Anwar: Peluang Cerah PR Memerintah Malaysia

on Dec 18, 2012



Anwar: Peluang cerah PR memerintah, M'sia jauh di belakang negara-negara 'Arab Spring'


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ada peluang yang baik bagi Pakatan Rakyat pimpinannya untuk menggantikan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, yang disifatkannya sebagai "autoritarian" dan jauh ketinggalan di belakang kebanyakkan negara-negara Tengah Timur yang baru-baru ini mengalami perubahan rejim kerana rakyat mereka bangkit menuntut berakhirnya pemerintahan yang mengamalkan rasuah dan zalim.

"Kita mempunyai jangkaan yang realistik, saya berani mengatakannya. Dalam pilihan raya 2008, kita telah menang majoriti mudah sebanyak 51% daripada undi. Kita kalah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak terutamanya di kalangan suku kaum pribumi. 

Sejak 4 tahun yang lalu, kita telah bekerja keras dan dapat menembusi kawasan tumpuan luar bandar …jadi sudah tentu, kemungkinan itu ada, "Anwar berkata semasa temu bual dengan Al Mayadeen TV dari Beirut yang dirakam di Kuala Lumpur pada 20 November yang lalu dan telah disiarkan pada 12 Disember.

http://almayadeen.net/ar/Programs/Episode/udV3cAbf6kqr76ElAWpQyw/2012-12-12-.

Kepelbagaian - kekuatan PR, bukan kehancuran


Ketua de facto Parti Keadilan Rakyat yang berusia 64 tahun itu menolak kemungkinan bahawa gabungan tiga parti, PR mungkin berpecah akibat perbezaan ideologi politik selepas tamatnya pilihanraya umum. PR terdiri daripada PKR parti berbilang kaum, PAS yang Islamik dan DAP yang sekular.

Anwar mendakwa kepelbagaian akan menjadi kekuatan PR dan bukan memusnahkannya.

"[Kami terdiri dari] PKR, parti Islam [PAS] dan DAP yang diasaskan oleh kaum Cina, kami terdiri dari pelbagai latar belakang. 

Satu lebih kepada sekularisme dan satu lagi Islam. [Tetapi] kita mempunyai garis panduan dasar yang jelas, apa yang kita maksudkan dengan kebebasan bersuara, badan kehakiman, suara hati dan dasar ekonomi yang mesti menggalakkan pertumbuhan, mesti berpendirian teguh dalam melaksanakan keadilan, kesaksamaan dan pengagihan yang saksama dan ... Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi ia masih memastikan kebebasan menyeluruh untuk rakyat bagi mengamalkan kepercayaan mereka, "kata Anwar.

PAS tidak ekstimis


Beliau juga menolak dakwaan bahawa PAS adalah radikal.
"Saya telah bekerjasama dengan parti Islam ini dan tidak wajar untuk mengatakan bahawa mereka adalah radikal kerana mereka telah bersetuju dengan platform dasar am ini [mengenai pelbagai isu termasuk] ... isu jantina, dan juga kebebasan beragama."

"Sebagai umat Islam, kita menerima Syariah, kita menerima Al-Quran. 

Kami menerima bahawa dakwah, dan mesej kita harus diwakili ... Saya berpendapat kita tidak harus menafikan rakyat daripada berbincang tentang Islam atau negara Islam atau 'hudud' (jenayah undang-undang Islam). 

Sepertimana kita tidak boleh menghalang orang daripada bercakap tentang sekularisme atau undang-undang secular. Konsensus kami adalah No.1, kita terikat kepada perlembagaan dan No 2. kita mesti membuat konsensus sebelum kita memulakan sebarang rancangan atau program baru. Jadi saya tidak terlalu bimbang tentang hasilnya. "

Anak-anak Mahathir adalah billionaire!


Seorang bekas timbalan perdana menteri, kerjaya politik Anwar tiba-tiba hancur pada tahun 1998 apabila bekas bos beliau Mahathir Mohamad memenjaranya atas tuduhan meliwat yang direka dan tuduhan rasuah yang telah pun digugurkan oleh mahkamah tinggi negara.

Anwar berkata kekurangan suara Pembangkang yang kuat pada masa itu menyumbang kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam pentadbiran pemerintah, dan sesiapa sahaja yang mengambil pendirian yang berbeza akan dianggap mencabar status quo.

"Dr Mahathir banyak menjalankan program yang baik. Saya ada bersamanya, saya merupakan sebahagian daripada pasukan itu tetapi anak-anaknya adalah bilionaire," kata Anwar.


"Itulah masalahnya dengan diktator dan anda mungkin sudah biasa dengan yang ada di Timur Tengah. 

Mereka seolah-olah berfikir bahawa apabila mereka memusnahkan seorang, mereka boleh menghentikan yang lain. Mereka telah terbukti salah."

Beliau mengutuk tindakan Mahathir dan parti pemerintah Umno yang terus mengganggu beliau dan keluarganya walaupun setelah "memukul saya sehingga separuh mati", memenjarakannya selama 6 tahun, dimana dia selalunya menghabiskan masa di dalam sel yang berasingan.

"Mereka menggambarkan saya sebagai sejahat-jahat manusia. Satu masa saya menjadi pelampau Islam, hari lain, saya orang CIA, pro-Israel, selepas itu saya seorang peliwat pula," kata Anwar.

Jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat


Dia bersetuju dengan keputusan kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan bilangan rakyat Malaysia yang masih merasakan bahawa hubungan antara etnik telah menurun sebanyak 12% antara 2006 dan 2011, dan bilangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa perpaduan etnik adalah baik juga menurun daripada 54%kepada 35% berbanding tempoh yang sama, mendakwa ia sebagai "anjakan yang ketara dalam pemikiran rakyat Malaysia" yang telah memberi manfaat kepada pakatannya dan merugikan populariti pentadbiran Najib pula.

"Hasil kaji selidik itu membantu untuk mengukuhkan kedudukan bahawa di bawah pentadbiran ini, kerajaan yang sering memainkan isu-isu perkauman, ketuanan Melayu, hak-hak Melayu, memburukkan orang lain, ‘berhati-hatilah pada negeri di bawah kami kerana ia telah dikristiankan’ – apabila kami bertanya di mana dan apakah buktinya? Tiada."

Walaupun begitu beliau optimis tentang Kebangkitan Arab, menjelaskan bahawa kemunculan 'kuasa rakyat' telah memberi kesan negatif yang dialami di beberapa negara di mana rejim baru telah bertukar menjadi autoritarian sepertimana pemerintah sebelumnya yang telah digulingkan.

Anwar begitu yakin bahawa semangat untuk tidak membenarkan pemerintah-pemerintah yang korup untuk terus memerintah akan meresap ke dalam Malaysia pada pilihan raya umum yang akan datang yang berkemungkinan besar akan diadakan menjelang Mac 2013.

"Hampir semua media di sini tidak mempunyai ruang untuk perbezaan pendapat atau Pembangkang. Saya tidak diberi walau seminit pun atau masa ke udara. Semua dihalang. 

Tetapi anda tidak boleh memandang rendah akan kebijaksanaan rakyat kerana bagaimana anda boleh mengharapkan mereka untuk menjatuhkan diktator, rejim kejam? Rakyat mempunyai kuasa itu.

Jadi kita perlu bekerja keras untuk melibatkan diri. Perkembangan di dunia Arab -. revolusi rakyat - memberi pengaruh yang besar terhadap rakyat, pelajar-pelajar mengikuti perkembangan terutamanya di Timur Tengah, Mesir untuk memahami mengapa ia berlaku. 

Mengapa rakyat tiba-tiba bangkit untuk menolak rasuah dan penyalahgunaan hak kebebasan dengan sekatan? "

Malaysia ketinggalan dibelakang


Beliau juga menegaskan bahawa 'perubahan' yang dituntut oleh penunjuk perasaan Kebangkitan Arab telah menyebabkan banyak perkembangan positif bagi negara masing-masing. 

Walaupun ia akan mengambil masa untuk kesan sepenuhnya terungkap dan membuahkan hasil positif, keberanian rakyat dalam berdiri untuk reformasi sudah membantu negara mereka selangkah jauh dari Malaysia.

"Dahulu kita lebih baik tetapi saya fikir bila kita melihat Tunisia, Mesir, Turki dan semua masalah yang mereka hadapi, saya tidak memperkecilkan itu, tetapi mereka jauh di hadapan kita. 

Mereka mempunyai media yang bebas, mereka mempunyai pilihan raya yang adil dan bebas dan mereka cuba untuk menjadikan badan kehakiman mereka bebas dan berfungsi. 

Mereka mengambil pelbagai langkah dalam meminda undang-undang di Tunisia. Walaupun ia adalah satu proses ... ia sememangnya perlahan dan akan kesilapan pasti terjadi, ia jauh lebih maju dan progresif daripada apa yang kita lihat di sini, "kata Anwar.

"Dari segi ekonomi, kita lebih bernasib baik. Kita lebih maju dari segi perindustrian,dan penyediaan infrastruktur. Saya fikir kita perlu beralih kepada isu-isu kebebasan dan pencerahan budaya."

Diktator & autoritarian MESTI PERGI!


Mungkin dengan Mahathir yang semakin tua, dan dituduh masih gila kuasa, Anwar menyuarakan kritikan terakhirnya. 

Kebangkitan Arab atau pemberontakan rakyat walaupun mempunyai kekurangan serta rintangan adalah isyarat muktamad bahawa lembaran baru, walaupun sukar dan payah, telah bermula di Timur Tengah dan akan merebak ke negara-negara membangun yang lain termasuk Malaysia, katanya.

"Pemerintahan dunia baru sudah tentu sangat relatif sama ada anda melihatnya dari Washington, London atau Paris. Jika anda melihatnya dari segi perubahan yang baik, ia adalah diluar jangkaan. 

Tiada siapa yang waras akan mengatakan ia tidak dialu-alukan, ia memang menyakitkan, proses itu sendiri menyakitkan dan sekejam mana pun yang kita lihat di Syria sekarang, ia sememangnya satu proses ke arah reformasi demokrasi, dan kebebasan. 

Sesuatu yang positif. Diktator dan autoritarian mesti pergi, tiada persoalan lagi. Anda mesti mempunyai keabsahan untuk menyuarakan dasar dan memimpin rakyat," jelas Anwar.


Malaysia Chronicle


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List