Pada era dimana setiap Presiden atau Perdana berada di bawah pemerhatian teliti rakyat. Si pemimpin tidak akan boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti tanpa diketahui oleh orang ramai termasuklah maklumat yang sulit. Ini kerana, jadualnya bagi satu tahun telah dirancang dengan lebih awal.
Namun, ada kalanya butiran yang disebarkan kepada orang awam hanyalah apa yang dilaporkan oleh media mengikut arahan pihak atasan - dalam erti kata lain, apa yang orang ramai perlu diberitahu sahaja dan bukan apa yang mereka perlu tahu.
Dan ini adalah asas mengapa media alternatif perlu wujud, bagi menceritakan versi yang berbeza untuk peristiwa yang sama, dan membenarkan orang ramai untuk menggunakan akal untuk membuat penilaian dan kesimpulan sendiri.
Walau media dikawal, Najib gagal yakinkan rakyat
Setakat ini, terdapat laporan berita dan gambaran keadaan politik dalam media arus perdana, yang semuanya sudah tentu dikawal oleh kerajaan – inilah sebab utama mengapa Malaysia dikatakan tidak mempunyai kebebasan media. Oleh itu, akhbar alternatif memainkan peranan dengan melibatkan semua pihak, termasuk parti-parti pembangkang dan NGO untuk mendapat publisiti dan bukannya di media arus perdana sahaja.
Kini, dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung, liputan yang paling banyak tertumpu pada UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Daripada jutaan maklumat yang disampaikan, ia boleh disimpulkan bahawa gambaran keseluruhannya di Malaysia tidak menggalakkan dengan masa depan yang tidak menentu, walaupun banyak laporan memberangsangkan yang berjaya dihebahkan oleh akhbar arus perdana. Mengapa agaknya walaupun mengawal saluran seperti akhbar, tabloid, TV dan stesen radio yang hebat, Najib dan UMNO masih dilihat sebagai pengamal rasuah dan tidak berkesan?
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa media alternatif Malaysia dan laman web pro-pembangkang sangat berkesan. Mereka yang dibiayai dengan cukup pula cenderung memberi laporan berkenaan BN-UMNO tetapi masih memberi ruang kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Mereka yang pro-pembangkang beroperasi dengan dana yang ketat dan sering digambarkan seperti tidak wujud.Walau bagaimanapun, mereka amat berkesan kerana kebijaksanaan individu dan kelebihan memilih isu-isu yang menjadikan Najib dan BN cemas, sekaligus mengurangkan kredibiliti para pemimpin ini.
Tekanan gabungan alternatif dan akhbar pro-pembangkang sering memaksa Najib ke satu sudut kecil, malah, meliputi hampir semua isu-isu yang timbul sejak dia mengambil alih sebagai PM pada April 2009. Perhatian ini telah membuat rakyat sedar bahawa tidak semua dasar yang dicadangkan PM dan parti pemerintah UMNO baik untuk negara.
Lebih teruk dari Badawi
Najib kini telah ‘flip-flop’ berkali- kali sehingga penganalisis politik mengatakan dia telah menjadikan Abdullah Badawi kelihatan seperti orang yang berpendirian kukuh! Badawi dahulunya telah digelar sebagai PM ‘Sleeping Beauty’ Malaysia untuk tempoh masa yang singkat, dimana Najib mungkin sudah lepasi dan ramai yang meramalkan pemerintahannya akan berakhir dengan legasi yang lebih teruk daripada Badawi.
Tiada apa yang dirancang Najib dilaksanakan dengan sepenuhnya atau berada di landasan betul dan selalunya terhenti separuh jalan.Selepas mengambil alih daripada Badawi, keadaan sosial, politik dan keadaan ekonomi menjadi semakin teruk ditambah dengan undang-undang dan ketenteraman di negara ini yang kritikal. Untuk ini, Najib telah dipersalahkan kerana menyebabkan orang ramai lebih ragu akan integriti kehakiman dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak.
Pada saat-saat akhir ini, untuk PM yang memegang tempoh pemerintahan penggal pertama, dia telah sepatutnya mengadakan pilihan raya umum. Keadaan sekarang benar-benar menunjukkan kepada kita akan sokongan lemah terhadap dirinya. Walaupun kaji selidik menunjukkan bahawa dia semakin popular dalam BN, masuklah ke kedai kopi dan tanya; kebanyakan orang akan menggelengkan kepala mereka dan mengakui bahawa Najib tidak pantas memimpin Malaysia keluar dari ketidaktentuan.
Dalam Umno, pertengkaran, perbalahan, pengkhianatan dan perbuatan mensabotaj semakin menjadi-jadi terutamanya apabila Najib telah memutuskan untuk mengadakan PRU ke-13 hanya selepas pemilihan dalaman UMNO. UMNO telah berpecah dan ia telah mencapai tahap di mana ia tidak boleh dibendung.
Setiap pemimpin atasan UMNO telah membuat kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain dalam usaha untuk mencuri perhatian. Dari kumpulan ini, tiada seorang pun yang lebih menonjol selain bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang kini dianggap sebagai Perdana menteri de-facto Malaysia. Tanpa sokongan Mahathir dalam UMNO, Najib akan kehilangan pekerjaannya sebelum tahun ini berakhir.
Pemimpin UMNO lain sibuk dengan agenda sendiri
Malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat kenyataan bercanggah dengan Najib mengenai beberapa isu, seperti menjadi orang Melayu lebih penting dari menjadi rakyat Malaysia. Ketua Pemuda UMNO,
Khairy Jamaluddin tidak ragu-ragu membuat Najib kelihatan seperti pengecut kerana tidak menyahut cabaran perdebatan awam dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Atas inisiatif sendiri, Khairy telah berdebat dengan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.Dia telah melakukannya sebanyak dua
kali - pertama di London dan kedua di KL berkenaan isu PTPTN. Ini membolehkan orang ramai menilai kepimpinan dan kualiti para peserta dan secara tidak langsung mengalihkan semua tumpuan kepada Najib kenapa dia terus menolak pelawaan Anwar.
Rais Yatim, dalam usaha untuk memperlekehkan perhimpunan besar BERSIH 3.0 untuk pilihanraya yang bersih, memperbodohkan dirinya apabila mengumumkan bahawa mereka menggunakan teknik yang diguna pakai oleh BBC dan menyatakan bahawa bilangan penunjuk perasaan hanyalah 22.741 apabila jumlah sebenar adalah sekitar 250,000 .
Dan seseorang dalam UMNO semestinya telah mengarahkan media pro-kerajaan untuk menyatakan seramai 100,000 yang
hadir pada ulang tahun ke- 66 UMNO apabila jumlah sebenar adalah kurang daripada 50,000.
Klip video yang ditunjukkan di saluran TV kerajaan menggambarkan peserta BERSIH 3.0 sebagai pengganas telah menjadi ejekan dan diabaikan oleh orang ramai yang lebih suka menonton rakaman sebenar yang boleh didapati di Youtube, yang telah mendedahkan polis melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan.
Malah, askar siber UMNO yang dibayar RM300, 000 sebulan sudah semakin senyap. Ulama UMNO (ulama agama ) seolah-olah buat tidak
tahu, dibebani oleh percubaan menjadikan UMNO nampak lebih alim apabila skandal seks dan rasuah pemimpin begitu berleluasa. Shafie Apdal tidak akan dapat meyakinkan orang ramai bahawa dia tidak menyerahkan jutaan ringgit pada pelakon popular Zahida Rafik.
Najib bukan hanya perlu menutup skandal besannya, Maira Nazarbayev, yang kononnya 'mencuri' kondo mewah bernilai USD 20 juta daripada bekas suaminya,
malah akan diheret ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan kerana didakwa menerima 114 juta euro atau rasuah RM570 juta kerana bersetuju beli 2 kapal selam Scorpene dari DCNS pasti menghantui fikirannya.
Di seluruh negara termasuk kebanyakkan negeri
Ahmad Shabery, yang menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya baru-baru ini membazirkan sekurang-kurangnya RM20 juta wang pembayar cukai untuk mewujudkan satu gambaran palsu akan populariti UMNO, juga telah gagal.
Jauh sekali dipuji, Shabery dikutuk pula oleh rakyat Malaysia yang ingin tahu kenapa dia tidak bertanggungjawab kerana membelanjakan RM2 juta untuk membawa masuk kumpulan K-pop hanya untuk memastikan belia menghadiri acara itu. Apabila perlumbaan kereta dicemari oleh kemalangan yang mencederakan 17 penonton, Shabery melakukan apa yang biasanya dilakukan burung unta - mengebumikan kepalanya dalam pasir!
Sementara itu, Raja Nong Chik menteri wilayah persekutuan masih meneruskan perbalahan dengan Menteri Wanita, Shahrizat
Jalil. Orang lama UMNO, Rafidah Aziz masih mencari peluang politik walaupun dia kini berusia awal 70-an. Rafidah cuba untuk mengambil kesempatan daripada kejatuhan Shahrizat akibat rasuah RM250 juta NFC dengan meminta dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO, tetapi Shahrizat berjaya mempengaruhi Najib untuk menyokong dirinya.
Ini telah mendorong spekulasi bahawa Shahrizat mempunyai pengaruh ke atas Najib dan ia mungkin ada kena mengena dengan sebuah apartmen bernilai RM1.7 juta yang dibeli di Kazakhstan, yang didakwa adalah hadiah perkahwinan untuk anak perempuan dan Najib dan menantunya, anak Maira.
Idris Jusoh bekas Menteri Besar Terengganu masih cuba mensabotaj ketua menteri, Ahmad Said apabila terdapat peluang untuk berbuat demikian. Di Selangor, UMNO tidak mempunyai calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar dengan pengarah pilihan raya BN Mohd Zin ditolak oleh ahli-ahli UMNO Selangor mentah-mentah, bersama-sama dengan yang lain
yang turut menyimpan hasrat seperti Noh Omar dan Ezam Mohd Noor.
Sepupu Najib sendiri dan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein tidak yakin untuk bertanding di Semberong, di mana
ada kemungkinan dia akan dikalahkan.
Ghani Othman Menteri Besar Johor telah memegang jawatan tersebut untuk tempoh yang lama dan sekaranng, pemimpin
UMNO yang lain sedang berbalah untuk menjatuhkan dirinya sekaligus menjadikan pertikaian dalaman parti semakin parah.
Di Perak, Zambri Kadir yang tidak popular tidak mampu memberi apa-apa jaminan bahawa
kerajaan itu akan kekal di bawah BN selepas PRU ke-13. Jika dia berbuat demikian, dia hanya akan disindir dan dihina dengan lebih teruk lagi.
Sarawak berada bawah kawalan penuh Ketua Menteri Taib Mahmud dan Najib tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengawal Taib sama sekali. Sebaliknya, ia adalah Najib yang menjadi orang suruhan Taib. Manakala di Sabah, Pakatan Rakyat terpaksa merahsiakan pelan tindakan mereka sehingga PRU ke-13 diumumkan kerana ada kebimbangan bahawa BN akan menggunakan wang untuk mematahkan rancangan pakatan dengan menggunakan ahli-ahli politik tempatan.
Mahathir menggalakkan keganasan?
Mahathir juga telah secara aktif menuding jari pada orang lain. Dia telah mendakwa bahawa BN menjadi lemah kerana Badawi, tetapi dia sebenarnya prejudis terhadap Badawi kerana melindungi Najib, ini kerana Najib akan menjaga kepentingannya dengan lebih baik.
Berdasarkan senario di atas dan banyak lagi yang mungkin akan mengambil terlalu banyak ruang dan masa untuk disebut, peluang BN untuk menang dalam PRU ke-13 sangat sukar walaupun penganalisis pro-UMNO menegaskan bahawa parti pemerintah dengan mudah akan mengekalkan 137 Parlimen kerusi yang dipegangnya.
Fakta ini membuktikan bahawa UMNO-BN boleh dikalahkan. Bekas MB Selangor Khir Toyo Selangor yakin bahawa Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak sekali lagi akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan tidak menolak kemungkinan bahawa lebih banyak negeri juga akan dimenangi oleh Pakatan.
Kenyataan Mahathir hanya mempunyai sedikit kebenaran apabila dia bahawa BN kehilangan lima negeri dan menyaksikan majoriti yang kurang bukan kerana pembangkang kuat tetapi kerana BN telah lemah. Tetapi selepas empat tahun, rakyat boleh melihat sendiri bahawa pihak pembangkang telah menjadi lebih kukuh manakala UMNO-BN bertambah lemah.
Oleh itu, kedua-dua Mahathir dan Najib telah membuat ancaman bahawa mungkin ada keganasan sekiranya terdapat perubahan rejim. Pada asasnya, UMNO tidak mempunyai rancangan sendiri untuk terus berkuasa.
Setakat ini, ia telah meletakkan semua harapannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk meraih hasil pilihan raya yang menggalakkan tetapi diberi tentangan hebat daripada perhimpunan Bersih oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa, penjawat awam termasuk polis tidak lagi yang berminat untuk menipu demi menjaga kepentingan UMNO dan BN. Tiada siapa yang mahu dipersalahkan atau ditangkap kerana menipu apabila bencana yang bakal berlaku pada UMNO semakin mendekat dari hari ke hari.
Sudah tentu UMNO masih akan menipu apabila tiba PRU ke-13 nanti menjadi PRU yang paling kotor pernah berlaku di Malaysia. Tetapi itu tidak lagi dapat menjamin kemenangan UMNO-BN, maka Najib mula berdalih untuk memberikan lebih masa untuk merancang.
Menerima hakikat akan kalah dan membuat rancangan keluar
Jadi ia jelas bahawa UMNO perlu menghadapi prospek kekalahan. Ia merupakan tambahan 'beban' bagi elit pemerintah UMNO untuk merancang strategi keluar, tetapi mereka telah berbuat demikian. Perkara pertama yang mereka telah cuba dapatkan adalah wang TUNAI. Pemerhati telah mendakwa tawaran yang dibuat kepada Syed Mokhtar, kroni jutawan UMNO yang dipercayai melakukan penswastaan aset negara pada harga diskaun yang tinggi adalah kerana dia boleh menyimpan wang itu untuk mereka!
Kerana UMNO mempunyai pengalaman menghasut kepada tercetusnya kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969, tidak mustahil ia akan cuba menggunakan taktik yang sama sekali lagi untuk terus berkuasa. Tetapi rakyat sekarang sudah celik untuk menghidu permainan perkauman yang ketinggalan zaman UMNO itu.
Tidak salah jika dikatan bahawa 13 Mei adalah risiko besar untuk Najib. Mahathir mungkin menggalakkannya tetapi Najib sebagai PM perlu bertanggungjawab jika rusuhan berlaku di luar kawalan. Yang pasti, dia akan memusnahkan legasi sendiri dan nama keluarganya jika cuba untuk menggunakan kekerasan seperti dalam krisis di Perak.
Rakyat Malaysia telah menunjukkan melalui Bersih 2.0 dan 3.0 bahawa mereka tidak akan dipermainkan lagi dan akan berdiri menghadapi rejim BN jika mereka cuba untuk melakukan sesuatu yang melampau.
Akhirnya, rakyatlah yang akan memaksa UMNO-BN untuk meninggalkan Putrajaya dengan cara halus. Sudah terdapat tanda-tanda bahawa UMNO sedang mempelajari dengan cara yang sukar bahawa ini adalah keputusan yang mereka perlu hormati. Ramai rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk mahukan perubahan dan akan mengundi Pakatan Rakyat.
Akhirnya, Najib dan UMNO hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri. Keputusan berada dalam tangan mereka untuk menentukan jenis tindakan perlu mereka ambil, tetapi ada peluang yang mereka akan sedar dan menolak Mahathir yang mempunyai niat melakukan keganasan untuk melindungi dirinya dan kekayaan keluarganya, dan menyerahkan kuasa melalui proses yang aman dan damai.
Malaysia Chronicle
0 comments:
Post a Comment