Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap blogger Rocky Bru @ Datuk Ahirudin Attan dan dua yang lain yang siar dakwaan kononnya anaknya terlibat dalam syarikat yang dapat kontrak jalur lebar bernilai jutaan ringgit …kerana itu adalah haknya.
“Ia mudah (isu itu). Orang tidak memikul masalahnya tidak tahu. Mereka sudah mengaibkan saya di khalayak ramai. Saya sebagai seorang anggota pentadbiran yang telah lama berkhidmat tak pernah menerima pukulan seperti itu.
“Apa yang mereka kemukakan tidak benar. Jadi saya sebagai seorang rakyat biasa, tak ada cara lain kecuali melaporkan kepada lunas undang-undang negara kita. Jadi kalau itu pun salah, atau dianggap tidak benar, saya tak ada hal, saya boleh buat banyak pilihan, tapi itu hak saya,” katanya kepada Agendadaily ketika ditemui di luar Dewan Merdeka PWTC, Khamis.
Beliau diminta mengulas laporan beberapa buah blog memberitahu mengenai pertemuan dengan beberapa blogger di kediamannya pada Isnin lalu,Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyuarakan rasa terkilan terhadap langkah Rais membuat laporan polis terhadap Rocky dan dua blogger lain,Big Dog dan TnT.
Setakat ini Rocky telah dipanggil memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Rocky membuat posting dibawah tajuk Who gets Santa Rais RM1billion handout? pada 9 Oktober.
“Membuat laporan (polis) itu adalah hak saya. Jadi saya minta tidak ada pihak yang memutarkannya dan saya tak fikir Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata begitu sebab saya tidak ada peluang mempertahankan diri saya,” kata Rais yang memberitahu beliau tidak tahu menahu mengenai pertemuan berkenaan.
Ditanya sama ada beliau akan menarik balik atau meneruskan dengan laporan terhadap Rocky dan dua blogger berkenaan, Rais bertegas mengatakan beliau hanya melaksanakan haknya.
“Itu hak saya. Saya sudah buat laporan. Jadi setakat itulah. Jadi apa yang berlaku selepas itu kita lihat apa yang berlaku. Dan saya tidak ada tujuan untuk memperli atau menyusahkan mana mana pihak jauh sekali Perdana Menteri.
“Saya pernah bertugas di bawah bapanya (Allahyarham Tun Razak) . Sekarang saya bertugas di bawah dia, Jadi kalau beliau tidak suka, ataupun tidak rasa selesa, beliau ada pilihan. Saya rakyat biasa.
“Sebagai Rais Yatim saya berhak membersihkan perkara yang cuba diharu-birukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Itu sahaja. Saya tidak ada membuat tuntutan yang lain, hanya melaporkan itu dan terserah kepada pihak berkuasa melihatnya dari sudut undang-undang oleh kerana nama saya telah dicemari.
“ Bagi pihak yang tak terasa memanglah mereka tak faham. Sebab perkara itu tidak benar, jadi saya ambil pilihan yang ada pada sisi undang-undang. Itu sahaja.”
Apabila ditanya sama ada tindakannya itu dilakukan kerana instinct sebagai seorang ayah, beliau menafikan.
“Itu tak ada. Sebagai seorang individu, seorang rakyat Malaysia yang juga dinaungi undang-undang negara, setahu saya, tidak salah kalau seseorang mengambil pilihan untuk melapor kepada polis atau kepada pihak lain jika dirinya dipermainkan oleh pihak-pihak lain.
“Mungkin saya perlu mengambil tindakan undang-undang sivil. Pun perlu membuat laporan polis. Yang jenayah, terserah kepada pihak berkenaan. Saya tidak ada pilihan lain.
1 comments:
Saya orang biasa ????
Menteri orang biasa ke ????
Pihak yang tak terasa memanglah mereka tak faham..????
Sapa yang makan cili ni ????
Alahai... Rais.
Post a Comment