Tanpa menggunapakai hukum Islam, rupa-rupanya sesuatu kes itu boleh dieksploitasikan untuk mewujudkan konspirasi.

on Feb 13, 2014




Sikap PAS Kes DS Anwar 1998

Soalan : Mengapakah PAS beria-ia benar mempertahankan DSAI, sedangkan beliau adalah manusia biasa dan tidak lari dari melakukan dosa seperti zina dan liwat. Apakah PAS mempunyai bukti kukuh bahawa sememangnya DSAI tidak melakukan kerja tersebut.

Jawapan:

PAS adalah Parti Islam, sandarannya mestilah mengikut ajaran Islam. PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam. Perkara "kemungkinan" yang tersembunyi adalah bukan urusan kita. Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir, hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi. Perkara yang tersembunyi kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"

Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud, seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim, sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"

Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut mazahab hanafi). Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia. Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.:

Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata:"Hukumlah aku ,kerana aku telah berzina" ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz. Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku, kerana aku telah berzina". Kemudian Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila? Sahabat mengatakan bahawa beliau tidak mabuk atau gila. Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asar bersama Rasulullah. Selepas solat Asar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata". Hukumlah aku kerana aku telah berzina". Rasulullah menjawab "Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi, mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu. Beliau berkata "Ya,saya telah solat asar tadi, tetapi, hukumlah saya kerana saya telah berzina" Kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?" Beliau menjawab "ya". Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau. Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati.

Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata:
"mengapa kamu mengejar beliau, mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya"

Kesimpulannya disini, seseorang yang membuat pengakuan ikrar, kemudian ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik, maka hukumanya digugurkan. Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil. Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki) zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi, maka orang yang menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Dan jangan diterima orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."

Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut:

1.Islam

2.Adil (tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)

3. Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)

4. Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.

Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurkan tuduhan.

Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam. Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menentang kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI, walaupun satu ketika dulu DSAI adalah musuh no.2 PAS..... ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud:

"Janganlah dengan sebab kamu kebencian kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kamu, kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....
Ingat-ingatlah.... 

Wallahua'lam.


*** sedutan dari jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di Kg.Gelugor Kedai, Marang Terengganu-1999



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List