Radio jadi senjata PKR di Sarawak

on Jun 17, 2012




Radio gelombang pendek kini menjadi senjata paling berkesan bagi pembangkang untuk menyebarkan maklumat di kawasan pedalaman Sarawak.  Menurut sesetengah kaum asli yang mengikuti Radio Free Sarawak dengan radio yang diderma, mereka kini gagal untuk menyokong Barisan Nasional lagi.
Gambar dipetik dari Facebook.
Ketika ditemuramah MerdekaReview dengan telefon, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, Paul Bian berkata, PKR mula mengumpulkan radio yang diderma orang ramai, dan dihantar ke rumah panjang di kawasan pedalaman, selepas Hari Krismas pada tahun lalu.  Namun demikian, radio yang diterima itu telah lapuk, dan tidak begitu baik dari segi penerimaan.  Justeru itu, kesannya tidak begitu memuaskan.

Selepas itu, pihaknya berjaya mendapatkan radio gelombang pendek yang lebih berkesan, dan menghantar dalam bilangan yang besar ke dalam kawasan pedalaman.  Orang asli dapat mendengar rancangan Radio Free Sarawak saban hari selepas radio dihantar ke rumah panjang.

Menurut Paul Bian, daripada respon yang diperolehi, kebanyakan penerima radio mendakwa diri mereka telah mengetahui kebenaran.  Rupa-rupa diri mereka telah ditipu selama ini, kata mereka.  Paul Bian menyusul dengan soalan, seandainya Barisan Nasional memberi wang RM500, malah RM1,000 kepada mereka sepanjang pilihan raya, adakah mereka akan berpaling tadah?  Orang asli sebaliknya memberitahu, apapun yang diberikan BN akan diterima, tetapi tidak akan mengundi BN.

Paul Bian menjelaskan, adalah perlu untuk mengajukan soalan sedemikian agar penduduk kaum asli ini membuat persediaan dari segi mental.  Nampaknya mereka telah memutuskan untuk tidak dibeli kali ini, kata Paul Bian.

Ilmu meneyuntik keberanian
Menurut Paul Bian, keadaan ini tidak pernah berlaku di kawasan kampung sebelum ini.  Ramai yang berkata orang di kawasan kampung bodoh, mudah dibeli dengan RM20, padahal mereka tidak bodoh, tetapi di-"basuh otak"-nya selama ini oleh propaganda BN.  Dan agak sukar untuk pembangkang menampilkan pandangan yang berbeza di rumah panjang sepanjang tempoh kempen.

Pengalaman wartawan ketika membuat liputan di Empangan Bakun, Sarawak mendapati penduduk tempatan hanya mampu akses kepada rancangan dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).  Maklumat yang diperolehi kesemuanya informasi dari kerajaan BN.  Malah, beberapa kawasan DUN di luar bandar Kuching, kediaman penduduk agak jauh berpisah.  Ini belum lagi termasuk kawasan yang perlu pengangkutan sampan, seperti Hulu Rajang dan Baram.  Lebih-lebih lagi, tempoh kempen yang pendek juga tidak membenarkan calon untuk sampai ke setiap kawasan dan bertemu dengan calon untuk menjelaskan manifesto dirinya.

Paul Bian mendakwa, minda rakyat telah dibuka selepas terdedah kepada rancangan Radio Free Sarawak, yang membongkarkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan negeri.  Nampaknya agak mustahil untuk menangkis arus sedemikian.

Pengasas "Adopt A Dayak Candidate Initiative", Noelle Jiang berkata, apa yang dibincangkan dalam rancangan Radio Free Sarawak berhubung rapat dengan penduduk kaum asli di kawasan pedalaman, misalnya tanah adat, pendidikan kanak-kanak, perubatan dan sebagainya.

Selain itu, calon juga membincangkan isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dalam rancangan ini, dan menjadi saluran terbaik untuk rakyat terdedah kepada pandangan mereka.

Menurut Noelle Jiang, rancangan ini telah menyuntik kekuatan kepada pendengarnya, dan biasanya diakhiri dengan seruan, jikalau pendengar mengidamkan perubahan, maka mereka perlu pergi mengundi.

Radio Free Sarawak diasaskan pada 15 November 2010, oleh Clare Rewcastle Brown, adik ipar kepada mantan Perdana Menteri Britain.  Bahasa pengantarnya adalah bahasa Iban dan Malaysia.  Menurut Paul Bian, hampir kesemua penduduk Sarawak mampu memahami bahasa Iban, dan sesetengah tetamu rancangan juga menggunakan bahasa Malaysia.  Salurannya adalah 15420 kHz.

Lapan kawasan pedalaman yang dijadikan fokus


Noelle Jiang berkata, semua orang tahu untuk menukar kerajaan, namun mustahil pembangkang mempunyai peluang seandainya mengikut cara berkempen hanya pada tempoh kempen pilihan raya.  Ramai sedar bahawa Sarawak yang memiliki 31 kerusi parlimen adalah negeri yang paling penting.  Pada dasarnya, kawasan bandar cenderung untuk pembangkang sekarang, oleh itu, kawasan pedalaman perlu ditawan.

Noelle Jiang menambah, calon Parti Keadilan Rakyat dipercayai akan bertanding di kebanyakan kawasan pedalaman.  Calon berketurunan Dayak dan Iban dipercayai akan menyarung jersi kali ini, dengan slogan "Dari Sarawak ke Putrajaya" - satu petanda yang amat penting.

"Beli satu radio untuk bebaskan Sarawak" adalah sebahagian daripada program "Adopt A Dayak Candidate Initiative".  Sebelum ini, mereka juga mengumpul derma untuk membeli sebuah perahu, agar calon pembangkang dapat turun ke kawasan tertentu untuk berkempen.  Pada pertengahan Jun, projek menyewa kereta pacuan empat roda dan pembelian minyak akan dilancarkan.  Iniasitif ini diusahakan dengan harapan agar orang ramai boleh melibatkan diri dan menyumbang untuk perubahan.

2,200 buah radio mula diagihkan ke setiap rumah panjang di lapan kawasan tumpuan PKR, iaitu Baram, Kanowit, Lubok Antu, Limbang, Saratok, Selangau, Sri Aman dan  Hulu Rajang.

"Apa yang dimaksudkan kawasan tumpuan adalah kawasan yang berpotensi untuk membawa kemenangan.  Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, PKR sebagai parti kebangsaan bertanding di kesemua kawasan agar tidak memberi kemenangan percuma kepada BN.  Inilah kewajiban sebagai parti nasional.  Dan keadaan ini menjurus kepada kekurangan sumber parti itu.  Kini, parti ini memberi tumpuan untuk menyerang kawasan yang utama ini... Sebanyak 2,200 radio gelombang pendek telah dihantar ke lapan kawasan tersebut setakat ini."

Noelle Jiang berkata, Ali Biju yang bertanding di kawasan parlimen Saratok sebelum ini tidak meminta radio, tetapi mengemukakan permintaan ini baru-baru ini.  Jadi, sebahagian radio juga diagihkan ke kawasannya.  Ali Biju juga ADUN Krian dari PKR.

Menurut program tersebut, sekurang-kurangnya dua atau tiga radio perlu dibekalkan untuk rumah panjang yang memiliki 60 hingga 70 orang penghuni.  Beliau berharap agar matlamat 2,200 radio tercapai di akhir bulan April. (Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sosial Facebook dan laman internet.)

Tiga orang calon yang dibantu di bawah program "Adopt A Dayak Candidate Initiative" ini adalah peguam yang mengendalikan isu tanah adat, Abun Sui, Roland Engan dan Nicholas Muhah.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuhyang disiarkan pada 9 Jun 2012.



merdekareview

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List