Najib dan Rosmah sudah mula nampak dan mendapat laporan risikan yang BN akan tumbang...!

on Apr 24, 2013





Berjaya atau tidak PR menawan Putrajaya bukan menjadi soal walau pun ia adalah matlamat rakyat untuk sebuah kerajaan zalim. Mimpi ngeri yang selalu mengingau Umno mula menjadi kenyataan apabila rakyat mula celik politik. Selama berpuluh tahun Umno cuba membutakan rakyat tentang politik dengan berbagai sogokan diberikan demi menguasai pemikiran rakyat. Rakyat telah digula-gulakan oleh Umno agar terus mengundi BN dan kononnya biarlah ahli politik yang memikirkan tentang negara. Setiap kali jawatan Perdana Menteri berubah tangan, maka mereka akan menjaja slogan-slogan mereka yang cukup sedap didengar seperti penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan yang terbaru ialah slogan 1 Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Jika dulu mereka menjual slogan tetapi sekarang mereka mula menjual produk dan barangan yang berkonsepkan 'Produk-Produk Dahulukan Rakyat 1 Malaysia' dan gua melihat naskah-naskah berada di merata-rata tempat. Gua mengambil satu naskah yang setebal 32 muka.surat untuk membacanya dan naskah ini lebih kurang sama dengan yang dihantar oleh pusat beli belah terkemuka seperti Jasco tetapi ia lebih hebat, sehebat kroni yang mendapat kontrak mencetakkannya.

Daripada makanan sampai kepada semua tok nenek produk 1 Malaysia dijual oleh bekas kerajaan Najib/Rosmah dan tak mustahil jika Najib/Rosmah diberi mandat 5 tahun lagi, rakyat Malaysia pun mereka akan jual demi menambah tabung yang Rosmah buat ketika beliau masih kecil lagi. Kerajaan Malaysia telah bertukar menjadi syarikat menjual produk 1 Malaysia dengan Rosmah sebagai CEO dan Najib sebagai Pengerusi syarikat 1 Malaysia.

Usaha keras Umno selama 55 tahun untuk membuta politikkan rakyat Malaysia mula menampakkan kegagalan bila rakyat mula berani mempertikaikan salah guna kuasa oleh pemimpin Umno/BN, lebih-lebih lagi dengan Rosmah yang dilihat sebagai pemimpin di sebalik tabir. Rakyat mempertikaikan bagaimana Rosmah begitu berkuasa untuk berada sebaris dengan ahli kabinet suaminya tanpa ada teguran dari sifu Mahathir yang selalu lantang mengkritik setiap perkara yang tidak disenanginya dan beliau menjadi begitu bacul apabila berhadapan dengan Rosmah.

Najib dan Rosmah sudah mula nampak dan mendapat laporan risikan yang BN akan tumbang kali ini kerana itulah beliau melewatkan pembubaran parlimen. Adakah beliau saja-saja melakukannya sehingga meresahkan semua mangkuk ayun dalam Umno/BN adalah tidak betul sama sekali. Beliau cuma mencuri sedikit masa yang tinggal untuk melakukan sesuatu yang belum selesai iaitu pemindahan harta-hartanya keluar negara.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The Edge, satu perpindahan secara sulit ke satu akaun yang di dakwa sulit telah dilakukan di Cayman Islands melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Sejumlah RM 7 bilion telah di masukan ke dalam akaun itu oleh 1MDB yang dikawal sendiri oleh Najib. Adakah ini tanda-tanda yang Najib dan keluarganya cuba melarikan diri jika BN tumbang pada PRU 13 ini masih menjadi tanda tanya. 

Apabila rakyat dipestakan dengan pemberian BR1M sebanyak RM 500 selepas 55 tahun memerintah, Najib, Rosmah dan keluarga mereka pula berpesta dengan berbilion RM yang mereka rompak dari pembendaharaan. Adakah RM 500 begitu besar sehingga kita perlu bersyukur kepada kerajaan Umno/BN. Jika kita kira berapa sebenarnya jumlah yang diberi oleh rejim Umno/BN ialah RM 500 bahagi 55 tahun = RM 9.09 setahun dan dibahagi pula dengan 365 hari maka jumlahnya ialah RM 0.024, tak sampai 3 sen pun satu hari. Bangganya kita mendapat 2 sen setengah sehari dan baiknya 1Malaysia pasal bagi kat kita RM 9.09 setahun dengan cukai yang kita bayar beribu-ribu setahun, inilah yang kita dapat.

Adakah kita cerdik atau bodoh dan siapa yang merempat di negeri sendiri, rakyat 1Malaysia. Siapa yang menjadi kaya raya, Najib/Rosmah dan keluarga, Mahathir dan anak-anaknya, pemimpin MCA, MIC dan anak-anak mereka. Jadi apa yang patut kita katakan Umno/BN ialah..... Ini Kalilah.



sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List