Tsunami Melayu tidak Mustahil...!

on Dec 9, 2013





Sebelum saya hurai megenai isu pokok, saya nak komen mengenai kenyataan KM Melaka. Dia kata, orag Cina tidak perlu berdusta mengenai menyokong oang Melayu dalam PRU13 di Melaka. Saya jawab, orang UMNO yang Melayu pun tipu orang Melayu. Mustahil hanya UMNO sahaja yang boleh tipu dan munafik- Melayu pun jika mereka suka, dibenarkan menipu UMNO. Tak berdosa kalau tipu UMNO. UMNO bukan Allah dan Rasul.

Berapa bahagian UMNO di Melaka yang undi Ali Rustam bila dia bertanding naib presiden UMNO? Melayu UMNO  pun tipu sebahagian dari mereka. Jadi apa nak hairan, jika bangsa lain tidak menyokong UMNO bila sesama UMNO pun, tipu menipu ini perkara biasa. Jadi sebelum KM Melaka melalak sana sini, tengok di halaman sendiri dahulu. 
Kesian Ali Rustam. Ali Rustam saya dengar bergantang gantang menglahabaukan UMNO Melaka.

Tsunami Melayu.

Pemimpin UMNO buta atau apa? Yang memenangkan UMNO ialah Sabah dan Sarawak. UMNO dapat 88 parlimen sebab 14 UMNO itu datang dari Sabah. diSemananjung UMNO hanya menang 74 kerusi. Apa yang nak ek sangat. Kalau takde Sabah UMNO, BN hanya ada 119 kerusi sahaja. Jadi dengan 74 UMNO semananjung dan 14 UMNO Sabah, janganlah nak mengada ngada sangat.apa jadi kalau parti2 Kadazan, Dusun dan Murut yang BN meninggalkan BN? bari UMNO sedar langit tinggi atau rendah.

Adnan Mansor bukanlah dipilih Najib sebab kecerdikan nya. jadi tidak hairan lah jika Adnan Mansor dengan sombong kata Melayu tidak akan melakukan tsunami. Bingung betul pemimpin UMNO ini; Melayu sokong UMNO bukan sebab mereka cinta dan yakin apa yang UMNO perjuangkan. UMNO menang atas bimbang dan ragu dan rasa cemas orang Melayu. Bila hilang semua ini, orang akan melihat UMNO seperti diri nya yang sebetul- penipu dan pembohong dan penindas bangsa sendiri.

Parti yang menakut nakutkan bangsa sendiri- mereka takkan bertahan lama. Mereka sokong UMNO sebab UMNO berjaya menggambarkan mengundi PAS sama dengan undi DAP. Beri undi kepada PAS bererti beri undi kepada DAP. Maka jika DAP memerintah, maka masa depan Melayu akan hancur. Raja2 Melayu akan hapus, agama Islam akan diancam dan diganti dengan kristian, cakap bahasa Melayu tak boleh dan sebagainya. Berkhatan pun tak boleh! Ini cara UMNO tipu.

Adnan Mansor itu sendiri pun lambang pembohongan yang paling besar- dia bukan nya Tengku asli pun tapi tanpa segan silu menggunakan Tengku didepan nama nya. dia anak Raja Melayu mana?

Melayu sokong UMNO sebab UMNO berjaya setakat ini menggambarkan PAS, PKR dan DAP terutama nya akan menjahanamkan Melayu. Adnan Mansor lihatlah apabila Melayu lebih cerah minda mereka dan bila Melayu sedar bahawa yang melindungi dan menolong rakyat ialah kerajaan yang berdiri diatas prinsip perintah ikut undang2. Ketika itu UMNO akan mampus.

Selagi UMNO boleh melemahkan PAS dan melagakan2 PAS dengan DAP dan PKR- UMNO akan terus berkuasa. Ertinya UMNO panjang umur nya kerana membohongi dan menipu rakyat. Walhal orang Melayu tidak perlu hidup dalam ketakutan.

Fakta nya ialah negara ini majority nya Melayu. DAP menerima hakikat bahawa pemimpin negara ini mesti orang Melayu. Raja2 nya, PM2 nya dan pemimpin2 kerajaan yang lain. Kalau Tengku Adnan nak jadi PM pun kita sokong. Standard dia sama dnegan standard Dato Najib.

 Sebab itu UMNO sibuk mempromsi ulama yang mereka anggap sebagai ustaz kampong yang mudah tertipu dengan pengucapan dan pembohongan UMNO mengenai hal2 duniawi ini. Ulama PAS yang moden yang kuat Islam dan pintar membaca isiu2 duniawai digeruni oleh UMNO. Syukur PAS tidak tertuba mainan jahat UMNO.

Sejak bila orang UMNO sayangkan ulamak ? sejak bila orang UMNO suka meramaikan masjid dan surau? Di Pekan sendiri, pemimpin UMNO membanjiri surau dan masjid setahun sekali ketika Najib berbuka puasa selang sehari di Pekan. Pada masa yang lain, nak cari 5 orang UMNO dalam surau pun dikira suatu kejayaan yang menggegarkan dunia.

Tengku Adnan Mansor(tengku enjin sangkut) berkata bahawa tsunami Melayu mustahil berlaku. UMNO menang banyak kerusi- daripada 79 ke 88 kerusi parlimen. Melayu ramai sokong kita.

Lihat angkat dari SPR lah. Calun2 UMNO semua sekali dapat 3.4 juta. Tentu undi ini termasuk cina dan india dan bangsa lain yang sokong UMNO bukan? Andaikan 400,000 undi tersebut datang dari bukan Melayu. Maknanya, undi Melayu kepada calun UMNO sekitar 3 juta. Katalah Melayu tongong yang sokong calun2 MIC dan MCA sekitar 400,000 jugak. Maklum sahajalah bangsa2 kafir ini berdada dalam kabilah UMNO mestilah Cina dan India yang baik2 belaka dan mesti disokong oleh Melayu. Maka angka nya kensel mengensel.

Kita terima lah jumlah semua orang Melayu yang mengndi UMNO ialah 3.4 juta-seperti angka yang dikemukakan oleh SPR. Jumlah ini sama dengan jumlah ahli UMNO.maka secara keseluruhan nya, yang mengundi dan menyokong UMNO ialah bersamaan dengan jumlah ahli UMNO sahaja.

Jumlah pengundi Melayu dalam PRU13 ialah 7.3 juta.. kalau UMNO dapat 3.4 juta ertinya, 3.9 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO. Ada sokong PAS, sokong PKR dan sokong DAP. Yang sokong DAP tidaklah seramai yang sokong PKR dan PAS tapi jumlah nya meningkat. Terutama bila DAP letak calon Melayu dan orang Melayu sudah tidak kira, mereka akan undi Melayu. Ini Melayu tulin bukan macam Melayu munafik UMNO bercakap mengenai Melayu, tapi hanya sokong Melayu UMNO.

Adnan Mansor bukanlah Najib pilih kerana kercerdikan  dia. Dia bukan cerdik orang nya. tengku nya pun tengku sangkut. Ertinya, rakyat biasa pun kalau tuanku2 Melayu setuju, boleh jadi tengku jugak. Orang melayu dari segi potensi, semua tengku2 belaka.

Tsunami Melayu sudah berlaku. Dan ianya akan di kukuhkan lagi dalam PRU 14.

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List