Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.
"Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi.
"... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).
"(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," kata Anwar yang juga ketua umum PKR di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi.
Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.
Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta.
"Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN.
Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak.
Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat.
Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan.
"Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu.
Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut.
"(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.
"Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya.
Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13.
"Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya.
Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni.

malaysiakini
0 comments:
Post a Comment