Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak sudah tidak sabar lagi hendak menjadi Perdana Menteri apabila menyuarakan keinginan supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini juga.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri, terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri.
“Hampir semua pihak menjangkakan BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.
“Jika keadaan itu berlaku, Najib yang kini dianggap liabiliti Umno mesti berundur kerana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini dipaksa berundur bila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 lalu,” katanya.
detikdaily
0 comments:
Post a Comment