Umi Hafilda amat KESAL...

on Jun 26, 2012


Umi Hafilda cukup terkilan dan kecewa dengan sikap kebanyakan Pak-Pak Menteri dan Ketua-Ketua umno yang lain kerana asyik makan gaji buta di-mana dalam tugas untuk kes 'serang Anwar', dia kata yang hanya dia seorang saja yang bekerja keras untuk jatuhkan Anwar manakala mereka yang lain-lain semua sedang tidurrr !!!


Dia berkata demikian semasa di temu ramah 'paper' milik umno utusan, selepas memberikan ceramah politik di satu kampong semalam. Dari segi lain pula, bila di-amati betul-betul ayat-ayat umi ini jelas menunjukan yang umno/BN sedang kritikal dan hanya dengan 'bring Anwar down' sahaja yang boleh menyelamatkan mereka.


Ummi tak takut ugutan, ancaman

ROMPIN 24 Jun - 
Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali tidak gentar dengan ugutan mahupun ancaman, sebaliknya akan terus menyerang dan membunuh segala hipokrasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya, Azmin.

Bagi wanita itu, negara kini berada di tahap kritikal ekoran sikap Anwar serta Azmin yang jika tidak dibendung akan memudaratkan negara.

"Seluruh kepimpinan UMNO perlu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab kita berada di tahap kritikal kerana Anwar dan Azmin melakukan hipokrasi yang dahsyat di seluruh negara.

"Kita jangan takut pada ancaman, jangan takut pada ugutan dan kalau niat kita betul, perjuangan kita betul, rakyat pasti akan menerima apa yang kita sampaikan.

"Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli yang berhormat dalam UMNO tidak turun padang menyerang dan membunuh segala hipokrasi Anwar dan Azmin sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti," katanya.
 


Utusan / dollah yankee -


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List