Copy & Posted By mahi on
Oct 6, 2012
Tentera Turki menembak tentera tentera Syria di selatan pos sempadan Tal al-Abyad, utara Provinsi Raqa, wilayah yang dikuasai pemberontak.
Media-media Turki memberitahu para tentera menembak Tal al-Abyad setelah Syria melancarkan serangan mortir bandar Altinozu, di wilayah Hatay, Turki, yang terletak di dekat sempadan, sekitar pukul 16.30 waktu setempat.
"Mortir-mortar baru sahaja jatuh di dekat sebuah pos tentera selatan sempadan dengan Turki," kata Pengarah Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman, mengutip saksi.
Para aktivis mengatakan Wilayah Raqa adalah rumah bagi ribuan pelarian Syria yang melarikan diri dari kekerasan pemerintah negara tersebut
Tembak-menembak antara dua negara tersebut berlaku dua hari selepas bom meriam milik tentera Syria jatuh di Wilayah Sanliurfa, Turki Tenggara, dan menyebabkan lima orang terbunuh dan 13 orang lain cedera.
0 comments:
Post a Comment