RUSUHAN PERTAMA DI SINGAPURA SELEPAS 40 TAHUN.....!

on Dec 9, 2013


singapuraxx513

Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969, berikutan tempias rusuhan kaum di Malaysia ketika itu. Ahad malam tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.

Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal  iaitu Mustapa Store. Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak. Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.

singapura1x
Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.
Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat. Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini. Ambulan dan harta awam dibakar perusuh.
Kereta polis pulak diterbalikkan.
Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.

"Pegawai polis di tempat kejadian dan dapat mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut," jelas kenyataan tersebut.

Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.

singapura2
"Keadaan itu kemudian bertukar kepada rusuhan, apabila kereta polis tiba, kereta polis tersebut diterbalikkan..." ujarnya.

Seorang lagi yang melihatnya  Nasharuddin Kahn , 32 ,memberitahu beliau melangkah keluar dari kedai 24jam di kawasan tersebut sebelum melihat puluhan kereta polis berkejaran ke arah Little India.

"Apabila saya melihat apa yang berlaku, saya pergi rumah flat berhampiran dan dan diberitahu supaya berada di dalam kawasan tersebut jangan keluar."


singapura4

Katanya, beliau melihat pekerja asing terlibat membaling objek kepada pihak polis. Satu lagi media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas.Ini mendorong rakan-rakannya membakar bas tersebut.

Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.-8/12/2013

rusuhan1xx

rusuhan2xx

singapura3
(AD) 


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List