Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, terdapat beberapa petanda baik untuk membubarkan Parlimen, namun ia terpulang kepada Najib bagi menentukan sama ada BN berupaya mencapai objektifnya untuk memperoleh majoriti dua pertiga.
"Saya juga amat yakin beliau (Najib) ingin mencapai majoriti dua pertiga, namun sama ada ia boleh dicapai atau tidak, itu adalah perkara yang berbeza.
Tetapi saya fikir beliau mungkin boleh melakukannya lebih baik daripada 2008," katanya kepada pemberita selepas diisytihar Ikon Membaca Nasional Keempat di Perpustakaan Negara hari ini.
Tetapi saya fikir beliau mungkin boleh melakukannya lebih baik daripada 2008," katanya kepada pemberita selepas diisytihar Ikon Membaca Nasional Keempat di Perpustakaan Negara hari ini.
Apabila ditanya masa terbaik untuk Najib membubarkan Parlimen, bekas perdana menteri itu dengan pantas menjawab, "Selepas raya."
Beliau turut mengulas kenyataan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa BN tidak mampu menawan Selangor jika pilihan raya umum diadakan dalam bulan Jun.
"Hendak kata tidak menang tu tidaklah... tetapi kita perlu ambil masa, saya fikir kalau saya masih jadi Perdana Menteri, saya akan ambil masa yang cukup (sebelum membubarkan parlimen), kita ada sampai 2013," katanya.
Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata beliau yakin demonstrasi jalanan 28 April di ibu negara baru-baru ini hampir tidak mempunyai sebarang kesan terhadap pilihan raya umum akan datang kerana rakyat menyedari ia bukanlah berkaitan reformasi pilihan raya.
"Ia hanya cuba memberi gambaran bahawa kerajaan negara ini melakukan penindasan dan mengamalkan kekejaman polis agar mereka boleh menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi.
"Mereka fikir mereka tidak boleh menang dalam pilihan raya, jadi mereka fikir kita (Malaysia) perlu diperlihatkan seperti Tahrir Square di Kaherah di
mana demonstasi diadakan setiap hari sehingga akhirnya kerajaan dapat ditumbangkan, itu sebenarnya yang mereka mahu lakukan," katanya.
mana demonstasi diadakan setiap hari sehingga akhirnya kerajaan dapat ditumbangkan, itu sebenarnya yang mereka mahu lakukan," katanya.
Mengulas khabar angin bahawa anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir kini mengintai peluang untuk menjadi Menteri Besar Kedah, Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.
"Yang lebih penting ialah apa yang kepimpinan mahu beliau lakukan." - Bernama
Amaran Mahathir Pada Najib
"Jika di rujuk kenyataan Dr Mahathir semalamPRU13 sesuai selepas Aidilfitri, kata Mahathir dan kenyataan beliau sebulan lepas Mahathir: ‘Masa sudah sesuai’ bagi Najib panggil PRU13 jelas membuktikan kecelaruan yang meracau dan fobia dan istilah ''Melayu Mudah Lupa'' memang sesuai dengan Dr M Najib sedar pengaruh Dr M dalam pentadbiran Najib atau UMNO sendiri masih kuat tidak seperti Pak Lah. Kenyataan terbaru beliau jelas membuktikan beliau tidak yakin Najib akan memenangi PRU13 nanti.
Komen Dr M seringkali menjadi petunjuk atau kiasan mahu pun provokasi setiap isu yang di tanyakan sejak beliau menjadi PM lagi. Tarikh ''selepas Raya'' secara spontan apabila di tanya pemberita semalam juga pengesahan istilah ''Melayu Mudah Lupa'' yang sering menjadi ikutan Ikon Membaca ini.
Komen Dr M seringkali menjadi petunjuk atau kiasan mahu pun provokasi setiap isu yang di tanyakan sejak beliau menjadi PM lagi. Tarikh ''selepas Raya'' secara spontan apabila di tanya pemberita semalam juga pengesahan istilah ''Melayu Mudah Lupa'' yang sering menjadi ikutan Ikon Membaca ini.
Menjadi resmi UMNO dan gerombolan untuk mengekalkan legasi keturunan mereka untuk menyambung 'dosa' yang pimpinan mereka tinggalkan dan tidak ingin berubah, Maka meletakkan Mukhriz sebagai calon MB tidak memenuhi impian beliau selama ini. Beliau sedar BN agak sukar untuk merampas Negari Kedah dan meletakkan Mukhriz juga percaturan yang silap.
Najib dan Dr M sedar perhimpunan Agong UMNO yang lepas tidak mendapat sambutan yang hangat maka 'Game' telah bermula dalam UMNO dan BN tentang calun PRU13 DAN 2 minggu makan angin Najib keluar negeri dan tinggal Muhiddin dan mentor beliau Dr M untuk merangka strategi masing2.
Sebagai bekas PM dan Ikon Membaca , Dr M di nasihatkan untuk berehat dan membaca serta beramal di hujung-hujung usia beliau, dan jika beliau sempat melihat PR di PutraJaya maka akan juga di cadangkan Tribunal Jenayah Rakyat seperti membicarakan George Bush dan sekutunya dan menjadi sejarah Malaysia dan Dunia tentang apa yang telah beliau lakukan.