ADAKAH BN AKAN TERJUNAM SEBELUM PRU14....?
Copy & Posted By mahi on Dec 30, 2013
Selagi rakyat senang diperbodohkan maka peluang masih lagi berat tetapi sentiasa lah berdoa kepada ALLAH agar mereka-mereka ini tersedar dari suntikan yang berbisa dari UMNO-BN.
Mereka perlu gunakan otak untuk berfikir apakah selama ini dengan memberi sokongan pada UMNO-BN mereka akan terkecuali dari perbuatan yang tidak mengendahkan kesengsaraan rakyat menempuh perbagai masalah kos sara hidup yang sentiasa naik.
Jika mereka ada mendapat habun dari UMNO tiap bulan memang tak dapat dipertikaikan, ini apa..abuk pun tak ada, lagi musibah dibuatnya. Janganlah dibodohkan kerana nak sekupang tetapi rugi berkupang-kupang.
Untung setahun tapi rugi lima tahun. Kita dah diberi mandat memilih yang lebih baik dari yang terbaik, apatah lagi macam sekarang ini yang penuh dengan masalah kurang jujur dari pemimpin untuk membela rakyat.
Sana sini terjerumus dengan pemikiran bagaimana untuk memperkaya diri sendiri, sampai negara tak terurus dengan betul asalkan kantung penuh berisi, rakyat peduli apa kerana mudah diperbodohkan. Cubalah buat perubahan, tiada siapa yang boleh merubah jika kita sendiri tidak mahu perubahan.
Tiap-tiap lima tahun kita boleh memilih sesiapa yang kita harap dapat membantu dan memberi harapan untuk kita hidup selesa, andaikata tak termampu ditunai hanya pembohongan waktu kempen kita boleh menukar lagi kepada mereka-mereka yang lebih baik.
Negara tidak akan mundur kerana ada persaingan sihat, sebagai contoh seperti Amerika, UK dan banyak lagi yang kita perlu tahu. Tak pun negara mereka dalam kerugian, yang rugi hanyalah mereka-mereka yang ingin nak dapat kuasa yang mana menjurus kepada perbuatan kurang amanah seperti rausah, dwi-standard dalam menjalankan tugas,misalnya pihak PDRM, pejabat peguam negara dan kehakiman dll.
Jika negara kita ada sistem yang terbaik saja patut memerintah negara, alangkah bahagianya kehidupan rakyat.
sumber
Senarai 5 Menteri Pilihan Rakyat Tahun 2013....!
Copy & Posted By mahi on
Carta ini khusus untuk menteri2 aje. Kalau la Bung Moktar itu menteri (nasib baik bukan, syukur Alhamdullilah) mesti dia menjuarai carta kali neh dengan aksi bangang dia kat parlimen iaitu ketika dia koyakan kertas usul untuk bincang isu bencana alam banjir di Kuantan ketika itu.. tipuuu tipuuuuu harammm harammmmmm tipuuuuu tipuuuuuu harammmmmm
KAH KAH KAH
Baikla. Terus kepada tajuk sebenar. Susunan 1 sampai 5 ini memang ada sebab. Di kedudukan 5 menteri itu masih di anggap bodoh. Cuma di kedudukan no 1 ialah menteri yang paling paling paling paling paling paling paling paling di anggap bodoh oleh rakyat marhaen. Rakyat anggap mereka bodoh adalah disebabkan mereka kerap kali keluarkan kenyataan2 yang sangat2 tidak cerdik di dalam PC. Langsung tidak memahami persoalan yang rakyat timbulkan. Bukan suka2 anggap mereka bodoh hanya disebabkan berbeza pendapat, tidak hormat ataupun kerana tidak meraikan kepelbagaian idelogi politik.
Harap faham.
Oke terus kepada carta.
5. Ahmad Shabery Cheek
Isu KPOP sudah membuktikan betapa kita tidak mempercayai kata2 menteri ini. Mulanya kerajaan menafikan bahawa dana awam digunakan untuk biayai konsert KPOP selepas invois berkaitan didedahkan di laman blog. Lepas tue audit sebut lain. Eh konsert kpop gunakan dana awam la pula. Lepas tue menteri KBS yang baru pun mengaku. Lepas tue dia cakap konsert KPOP bawa untung juta2 pada negara. 140 juta. Ko boleh percaya tak kalau ko jadi aku? Jangan tipu diri sendiri der. Kalau sungguh ada untung sampai 140juta takan la audit nak tegur konsert kpop tersebut sebagai perbelanjaan yang tidak berhemah. Kenyataan demi kenyataan Shabery Cheek yang dibuat dalam isu neh menjatuhkan imej dan krediblitinya sebagai seorang menteri. Begitu juga bila dia sebut khemah tak berapa sesuai untuk disediakan buat mangsa banjir angkara iklim cuaca yang berbeza. Rakyat hanya mampu tepuk kepala melihat jawapan menteri sedemikian rupa. Kalaula Shabery Cheek tahu..
4. Najib Razak
Ya. PIEM kita hanya mampu menduduki tangga keempat saja tahun neh memandangkan kita ada 3 individu lain yang lebih bodoh dari piem kita. Maaf Najib sebab aku terlalu berterus terang. Aku nak juga tipu2 tapi aku rasa tak guna gak. Kalau aku tipu ko pun bukan ko boleh dengar. Jadi alang2 tak boleh tipu dan bodek ko baik aku jadi jujur dan ikhlas aje.
Wakaka..
Siapa boleh lupakan kenyataan2 yang terbit dari Najib Razak ini?
Lagi ;
Dan lagi ;
Bayangkan seorang perdana menteri tidak tahu apa perbezaan antara kesan kenaikan gaji dengan kesan kenaikan harga barang terhadap rakyat marhaen. Sejak bila pula kenaikan gaji wakil2 rakyat di Selangor akan menyebabkan petrol, minyak masak, beras, tambang bas, tambang LRT akan turut sama naik? Dan kenapa pula Najib tak sebut begitu bila gaji wakil rakyat di Sarawak, Johor, Kedah dan Perlis dinaikkan?
Itu belum lagi masuk bab dia asyik sebut2 di tv, di berita bahawa kenaikan harga barang tak berlaku. Pembangkang putar belit. Apa yang berlaku ialah subsidi dikurangkan. Gunakan ayat yang berbelit2 supaya rakyat paksa diri berfikir bahawa kenaikan minyak tak berlaku, kenaikan gula tak berlaku. Macam isu ayat rasionalisasikan subsidi neh la juga kisahnya. Tapi macam mana nak paksa diri untuk fikir begitu kalau dulu ko bayar 1.90 sekarang ko bayar 2.10? Tak berlaku kenaikan ke tue walaupun ko kena keluarkan lebih wang ketika membayar?
Alasan2 bodoh seringkali dikeluarkan untuk halalkan keputusan2 yang kerajaan buat yang mana keputusan2 tersebut sebenarnya menyusahkan rakyat terbanyak. Sebab tue Najib dengan muka tak malu nya suruh rakyat kurangkan gula atas alasan nak kurangkan stastistik penyakit diabetes. Yelah sangat tue. Rokok boleh pula jual ye walaupun dikatakan punca utama kanser. Baik punya belit piem kita neh kan.
Begitu juga bila Najib berulang kali memberitahu bahawa kerajaan ada formula yang tepat untuk selesaikan masalah rakyat. Untuk minimakan kesan rantaian kenaikan barang. Tetapi sejak dari PRU lepas, tiada satu pun formula2 Najib itu berkesan. Sembang aje kencang depan tv. Sikit2 ada formula. Sikit2 ada formula. Apa formula hebat dia tue? Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat terpaksa tanggung beban dengan kenaikan demi kenaikan yang berlaku selepas BN berjaya memperolehi mandat pentadbiran dengar? Benar la apa yang dilafazkan melalui gambar kat bawah neh ;
Janji ditepati konon. My foot la. Dulu berjanji akan kurangkan kadar tol. Tetapi sekarang janji ke mana, kadar tol bakal dinaikkan. Sembang je la. Satu Malaysia kena main dengan permainan Najib sudahnya. Padan muka aku dan ko sekarang neh kena tanggung beban. Amek kaw.
3. Ahmad Maslan
Ada banyak. Tapi aku rasa yang paling terkesan sekali di ahti rakyat ialah bila dia sebut begini.
Kadar penggunaan minyak ikut tangga gaji. Kenyataan ini terang terangan bangang. Seolah2 si penutur neh menuturkan kenyataan ini tanpa berfikir lanjut. Bagaimana pula kita boleh tentukan penggunaan minyak sebulan berdasarkan tangga gaji seseorang? Aku tatau. Korang tanyala menteri di atas ye. Formula tue dia yang bagi.
2. Shahidan Kassim
Sejak2 naik semula. Dulu jatuh sebagai MB Perlis. Lepas tue naik sebagai menteri. Menteri di jabatan perdana menteri. Ketika mula2 dia keluarkan kenyataan demi kenyataan bangang, rakyat memang asyik nak maki hamun. Tetapi sekarang rakyat dah tak mampu nak maki. Rasa kesian. Hanya gelak je la. Sebab dah terlalu banyak sangat kenyataan bangang yang dia keluarkan.
Bayangkan bukan satu dua kenyataan2 bangang yang dia keluarkan. Banyak wooooo. Kenyataan Malaysia terbaik itu jek dah berapa kali dia sebut. Malaysia bebas rasuah la, Malaysia terbaik sistem banjir la. Kenyataan suruh berterima kasih pada Rosmah je dah 2,3 kali dia sebut. Akan tetapi yang mungkin rakyat akan kenang sampai bila2 ialah bila dia sebut ;
"Pembekal syarikat dakwat kekal tidak boleh didedahkan nanti rakyat berlumba2 nak pergi beli" - Shahidan Kassim.
Sampai sekarang HARAM aku faham kenapa kalau aku tahu apa nama syarikat tersebut aku akan beria2 pergi beli dakwat kekal (of coz, tak kekal oke). Kenyataan yang dikeluarkan tanpa ada penjelasan yang jelas. Sudah tentu menteri tak perlu kan logik akal ketika mengeluarkan statement yang tak berasas. Cukup dengan hanya kehadiran press, ada microfon dan mampu bercakap. Itu je.
1. Hasan Malek
Aku percaya majoriti dari BN dan PR bersetuju aku letakkan dia no 1. Mereka takan bekap pun menteri neh. Kalau dia ada facebook atau twitter, nescayalah dia pasti akan teruk diserang bertubi2 oleh rakyat marhaen kerana baru saja sebut begini 2 hari yang lepas ;
Hari2 rakyat pongpang2 bising isu kenaikan harga barang sampai masuk paper sampai bakal buat perhimpunan besar besaran pada malam 31 Dec 2013, dan siap ada page khas di facebook lagi
==> https://www.facebook.com/BenciHargaNaik
SAYA BENCI HARGA BARANG NAIK
Menteri kita boleh bercakap bahawa mereka tak terima sebarang aduan kenaikan ini membuktikana rakyat sokong kenaikan harga barang?
WHAT THE HELL IS THAT?
Dalam pada dia pongpang2 cakap tak terima aduan dia boleh pula nak kenakan tindakan keras terhadap mana2 pihak yang naikkan alat tulis. Bayangkan. Ko baru aje sembang pasal nak banteras kegiatan pekedai2 yang bertindak naikkan harga alatan tulis sebab kementerian terima aduan, lepas tue ko cakap kami tak terima pun sebarang aduan kenaikan barang itu bermaksud rakyat terima kenaikan harga barang...
Hello. Ko bukan tatau ada perhimpunan besar besaran yang dibuat kerana membantah kenaikan harga barang nanti. Apakah kewujudan perhimpunan itu sendiri tidak memberikan mesej yang sangat jelas kepada menteri kita?
Boleh nampak tak macam mana Hasan Malek neh berfikir? Dia sebenarnya bukan saja berfikir di luar kotak bahkan berfikir di luar kewarasan akal seorang manusia. Inila mentaliti menteri kita yang bernama Hasan Malek. Rakyat hanya mampu bersedih dan tadah tangan berdoa. Itupun selagi BN tak kenakan cukai setiap kali berdoa dan rasa sedih la kan. Berapa lama lagi dia akan menyimpan kedudukan dia sebagai menteri. Rakyat takut oke, takut.
Menteri ini mula dikenali bila dia start keluarkan kenyataan bangang yang pertama sejak dilantik menjadi menteri penuh ;
Maka sejak2 itu rakyat dah tak letakkan harapan yang tinggi terhadap menteri ini setiap kali dia berucap. Rakyat hanya mampu redha dan mungkin kadang kala menangis bila mengenangkan diri diperintah oleh sekumpulan manusia yang tidak cerdik.
Di sudahi dengan harapan dan teguran. Minta tolong kepada menteri2 di negara neh. Sebelum keluarkan apa2 statement sila faham dulu situasi sebenar rakyat. Bila dah faham situasi sebenar barula keluarkan statement.
Dan jangan keluarkan kenyataan2 yang memperbodohkan rakyat. Paksa rakyat terima keputusan2 yang berat sebelah terutamanya yang melibatkan pemotongan subsidi. Di saat kerajaan pongpang2 suruh rakyat berjimat, kerajaan sendiri berboros. Sampai Mahathir buka mulut. Bila Mahathir buka mulut semua senyap menikus. Takde sapa2 pula nak tuduh Mahathir nak jual negara, agent Israel, tatau bersyukur, dasar tak kenang budi, halau dia ke luar negara, lucut kewarganegaraan, fitnah Mahathir nak bom negara apa bagai. Cuma kalau pembangkang yang sebut? Rakyat yang sebut? Macam2 tuduhan dicampakkan ke atas kami.
Kenapa? Apa beza Mahathir dengan rakyat sedangkan isi teguran kami adalah sama?
Menteri2 di Malaysia perlu belajar menerima kritikan secara matang. Perlu belajar menerima perbezaan secara waras. Dan perlu meraikan kepelbagaian pendapat itu ialah satu kebaikan.
Ada sesetengah perkara yang menteri tak faham, tak nampak kerana mereka tak berada di kasut rakyat. Jadi rakyat nyatakan pendapat. Amek pendapat tersebut dan kaji dulu, bukan saling tuduh menuduh atau salah menyalahkan. Kalau ini menteri buat, kurang2 90% masalah2 penting dalam negara dapat di atasi. Tolong la faham.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/senarai-5-menteri-terbodoh-pilihan.html#ixzz2ovYmkgvG
MANA SILAPNYA PROTON...?
Copy & Posted By mahi on Dec 13, 2013
Kadang-kadang tiba masa, Berita Semasa akan terfikir seketika bagaimana negara gajah putih seperti Thailand menjadi hub automotif iaitu NO.1 di Asia Tenggara diikuti Indonesia. Apa yang hebatnya mereka? Apa kurangnya Malaysia? Di mana silapnya?
Bagi Berita Semasa ini supaya berpunca daripada tabiat golongan yang berkepentingan dan berkuasa mahu terus membela lelaki tua yang telah sakit dan dasar automotif negara hanya bersifat setempat. Berita Semasa tidak menafikan langsung penambaikan yang berlaku pada model-model terbaru seperti Proton. Tetapi atas nama mahu menjaga kepentingan Proton akhirnya industri automotif mendapat tempias buruk sama.
Kereta Proton = Kereta Nasional. Jualan Terjamin!
Konsep kereta nasional yang diperkenalkan di Malaysia adalah satu industri yang tenat. Ia hanya bergantung semangat patriotik bagi melindungi terus industri yang tidak cekap ditambah dengan pelarasan cukai yang tinggi baik kepada kereta Nasonal sendiri mahupun kereta import. Akhirnya? Akhirnya pembeli kereta di Malaysia iaitu rakyat Malaysia menjadi mangsa & “terkorban”.
Terbaru atas nama alasan untuk membela Proton iaitu :
Jika kereta nasional dihapuskan jualannnya di Malaysia, ia akan menyebabkan negara kehilangan RM12 bilion dalam pertukaran matawang asing setahun dengan mengandaikan harga sebuah kereta sekitar RM40,000 melibatkan RM300,000 kereta nasional ditambah dnegan kos mengimport kereta import. Siapa kata? Arkitek bagi polisi Proton Tun Dr Mahathir yang dimiliki taikun Syed Mokhtar Al Bukhary melalui DRB Hicom.
Melihatkan pandangan di atas, agak logik juga. Tetapi….ada tetapinya.
Tetapi, jikalau dikaji dengan lebih lanjut melihatkan antara ungkapan yang biasa digunakan oleh kalangan ahli perniagaan. Apa dia? “High pain, high gain”
Buang Tongkat Proton
Apa yang Berita Semasa cadangkan, adalah supaya usah lagi diberikan tongkat dan perlindungan serta keutamaan kepada Proton. Insyaallah, kasar aliran tunai akan mula menyusut dan pendapatan negara akan meningkat dan menjadi ekonomi negara kembali mampan. Dengan menjadikan industri automotif negara lebih liberal, pengeluar kereta akan datang berkumpul dan berkampung untuk melabur ke Malaysia. Akhirnya kita Malaysia akan menjadi pengeksport sebenar kereta dan bahagian-bahagian aksesori. Kuncinya?
Membuat jualan dengan cara mengenakan cukai kereta yang tinggi terhadap kereta import dengan harapan memberikan laluan untuk kereta Nasional untuk membuat jualan, adalah persaingan yang tidak adil dalam industri automotif dan memberikan bebanan hutang yang tinggi pembeli seperti rakyat Malaysia. Hyundai dari Korea Selatan, di mana mereka sekarang? Terus memanjat satu satu tangga untuk menakluk dunia. Apatah lagi umur Hyundai jauh lebih muda berbanding Proton. Tetapi di mana Proton sekarang selepas 28 tahun lamanya?
Tetapi media di Malaysia begitu takut untuk meletakkan kalimah kegagalan kepada Proton. Semacam penghinaan kepada mereka, satu karakter yang sepatutnya tidak patut ada dalam diri syarikat seperti Proton.
Kuncinya adalah membuang idea yang dipanggil istilah keramat dan sebuatan ramai selama ini iaitu, kereta Nasional. Jika ada kereta Nasional, adakah akan ada TV nasional, peti sejuk, loro, motosikal nasional atau apa-apa lagi selepas ini? Buat jualan bukan atas nama kereta Nasional tetapi kualiti.
Sumber : Thailand Automotive Institute (TAI)
Industri Automotif Thailand VS Industri Automotif Malaysia
Apa kereta dijual jauh lebih murah dan berpatutan, industri automotif akan terus bertenaga yang akan terbitnya potensi import yang tinggi sekaligus mampu meningkatkan pendapatan negara ke angka yang lebih tinggi :
Mari kita lihat dan bandingkan industri automotif Thailand dengan Malaysia :
- Cara buat duit sekarang dengan industri kereta : kenakan cukai kereta tinggi RM 7 bilion
- Cara buat duit pada masa akan datang yang lebih cekap : perbanyakan penghasilan & pengeluaran kereta untuk tujuan eksport
- Thailand berjaya menghasilkan kira-kira 2.5 juta kenderaan.
- Malaysia hanya menghasilkan sekitar 500,000 kenderaan sahaja, hanya satu perlima daripada Thailand
- Thailand mengeksport lebih daripada 40 % berbanding Malaysia
- Pendapatan eksport kereta untuk Thailand berjumlah US$27 bilion (lebih RM86 bilion) pada tahun 2011! Malaysia?
- Thailand adalah pengeluar kereta ke-10 terbesar di dunia. Malaysia?
Bagaimana Thailand boleh berjaya melaksanakan dan mencapainya?
- Di Thailand, tiada kereta Nasional. Kerajaan Thailand tidak membela pembuat kereta. Semuanya diberikan lapangan yang sama rata.
- Dasar-dasarnya adalah liberal dan peluang yang sama diberikan di kalangan pelabur bermakna bahawa tidak ada diskriminasi dan diwujudkan persaingan bebas.
Sumber : Global Automobile Production Ranking 2012
Kita tidak perlu membunuh Proton, tidak perlu. Cuma biarkan mereka berjalan sendiri. Sudah terlalu lama Proton berjalan “bertongkat”. Hanya perlu mengumumkan dasar tidak diskriminasi yang akan berkuat kuasa selama lima tahun daripada sekarang. Dan, pada masa itu mahu atau tidak Proton akan terus mencari rakan kongsi teknologi kerana ia perlu untuk terus hidup.
Anggaplah teguran kami ini kerana mahukan industri automotif Malaysia terus berkembang. Kami cemburukan kejayaan negara gajah putih. Jikalau Thailand boleh, mengapa tidak Malaysia?
P/S : Kepelbagaian sumber pendapatan negara bukan hanya berpaksikan kepada GST semata, malah boleh dipelbagaikan lagi, dengan cara merancakkan lagi indystri automotif negara.
sumber
Wajah Umno sebenar dari kacamata Ali Rustam..... "Saya sedar siapa kawan, siapa lawan"...!
Copy & Posted By mahi on Dec 11, 2013
"Bohonglah kalau saya tidak ada rasa kecewa dengan apa yang berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2013 ini. Tapi saya pasrah kerana bila terjadi begini, barulah saya sedar siapa lawan, siapa kawan,".
Diatas adalah keluhan DS Ali Rustam bekas Ketua Menteri Melaka dan banyak lagi title "bekas itu" dan "bekas ini" yang berkait dengan namanya yang suatu masa dahulu pernah berada disaf kepimpinan tertinggi Umno.....cuma saperti ramai Pemimpin Besar Umno yang ada hari ini hanya satu title "bekas" lagi yang dia dan mereka semua belum layak lagi memakainya iatu..."BEKAS PENYAMUN".
Sebab mereka semua masih aktif dalam aktiviti aktiviti MENYAMUN HARTA RAKYAT.
Kah Kah Kah
Jadi kepada Ali Rustam janganlah pura pura terperanjat monkey bila rasa dirinya diperlakukan demikian oleh bahagian bahagian Umno yang pernah dipimpinnya selaku Ketua Menteri Melaka suatu waktu dahulu.Sebab..kalau lah bukan Penyamun yang tipu Penyamun siapa lagi yang nak tipu Penyamun?So,served you right brother....
Takkan tak faham apa yang pernah diungkap Negarawan Tun Dr.Mahathir bahawa.."Umno itu dah busuk sampai ke ususnya...'
Lagi satu...
Inilah agaknya "Balasan Allah Taala" pada lu bro kerana bersekongkol dengan Pak LahSAMUN HARTA ANAK ANAK YATIM sejak tahun 2002 sampai sekarang.
Alhamdulillah,satu persatu doa aku dan anak anak yatim yang korang semua ANIAYA telah dimakbulkan Allah Taala.Seorang demi seorang diantara kalian PEMAKAN HARTA ANAK ANAK YATIM bertahun tahun lamanya yang telah jatuh dari puncak KUASA dengan penuh KEHINAANbermula dengan Pak Lah.Siapa lagi selepas ini...itu sendiri mau ingatlah?
TERIMA KASIH ALLAH.
APA
Tsunami Melayu tidak Mustahil...!
Copy & Posted By mahi on Dec 9, 2013
Sebelum saya hurai megenai isu pokok, saya nak komen mengenai kenyataan KM Melaka. Dia kata, orag Cina tidak perlu berdusta mengenai menyokong oang Melayu dalam PRU13 di Melaka. Saya jawab, orang UMNO yang Melayu pun tipu orang Melayu. Mustahil hanya UMNO sahaja yang boleh tipu dan munafik- Melayu pun jika mereka suka, dibenarkan menipu UMNO. Tak berdosa kalau tipu UMNO. UMNO bukan Allah dan Rasul.
Berapa bahagian UMNO di Melaka yang undi Ali Rustam bila dia bertanding naib presiden UMNO? Melayu UMNO pun tipu sebahagian dari mereka. Jadi apa nak hairan, jika bangsa lain tidak menyokong UMNO bila sesama UMNO pun, tipu menipu ini perkara biasa. Jadi sebelum KM Melaka melalak sana sini, tengok di halaman sendiri dahulu.
Kesian Ali Rustam. Ali Rustam saya dengar bergantang gantang menglahabaukan UMNO Melaka.
Tsunami Melayu.
Pemimpin UMNO buta atau apa? Yang memenangkan UMNO ialah Sabah dan Sarawak. UMNO dapat 88 parlimen sebab 14 UMNO itu datang dari Sabah. diSemananjung UMNO hanya menang 74 kerusi. Apa yang nak ek sangat. Kalau takde Sabah UMNO, BN hanya ada 119 kerusi sahaja. Jadi dengan 74 UMNO semananjung dan 14 UMNO Sabah, janganlah nak mengada ngada sangat.apa jadi kalau parti2 Kadazan, Dusun dan Murut yang BN meninggalkan BN? bari UMNO sedar langit tinggi atau rendah.
Adnan Mansor bukanlah dipilih Najib sebab kecerdikan nya. jadi tidak hairan lah jika Adnan Mansor dengan sombong kata Melayu tidak akan melakukan tsunami. Bingung betul pemimpin UMNO ini; Melayu sokong UMNO bukan sebab mereka cinta dan yakin apa yang UMNO perjuangkan. UMNO menang atas bimbang dan ragu dan rasa cemas orang Melayu. Bila hilang semua ini, orang akan melihat UMNO seperti diri nya yang sebetul- penipu dan pembohong dan penindas bangsa sendiri.
Parti yang menakut nakutkan bangsa sendiri- mereka takkan bertahan lama. Mereka sokong UMNO sebab UMNO berjaya menggambarkan mengundi PAS sama dengan undi DAP. Beri undi kepada PAS bererti beri undi kepada DAP. Maka jika DAP memerintah, maka masa depan Melayu akan hancur. Raja2 Melayu akan hapus, agama Islam akan diancam dan diganti dengan kristian, cakap bahasa Melayu tak boleh dan sebagainya. Berkhatan pun tak boleh! Ini cara UMNO tipu.
Adnan Mansor itu sendiri pun lambang pembohongan yang paling besar- dia bukan nya Tengku asli pun tapi tanpa segan silu menggunakan Tengku didepan nama nya. dia anak Raja Melayu mana?
Melayu sokong UMNO sebab UMNO berjaya setakat ini menggambarkan PAS, PKR dan DAP terutama nya akan menjahanamkan Melayu. Adnan Mansor lihatlah apabila Melayu lebih cerah minda mereka dan bila Melayu sedar bahawa yang melindungi dan menolong rakyat ialah kerajaan yang berdiri diatas prinsip perintah ikut undang2. Ketika itu UMNO akan mampus.
Selagi UMNO boleh melemahkan PAS dan melagakan2 PAS dengan DAP dan PKR- UMNO akan terus berkuasa. Ertinya UMNO panjang umur nya kerana membohongi dan menipu rakyat. Walhal orang Melayu tidak perlu hidup dalam ketakutan.
Fakta nya ialah negara ini majority nya Melayu. DAP menerima hakikat bahawa pemimpin negara ini mesti orang Melayu. Raja2 nya, PM2 nya dan pemimpin2 kerajaan yang lain. Kalau Tengku Adnan nak jadi PM pun kita sokong. Standard dia sama dnegan standard Dato Najib.
Sebab itu UMNO sibuk mempromsi ulama yang mereka anggap sebagai ustaz kampong yang mudah tertipu dengan pengucapan dan pembohongan UMNO mengenai hal2 duniawi ini. Ulama PAS yang moden yang kuat Islam dan pintar membaca isiu2 duniawai digeruni oleh UMNO. Syukur PAS tidak tertuba mainan jahat UMNO.
Sejak bila orang UMNO sayangkan ulamak ? sejak bila orang UMNO suka meramaikan masjid dan surau? Di Pekan sendiri, pemimpin UMNO membanjiri surau dan masjid setahun sekali ketika Najib berbuka puasa selang sehari di Pekan. Pada masa yang lain, nak cari 5 orang UMNO dalam surau pun dikira suatu kejayaan yang menggegarkan dunia.
Tengku Adnan Mansor(tengku enjin sangkut) berkata bahawa tsunami Melayu mustahil berlaku. UMNO menang banyak kerusi- daripada 79 ke 88 kerusi parlimen. Melayu ramai sokong kita.
Lihat angkat dari SPR lah. Calun2 UMNO semua sekali dapat 3.4 juta. Tentu undi ini termasuk cina dan india dan bangsa lain yang sokong UMNO bukan? Andaikan 400,000 undi tersebut datang dari bukan Melayu. Maknanya, undi Melayu kepada calun UMNO sekitar 3 juta. Katalah Melayu tongong yang sokong calun2 MIC dan MCA sekitar 400,000 jugak. Maklum sahajalah bangsa2 kafir ini berdada dalam kabilah UMNO mestilah Cina dan India yang baik2 belaka dan mesti disokong oleh Melayu. Maka angka nya kensel mengensel.
Kita terima lah jumlah semua orang Melayu yang mengndi UMNO ialah 3.4 juta-seperti angka yang dikemukakan oleh SPR. Jumlah ini sama dengan jumlah ahli UMNO.maka secara keseluruhan nya, yang mengundi dan menyokong UMNO ialah bersamaan dengan jumlah ahli UMNO sahaja.
Jumlah pengundi Melayu dalam PRU13 ialah 7.3 juta.. kalau UMNO dapat 3.4 juta ertinya, 3.9 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO. Ada sokong PAS, sokong PKR dan sokong DAP. Yang sokong DAP tidaklah seramai yang sokong PKR dan PAS tapi jumlah nya meningkat. Terutama bila DAP letak calon Melayu dan orang Melayu sudah tidak kira, mereka akan undi Melayu. Ini Melayu tulin bukan macam Melayu munafik UMNO bercakap mengenai Melayu, tapi hanya sokong Melayu UMNO.
Adnan Mansor bukanlah Najib pilih kerana kercerdikan dia. Dia bukan cerdik orang nya. tengku nya pun tengku sangkut. Ertinya, rakyat biasa pun kalau tuanku2 Melayu setuju, boleh jadi tengku jugak. Orang melayu dari segi potensi, semua tengku2 belaka.
Tsunami Melayu sudah berlaku. Dan ianya akan di kukuhkan lagi dalam PRU 14.