Bekas Pegawai Penerangan UMNO mengaku bantu warga asing dapatkan IC

on Mar 1, 2013




Wanita 2

PETALING JAYA 28 FEB: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.


Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.
Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

Wanita 1“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46160




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List