Nampaknya UMNO semakin terhimpit dikala PRU ke 13 semakin hampir tiba. UMNO semakin tidak digemari oleh kaum bukan melayu/islam. UMNO masih tidak mahu mengerti dengan tindakan bukan melayu/islam pada PRU-12 yang lepas. Ketika itu UMNO@BN di kalahkan dalam hampir semua kawasan majoriti nya kaum bukan melayu/islam.
Di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa kaum bukan melayu/islam sudah menolak UMNO@BN. Pada PRU-12 itu kita juga melihat bagaimana parti PAS dan PKR naik melonjak kerana mendapat sokongan dari kaum bukan melayu/islam. UMNO@BN terselamat kerana rakyat di Sabah dan Sarawak masih belum terjaga dari tidurnya.
Selepas PRU-12 yang hampir menumbangkan kerajaan UMNO@BN, kerajaan UMNO@BN masih gagal memperbaiki kedudukan nya. Boleh dikatakan kedudukan UMNO@BN hari ini semakin parah dari pada semasa menghadapi PRU-12 yang lepas.
UMNO@BN telah gagal untuk mengembalikan sokongan kaum bukan melayu/islam kembali menyokong UMNO@BN. Parti2 komponen nya seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP masih lagi ter kiyal2 hidup segan mati tak mau. Kaum bukan melayu/islam masih belum yakin terhadap parti2 komponen UMNO@BN ini.
Sekarang kedudukan UMNO@BN semakin bertambah parah apabila isu bible bahasa melayu yang mengunakan kalimah Allah mahu di bakar oleh PERKASA. UMUM semua nya sudah tahu tentang hubungan PERKASA dengan UMNO. Tidak boleh di nafikan bahawa semua anggota, ahli2 dan penyokong PERKASA itu terdiri dari orang2 UMNO belaka.
Dengan kebangkitan rakyat di Sabah dan Sarawak yang sudah di sedarkan dari tidur nya oleh Pakatan Rakyat pasti UMNO@BN akan menerima padah buruk pada PRU-13 yang akan di adakan tidak lama lagi. Saya kira segala apa juga bentuk pemberian atau bantuan seperti BR1M yang di hulurkan oleh UMNO@BN tidak akan mampu menyelamatkan nya.
http://cikgu-pencen.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment