Showing posts with label Antara Dua Darjat-Menteri. Show all posts
Showing posts with label Antara Dua Darjat-Menteri. Show all posts

DUA MENTERI DIARAH SOAL PEGUAM NEGARA..........???

on Nov 25, 2010

Pentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu.

Difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.

“Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.
“Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).

“Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan,” kata Nazri.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.

“Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.

“Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan,” kata Mat Zain.

Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.

Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

“Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.

“Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.

“Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri,” katanya,

Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.

Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.

Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.

Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.

Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.

Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.

Najib bimbang, siasatan Scorpène semakin meluas

on


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.

Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang,  Nicholas Sarkozy.

Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.

Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera. Dr Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.

Menurut seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya, apa yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.

Beliau tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu dia  teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4.

Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.

Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.

Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.

Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.

Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu. Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.

Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai. Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.

Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.

DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha  Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002,  ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.  

Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. Ia disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.

Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.

Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.

Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh.

Harakahdaily   

Parlimen: Kecoh !!! Noh "Diserang" Ahli Parlimen Pembangkang

on Nov 24, 2010

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar(gambar) pada Selasa 'dibelasah' beberapa ahli Parlimen pembangkang berikutan kenyataannya yang mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memang 'layak' dipukul.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebelum itu pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat meminta penjelasan mengenai kenyataan Noh yang disifatkannya seolah-olah menggalakkan tindakan kasar.

Bagaimanapun apabila Noh menyatakan akan memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Fong, tindakannya itu mengundang reaksi ahli Parlimen pembangkang yang lain dengan menjerit 'samseng'.

Namun Noh tetap meneruskan jawapannya dengan memaklumkan bahawa Ng telah melanggari undang-undang dengan mengadakan demonstrasi tanpa permit.
Noh sekali lagi 'dihujani' dengan jeritan ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee kemudiannya mencelah dan mengingatkan menteri dan ahli Parlimen bahawa isu berkenaan tiada kaitan dengan perbahasan yang sedang berlangsung.
Namun beliau tetap gagal mengawal perbalahan tersebut yang berterusan hampir 15 minit.

Fong akhirnya sekali lagi bangun dan berkata: "YB Menteri telah memalukankabinet dengan sikap samsengnya. "Dengar baik-baik Yang Berhormat Menteri, mujurlah tidak ada rombakan kabinet. Mengapa menteri kata ADUN Sekinchan 'layak' diperlakukan begitu? Mengapa menteri menggalakkan satu tindakan kasar seperti itu?"

Noh akhirnya menjelaskan bahawa beliau akan menyelesaikan isu berkenaan secara peribadi dengan Ng.
Ng yang merupakan wakil rakyat DAP mendakwa ditumbuk oleh sekumpulan 30 orang yang tidak dikenalinya di Tanjong Karang ketika beliau hendak bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Bagaimanapun Noh sebelum ini menafikan dakwaan Ng kononnya aksi samseng di kampung Sawah Sempadan itu dilakukan oleh ahli Umno.Mstar

Rombakan Kabinet

on Nov 19, 2010

Macam Mana Nasib Tengku Razaleigh


ADA desas desus mengatakan Najib Razak akan rombak kabinetnya. Masanya ialah selepas Umno mengadakan mesyuarat MTnya 28 November ini. Ketika ditanya wartawan semasa sidang akhbar sempena hari raya Aidil Adha, Najib tidak menafikan desas desus itu. Beliau hanya kata, kalau ada, adalah, kalau tak ada tak ada lah.

Memang untuk tidak menganggu minda para menterinya, Najib tidak akan menyatakan iya atau tidak. Sudah tentu kalau Najib mengiyakan ia boleh menyebabkan para menterinya tidak lena tidur. Ada yang gelisah sepanjang malam mengenangkan nasib.

Dunia politik adalah dunia magik. Hari ini orang boleh jadi menteri, esok, tuk tuk sudah jadi orang biasa. Hari ini berjalan dikawal oleh polis dan pegawai peribadi, esok berjalan sendiri tanpa dikawal sesiapa, melainkan isteri tua. Isteri muda pun bila suami sudah tidak jadi menteri rasa geli untuk berjalan sama.

Jadi apabila Najib tidak menyebut itu maka damailah sikit. Namun ia tetap gelisah dan resah. Mana-mana menteri yang merasakan dia kurang selamat kerana sebab-sebab tertentu mula berfikir ke mana selepas ini. Ada juga yang pergi jumpa tok guru meminta doa agar mereka selamat.

Kelamarin semasa hari raya Aidil Adha ada seorang kawan memberi tahu seorang menteri mendatangi ke rumah seorang ustaz yang juga katanya boleh berbomoh. Ustaz ini dikatakan pandai menilik dan membuat nujuman. Katanya menteri berkenaan meminta ustaz berkenaan agar berdoa untuknya. Katanya juga menteri berkenaan bagi wang RM1,000 kepada ustaz berkenaan, apabila ustaz berkenaan menujum menteri berkenaan akan tidak terlibat dengan rombakan kabinet akan datang.

Elok juga kalau Najib merombak kabinetnya. Dalam tempoh dua tahun rasanya Najib sudah boleh membuat penilaian menteri mana yang boleh membuat kerja dan menteri mana yang hanya beretorik sahaja. Sekaligus rombak atau buang juga mana-mana timbalan menteri yang tidak memberi kesan kepada transformasi yang Najib laung-laungkan itu.

Rasanya semua orang termasuk rakyat biasa juga dapat mengagak dan melihat sendiri sejauh mana pencapaian menteri dan timbalan menteri berkenaan. Cuma bila sebut fasal rombak kabinet ini, sedikit masalah kepada Najib ialah beliau (BN) tidak ada orang untuk dijadikan menteri. Anggota Umno hanya berapa orang saja. Kalau buang dan tarik ia terkena atas orang yang sama kualitinya.

Inilah bahanan kalau sudah kehilangan majoriti di Parlimen dan Umno kehilangan tokoh akibat kalah dalam pilihan raya. Jika kalau benar sungguh Najib tidak bercadang untuk membuat rombakan, sebabnya ialah kerana kekurangan tokoh untuk dijadikan menteri. Jadi hendak tidak hendak Najib terpaksa juga mengekalkan menteri yang ada hingga habis penggal parlimen ke 12 ini.

Seperkara lagi bila sebut fasal rombakan kabinet, apakah Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya merampas kerusi Dun Galas baru-baru ini akan dibawa masuk dalam kabinet. Atau pun beliau akan diberi peranan dalam kerajaan. Atau dalam kata tepatnya apakah kejayaan Razaleigh itu akan diiktiraf dan Umno akan memberi peranan kepadanya.

Ada angan-angan oleh pihak tertentu mengharapkan Razaleigh akan dibawa masuk ke dalam kabinet atau pun diberi peranan besar kepada bekas Menteri Kewangan itu. Kalau beliau perlu di bawa masuk ke dalam kabinet, jawatan yang sesuai dan layak ialah menjadi Menteri Ekonomi... Razaleigh boleh memantau ekonomi luar negara dan juga dalam negeri.

Jika tidak jawatan menteri kabinet, post yang paling sesuai untuk beliau terajui ialah selaku penasihat Petronas memngganti tempat Dr Mahathir Mohamad. Post ini amay sesuai memandangkan Razaleigh pernah menjadi pengerusinya dan salah seorang yang menjadi pengasa penubuhannya.

Ini yang sedang diperahtikan oleh orang ramai. Sekiranya tidak berlaku rombokan kabinet dan kedudukan Rzaleigh tidak berubah daripada kedudukan dan status sekarang maka jelaslah apa dibimbangkan sebelum ini menjadi kenyataan. Bahawa kesediaan Umno untuk memberi peranan kepada Razaleigh dalam pilihan raya kecil Galas itu sebagai pengarah hanya usaha bagi mengelakkan Umno malu saja dan bukan pun untuk menggunakan pakai Razaleigh sepenuhnya. Dan kalau ini terjadi maka tertipulah Razaleigh ditangan Umno untuk kesekian kalinya?

AMK Sabah Bongkar Penyelewengan Musa Aman....???

on Oct 30, 2010

AMK Sabah Buat Laporan Polis Terhadap Kroni Musa Aman Berhubung Wang Haram 


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Abdul Razak Jamil hari ini membuat laporan polis terhadap seorang rakyat Sabah yang dikaitkan dengan skandal pengubahan wang haram berjumlah RM16 juta dan didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman.


Dalam laporannya, Abdul Razak berkata kroni Musa yang bernama Michael Chia telah di tahan oleh pihak polis Hong Kong di lapangan terbang antarabangsa pulau itu tahun lalu kerana disyakki membawa bersamanya wang haram tersebut.

Ekoran daripada itu, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah pergi ke Hong Kong untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) terhadap Chia.

Abdul Razak yang tiba di Balai Polis Sandakan kira-kira pukul 1.00 tengahari di soalsiasat oleh pegawai penyiasat selama hampir satu jam.

"Pihak polis tanya saya sebagai seorang peguam Polis DiRaja Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat kes ini. Saya menjawab aktiviti pengubahan wang haram adalah bidang kuasa ICAC tetapi saya berpandangan PDRM mempunyai kuasa menyiasat sumber dan kepada siapa wang tersebut diserahkan.

"AMK Sabah menggesa pihak polis menjalankan siasatan rapi terhadap dakwaan ini kerana kita mahu samada wang haram yang di bawa keluar tersebut adalah milik rakyat Sabah," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Pada 2 Oktober 2009 Shamsul membuat laporan kepada ICAC di Hong Kong mengenai penahanan Chia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah RM16 juta. 

ICAC kemudiannya telah membuka kertas siasatan terhadap Chia.

Rais’s son named in telco civil case.....???

on Oct 22, 2010

The Malay Mail today reported Rais son, Dino is involved in a telco civil lawsuit. Read the full report below:



KUALA LUMPUR: The Civil High Court here this morning was the setting for a case involving a telecommunications company, where the son of a minister in charge of the industry, was mentioned.

Dino Rais, son of Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, was named in an affidavit filed by businessman Abdul Razak Mohd Nor and Nor Aishah Harun against respondents Magic Telecom Sdn Bhd, Sejahtera Saluran Sdn Bhd and Looh Siong Chee.

The affidavit had stated that in January this year, Looh, a shareholder and director with Magic Telecom, had proposed to Abdul Razak that Dino be given a five per cent shareholding in Magic Telecom to ease the obtaining of the spectrum approval and other necessary licences.

The affidavit also stated that they both allowed the involvement of Dino to assist other employees in Magic Telecom from Jan to July.

In the petition filed, Abdul Razak and Aishah had enclosed a copy of the EGM dated Oct 11, signed by Looh.

Abdul Razak, in the petition, also stated he believed the EGM was being called with ill-intentions.

He said despite him giving a notice on Oct 4 to Looh and the other directors of Sejahtera to refrain from requisiting any EGM because Sejahtera was not a valid shareholder of Magic Telecom but just a temporary loan borrower, he did not get a reply from Looh.

Abdul Razak said he believed Looh’s action to call for the EGM was to extend his intention to take over Magic Telecom via Sejahtera.

An originating petition was filed by Numix Engineering Sdn Bhd, Abdul Razak and Aishah against respondents Magic Telecom, Sejahtera Saluran and Looh on Oct 8.

The prayers in the petition included an injuction restraining or preventing Sejahtera Saluran and Looh from exercising any powers and rights as directors or shareholders of Magic Telecom and also to declare the additional issuance of RM4 million, which was allotted on July 21, 2010 as ordinary shares in Magic Telecom as null and void.

He also pleaded for an order of rectification of the share register of Magic Telecom to delete the shareholdings of Sejahtera Saluran of RM4m shares in Magic Telecom.

He is also claiming for an order of damages against Sejahtera Saluran and Looh or in alternative, an order to buy out Magic Telecoms shareholdings at a fair value to be determined by the court.

He is also seeking an order that the petitioners buy out at the total of RM350,350 shares of Looh at a fair value to be determined by the court.

In the alternative, an order to wind up Magic Telecom under the provisions of the Companies Act 1965 and that the official receiver be appointed as liquidator.

The injunction hearing of the petition will be heard on Nov 18.

In an SMS response to The Malay Mail this morning regarding the mention of his name in the afidavit Dino said: “I don’t have anything to do with Razak. I was merely invited by Desmond (Looh) to advise him in terms of Malay write up and Malay social ethic since his Bahasa vocabulary is not that generous.

“Furthermore his partner (Abdul Razak) is Malay and I was only giving personal views regarding simple matters. I never touched on business dealings and I’ve never owned a telecommunications company as mentioned lately.

“Perhaps Razak is not happy with certain things hence he is claiming ‘names’ as a stepping stone to wrestle things his way.”
That should confirm there is such a rumour on Rais's son, Dino.

On Rais's denial that his son's involvement in any contracts,hmmm ... will have to wait till this court case is over to believe that.

Any chance anyone with access to the affidavits to share it on the Internet?

Make sure to upload it at a cybercafe. Rais could be on the prowl.

Rais VS Rocky Bru.... ‘pihak yang tak terasa memanglah mereka tak faham’....???

on




Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap blogger Rocky Bru @ Datuk Ahirudin Attan dan dua yang lain yang siar dakwaan kononnya anaknya terlibat dalam syarikat yang dapat kontrak jalur lebar bernilai jutaan ringgit …kerana itu adalah haknya.
“Ia mudah (isu itu). Orang tidak memikul masalahnya tidak tahu. Mereka sudah mengaibkan saya di khalayak ramai. Saya sebagai seorang anggota pentadbiran yang telah lama berkhidmat tak pernah menerima pukulan seperti itu.
“Apa yang mereka kemukakan tidak benar. Jadi saya sebagai seorang rakyat biasa, tak ada cara lain kecuali melaporkan kepada lunas undang-undang negara kita. Jadi kalau itu pun salah, atau dianggap tidak benar, saya tak ada hal, saya boleh buat banyak pilihan, tapi itu hak saya,” katanya kepada Agendadaily ketika ditemui di luar Dewan Merdeka PWTC, Khamis.
Beliau diminta mengulas laporan beberapa buah blog memberitahu mengenai pertemuan dengan beberapa blogger di kediamannya pada Isnin lalu,Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyuarakan rasa terkilan terhadap langkah Rais membuat laporan polis terhadap Rocky dan dua blogger lain,Big Dog dan TnT. 

Setakat ini Rocky telah dipanggil memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Rocky membuat posting dibawah tajuk Who gets Santa Rais RM1billion handout? pada 9 Oktober.

“Membuat laporan (polis) itu adalah hak saya. Jadi saya minta tidak ada pihak yang memutarkannya dan saya tak fikir Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata begitu sebab saya tidak ada peluang mempertahankan diri saya,” kata Rais yang memberitahu beliau tidak tahu menahu mengenai pertemuan berkenaan.
Ditanya sama ada beliau akan menarik balik atau meneruskan dengan laporan terhadap Rocky dan dua blogger berkenaan, Rais bertegas mengatakan beliau hanya melaksanakan haknya.
“Itu hak saya. Saya sudah buat laporan. Jadi setakat itulah. Jadi apa yang berlaku selepas itu kita lihat apa yang berlaku. Dan saya tidak ada tujuan untuk memperli atau menyusahkan mana mana pihak jauh sekali Perdana Menteri.
“Saya pernah bertugas di bawah bapanya (Allahyarham Tun Razak) . Sekarang saya bertugas di bawah dia, Jadi kalau beliau tidak suka, ataupun tidak rasa selesa, beliau ada pilihan. Saya rakyat biasa. 

“Sebagai Rais Yatim saya berhak membersihkan perkara yang cuba diharu-birukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Itu sahaja. Saya tidak ada membuat tuntutan yang lain, hanya melaporkan itu dan terserah kepada pihak berkuasa melihatnya dari sudut undang-undang oleh kerana nama saya telah dicemari.

“ Bagi pihak yang tak terasa memanglah mereka tak faham. Sebab perkara itu tidak benar, jadi saya ambil pilihan yang ada pada sisi undang-undang. Itu sahaja.”
Apabila ditanya sama ada tindakannya itu dilakukan kerana instinct sebagai seorang ayah, beliau menafikan.
“Itu tak ada. Sebagai seorang individu, seorang rakyat Malaysia yang juga dinaungi undang-undang negara, setahu saya, tidak salah kalau seseorang mengambil pilihan untuk melapor kepada polis atau kepada pihak lain jika dirinya dipermainkan oleh pihak-pihak lain.
“Mungkin saya perlu mengambil tindakan undang-undang sivil. Pun perlu membuat laporan polis. Yang jenayah, terserah kepada pihak berkenaan. Saya tidak ada pilihan lain.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List