Sampai bila Rais Yatim mahu terus dengki dan cemburu terhadap rakan-rakan seperjuangan? |
Apa yang eksterimis dalam agenda persidangan Perkasa yang Rais Yatim mahu menggelapkan rakyat jelata dari menyedari dan mengetahui mengenai agenda perjuangan Perkasa?
Jika ianya satu usaha kerajaan untuk menjaga imej BN supaya tidak dilihat sebagai sedondon dengan Perkasa, ianya boleh difahami dari menjaga imej politik ketika PRU13 yang bakal hangat.
Masaalahnya arahan tersebut agak bersifat peribadi dan memperlihatkan perasaan cemburu apabila ada arahan khusus menyebut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Mohd Hasan, Ketua Penerangan Perkasa, dan saudara Ruslan Kassim yang merupakan pemimpin-pemimpin dari Negeri Sembilan tidak boleh dibenarkan liputan.
Apa yang dicemburui Rais terhadap mereka? |
Jika tidak kerana Felda itu adalah 'baby' Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kemungkinan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad pun akan ditahan liputan. Sebabnya liputan berkenaan Felda adakala keluar dalam versi yang lebih 'tone down' dan mesej yang disampaikan tidak tepat dan berkesan dalam menjawab isu.
Walaupun jari jemari Rais Yatim di syaki memainkan peranan tetapi Felda turut menghadapi masalaah dengan firma Perhubungan Awam Edelmann yang dilantik.
Banyak masaalah telah timbul dari sikap Rais Yatim yang tidak boleh mengawal langsung sikap kuat cemburu, dengki dengan kemajuan dan kejayaan rakan-rakannya sendiri, dan sering berdendam terhadap mereka yang enggan akur dengan kemahuan, arahan dan sedia sekongkol membantunya melakukan dan menutup tindakan dendamnya.
RTM?
Kekerapan bahan pameran muzium berumur 70 tahun keluar TV tidak naikkan rating |
Rakyat menyedari RTM melaporkan berita mengenai Rais Yatim hampir tiap-tiap hari dan sudah sampai tahap menyampah melihat tiada muka lain yang muncul di kaca TV.
Dalam satu lawatan penulis ke Sandakan pada bulan Oktober, ada rakyat jelata yang menyedari profil berlebih-lebihan yang diberikan kepada Rais Yatim dan isterinya, Datin Maznah oleh RTM itu hingga melebihi liputan kepada Timbalan Perdana Menteri.
Ianya begitu ketara hingga menimbulkan syak sesama rakyat di Sandakan bahawa Rais Yatim akan 'menjatuhkan' Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikannya di jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Malah ada banci yang dijalankan secara rahsia yang mendapati rakyat menyedari isteri Rais Yatim, Datin Maznah lebih kerap keluar di RTM dari isteri Perdana Menteri dan isteri Timbalan Perdana Menteri dan isteri Menteri-Menteri lain langsung tiada liputan, jika mereka perlu diberi liputan.
Sudahlah RTM berhadapan dengan masaalah rating yang corot sekali kerana tiada audiens.KSU Dato Kamaruddin Sirap sendiri pernah berkata, "Apa yang penting audiens, kalau tidak ditonton, tiada maknanya." [Baca kenyataan KSU Kementerian sini.]
Kini arahan liputan berita untuk publisiti peribadi dan menghitamkan liputan kepada acara-acara dan pemimpin-pemimpin lain tidak akan membantu usaha penerangan kerajaan yang kini lebih mencabar dengan adanya pelbagai saingan. Seriuskah Rais Yatim berkata nak naikkan rating? [Baca Berita Harian sini.]
RTM tidak mendapat tempat dalam hati dikalangan penonton bandar dan ini menjadi salah satu batu penghalang untuk kerajaan mendapat perhatian dan agenda kerajaan tidak sampai kepada pengundi di bandar. [Baca ulasan Rontog pada tahun 2011 sini]
Siapa yang mahu memberi ruang untuk mendengar berita RTM jika tiada muka lain yang keluar? Asyik-asyik muka Rais.
Sudah tua-tua ini berubahlah dan buang perangai lama yang sudah ramai maklum dan ketahui. Jangan sampai RTM ... Rakyat Terlalu Marah dan akhirnya kerajaan dan parti jadi mangsa. Parti lawan tidak menjanjikan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran untuk agama, bangsa dan tanahair.
sumber
RTM pun boikot Ibrahim Ali dan PERKASA?..Alahai.. kesiannya kat depa..
Agak malang buat Ibrahim Ali dan PERKASA yang mendakwa diri mereka sebagai sebuah NGO yang menyokong Najib dan UMNO, kerana aktiviti mereka baru-baru ini langsung tidak diberikan tempat dalam laporan media kerajaan.
Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru inilangsung tidak mendapat tempat dalam RTM.
Adakah pihak RTM juga berpendapat bahawa Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang merupakan Presiden pertubuhan itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara ini?
Atau pihak mereka telah menjangkakan, kenyataan-kenyataan yang akan keluar pada Perhimpunan PERKASA itu akan menimbulkan lebih kebencian rakyat Malaysia terhadap UMNO yang disokong oleh PERKASA?
Kenapa agaknya perkara ini berlaku kepada PERKASA?..
Nak tahu apa jawapannya? sila baca sebahagian dari artikel yang dipetik dari Blog Pro UMNO ( Another Brick in The Wall ) di bawah ini...
Jika sebelum ini blogger-blogger pembangkang dan pro-kerajaan dan penerbit filem Tanda Putera menjadi mangsa kepada sikap cembru, dengki dan dendam Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, kali ini Perkasa dan beberapa pemimpin Negeri Sembilan pula dijadikan mangsa.
Sering kali, dendam dan serangan yang dilakukan Rais dikaburi dengan justifikasi dan cara membodeknya yang sungguh menjijikan. Banyak pihak sudah menyedari niat buruk disebalik tindak tanduknya. Yang menyedihkan sekali, genggaman kuasa dan paranoia Rais Yatim tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan dan parti.
Malahan ianya tidak juga akan menguntungkan dirinya dan parti pemerintah. Sudah ada pengamal industri kreatif kecilan dan 'budak-budak produksi' yang hingga terikrar kata-kata untuk ikut serta Pakatan Rakyat dan menjatuhkan kerajaan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Mereka begitu marah hingga sanggup lakukan semua ini jika Rais Yatim dikekalkan dalam kabinet dan Kementeriaan.
Dikhabarkan sumber-sumber tertentu bahawa Rais Yatim telah mencemburui dan berdengki terhadap Perkasa yang telah melangsungkan satu Perhimpunan terbuka besar-besaran bersempena Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ketiga dan ulangtahun keempat pertubuhan tersebut.
Disebalik satu pameran sokongan terbuka Perkasa kepada kerajaan Barisan Nasional serta komponen parti MCA dan MIC, liputan yang diberikan kepada majlis Perkasa yang sangat bermakna itu anih sekali begitu hambar. Ucaptama yang disampaikan oleh penerima anugerah bintang Perkasa, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria tidak langsung diberikan ruang.
'Blackout'
The Star pastinya memberi keutamaan untuk memberi liputan kepada konvensyen seteru MCA, DAP di Pulau Pinang. pada hari Sabtu memang banayk sekali program-program yang dijalankan baik pihak kerajaan, BN, pembangkang dan NGO-NGO.
Akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times tidak boleh diharapkan untuk memberi liputan kepada Perkasa kerana pasukan penyunting yang condong keapda fahaman liberal dan agak bersimpati keapda agenda neo-liberal.
Namun begitu, akhbar berbahasa Melayu kumpulan NST, Berita Minggu [rujuk arkib Ahadnya di SINI] tidak langsung melaporkan walaupun pemberita mereka dilihat berkeliaran. Manakala liputan TV3 yang agak terhad masa untuk melaporkan berita politik terpaksa menumpukan kepada Konvensyen DAP.
Hanya Mingguan Malaysia yang sedia terus memberi sokongan. Walaupun agak lari dari mesej utama yang mahu disampaikan, Sinar Harian masih juga memberi sedikit sebanyak liputan dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan Dato Ibrahim Ali dan Tan Sri Harussani.
Pengesahan kepada arahan 'blackout' dari Rais Yatim susah untuk disangkal apabila tiada langsung liputan berita samada bertulis atau secara video oleh pihak Bernama, Bernama TV dan saloran yang kini sering disebut dengan nama jolokan baru oleh khalayak awam sebagai Rais Tayang Maznah.
Malahan kini, sudah keluar arahan kepada semua media dan khususnya RTM dan Bernama supaya tidak memberi langsung liputan keapda sebarang pemimpin-pemimpin Perkasa. Arahan itu tidak membenarkan langsung mana-mana pemimpin Perkasa untuk keluar di program Hello Malaysia di Bernama TV.
Artikel seterusnya yang penuh dengan ampu-ampuan buat PERKASA sila baca di ( Another Brick in The Wall )
Kesian kat Pak Brahim.. Media Utama UMNO sendiripun dah tak lalu nak siarkan program dia tu.. tapi dia masih tak sedar diri..
Ni pantun buat Pak Brahim...
Apa diharap padi di bukit,
Mungkin sudah dicuri orang,
Bagaimana pula hati tak sakit,
Jasa di tabur di hina orang...
ha..ha..ha.. padan muka hang!!
Jasa di tabur dihina orang.. hatinya sakit,
Kononnya berjasa demi rakyat,
Wahai Pak Brahim.. Kalau hati sudahlah sakit,
Tolaklah UMNO/BN sokonglah Pakatan Rakyat!!
0 comments:
Post a Comment