengan yang terakhir pada 28 April lalu yang mana ribuan peserta merempuh ke kawasan Dataran Merdeka yang telah diharamkan pihak berkuasa.

Pentadbiran Najib telah membentuk panel khas Parlimen selepas Bersih 2.0 dan telah mengemukkan 22 syor namun ditolak Bersih.
SPR semalam menafikan kaji selidik yang menunjukkan hampir separuh responden tidak mempercayai kredibiliti daftar pengundi, dengan menegaskan saiz sample terlalu “kecil” dan “rawak” untuk mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

Kaji selidik yang diumumkan Jumaat lalu oleh Merdeka Centre mendapati 92 peratus pengundi mahu daftar pemilih dibersihkan, dengan 48 peratus barsetuju data daftar pemilih tidak lengkap dan tepat.


sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List