SPRM SIASAT ISU AIR NEGERI KEDAH.......???

on Oct 22, 2010

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berkunjung ke pejabat agensi Kerajaan Negeri berkaitan bagi menyiasat laporan berhubung penyelewengan isu air di negeri ini. 

Katanya, beberapa fail dan dokumen berkaitan telah diambil SPRM bagi melancarkan siasatan dan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada ketelusan agensi itu untuk menyiasat. 

“Saya difahamkan SPRM sudah pun memulakan siasatan setelah laporan dibuat. Malah beberapa jabatan berkaitan telah didatangi pegawai SPRM untuk mendapatkan kerjasama. Tak perlulah saya dedahkan jabatan mana terlibat, eloklah biar sahaja SPRM buat kerja,” katanya pada media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam. 

Pada 11 Oktober lalu, Pemuda Pas Kedah diketuai Ketuanya, Ahmad Yahya menyerahkan satu laporan berhubung penyelewengan dalam kos pembinaan loji air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai kepada SPRM setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad mencabar Kerajaan Negeri supaya membuat laporan kepada SPRM untuk membuktikan dakwaan penyelewengan itu. 

Ketika ditanya sama ada pihak SPRM turut bersemuka dengannya bagi mendapat gambaran sebenar penyelewengan itu, Azizan berkata, setakat ini kunjungan hanya membabitkan beberapa jabatan dan tidak termasuk pejabat Menteri Besar. 

“Tak ada pula mungkin tiada keperluan lagi,” katanya. 

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Pengarah SPRM Kedah, Datuk Idrus Jaafar gagal apabila beliau tiada di pejabat ketika dihubungi, manakala telefon bimbitnya pula tidak dijawab.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List