Tengok Gambar Pun Dah Tahu......

on Jan 13, 2013









Himpunan Kebangkitan Rakyat petang tadi merupakan himpunan yang paling berjaya dalam sejarah penganjuran perhimpunan. Kebangkitan rakyat kali ini bukannya kebangkitan yang calang-calang kebangkitan. Ia merupakan perhimpunan terbesar dan ia melebihi dari perhimpunan semasa menyambut kemerdekaan negara pada tahun 1957 dahulu. Pada jangkaan saya himpunan ini lebih besar dari humpunan Bersih 3.0 pada 24 April tahun lepas.

Ada yang telah mengatakan jumlah kehadiran melebihi 700,000 dan ada yang menganggap jumlahnya lebih besar dari itu. Bagi saya jumlah kehadiran hari ini sudah cukup untuk meyakinkan yang perubahan akan tetap berlaku jika di izin Tuhan.

Tidak perlu lagi kita menulisnya dengan panjang lebar. Tatap sahaja beberapa gambar yang saya petik dari beberapa pihak dan ia sudah cukup untuk memberikan gambaran tentang kemahuan rakyat terhadap perubahan.
Lautan manusia ini akan diterjemahkan kepada undi di dalam pilihanraya nanti. Apa yang perlu kita lakukan hanya bermohon kepada Tuhan agar segala gerakan rakyat ini sentiasa berada di dalam keredhoanNya selalu.

Apa yang perlu dilakukan oleh pihak yang mencari perubahan ini, ialah dengan menumpukan segala usaha untuk menjolok rahmat Yang Maha Esa itu selain dari usaha zahiriah yang sudah nampak kejayaannya.

Jauhi dari sifat takbur dan berazam lah untuk menjaga rakyat dan negara dengan penuh bertanggungjawab dan tidak lari dari kehendak dan tuntutan agama, adab dan adat kita sebagai orang Malaysia yang penuh dengan sifat dan nilai itu.



 

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List