Rakaman gambar Naib Presiden Kanan UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melakukan kunjungan rasmi ke lokasi tragedi penabat kilat Menara UMNO Pulau Pinang Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang runtuh, yang mengakibatkan kematian 3 orang, sedang meletakan tangan kirinya diatas bahu kiri YB Lim Kit Siang sambil berjalan seiring dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng petang tadi, besar kemungkinan akan mengundang kemarahan para penyokong UMNO yang totok termasuklah ahli Perkasa yang cukup terkenal sebagai amat bencikan DAP dan Lim Kit Siang.
Umum sudah pun sedia maklum.. para blogger pro UMNO cukup meluat habis dengan YB Lim Kit Siang ni sebagai pemimpin ulung DAP.
Macam-macam kata-kata cerca maki hamun dan fitnah liar dilemparkan keatas Lim Kit Siang.
Adakah dengan terpaparnya rakaman gambar ini para blogger UMNO akan berubah dari marah kepada kasih kepada YB Lim Kit Siang atau dari puja DS Ahmad Zahid Hamidi menjadi cerca????
Ada suara-suara nakal bersuara kononnya Zahid Hamidi kelihatan mempamirkan sikap mesra kepada Lim Kit Siang kerana sebelum ini YB Lim Kit Siang cukup tegas mengesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas keatas Zahid Hamidi atas satu laporan polis yang dibuat semasa beliau masih seorang Timbalan Menteri, pukul seorang lelaki di rumahnya di Country Height, Kajang Selangor, sehingga mengesa beliau ambil cuti panjang sehingga kesnya selesai.
Demi berbaik sangka...adakah pendirian politik Zahid Hamidi kini sudah berubah daripada keras tidak bertempat kepada politik berhemah?... Wallahuakhlam Bissawab...
0 comments:
Post a Comment