SAH......Daftar Pemilih Di Selangor KOTOR.....?

on Jun 7, 2012


7 JUN 2012  -


TIba2 Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor melenting. Beliau marah dan murka terhadap program "Selangorku Bersih" anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih Selangor dari pengundi2 hantu. 

BERNAMA melaporkan Noh Omar begitu tidak senang dengan program penyiasatan rumah ke rumah anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan memastikan kewujudan setiap pengundi yang berdaftar dalam daftar pemilih di Selangor. 

Soalnya sekarang, apa kuasa Noh Omar untuk menolak program yang baik seperti ini? Dato Noh Omar ini sebahagian dari SPR kah? Yang lebih besar persoalannya adalah mengapa Noh Omar menentang usaha ke arah sebuah pilihanraya yang bersih? 

Sepertinya Dato Noh Omar redha dengan pilihanraya yang paling kotor yang bakal diadakan di Selangor hasil dari kerjasama SPR. Tidak hairanlah Timbalan Pengerusi SPR, yang juga seorang ahli UMNO, mengikut cakap ketuanya dan menolak program tersebut. 

Alasan Wan Ahmad adalah kononnya pegawai2 kerajaan Negeri tidak ada hak memeriksa IC. Bagi Tulang Besi, soal KAd Pengenalan tidak wujud. Ini kerana biasanya pengundi2 hantu ini akan didaftarkan di alamat2 yang tidak wujud ataupun di alamat2 premis yang bukan rumah seperti tokong, kedai, masjid, pejabat dsbnya. 

Maka, di situ sudah cukup untuk kerajaan negeri MEMBONGKAR ratusan ribu pengundi hantu yang telah didaftarkan oleh UMNO. Dan kita lihat sendiri bagaimana eratnya hubungan UMNO dengan SPR. 

Apabila UMNO/Noh Omar membuka mulut, SPR pun sambut dengan gembira. Maklumlah, SPR itu adalah salah satu biro di dalam UMNO.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List