Rais Cari Pasal Dengan Muhyiddin Pula....???

on Oct 22, 2010


Apalah masalah dengan Rais Yatim semenjak dua ini....
Mungkin ada di antara kita yang tidak perasan...dan mungkin ada...bahawa sesuatu yang pelik berlaku semasa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan secara serentak persidangan agung tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam semalam.
Bukankah selama ini perasmian persidangan serentak itu disiarkan secara langsung di televisyen (RTM)? Kan....
Namun, malam tadi siaran langsung itu tidak ada....mengapa pula?
Dengar kata Muhyiddin hangin satu badan dengan Rais sekarang ni.....habis ucapan beliau bertajuk Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan gagal didengari rakyat di luar.
Risikan Malaysia-instinct.com mendapati wujud arahan daripada Rais Yatim agar RTM tidak membuat siaran langsung....Mengapa?...tidak dapat dipastikan....dengarnya ada pelbagai alasan diberikan pihak Rais hari ini (20 Okt 2010) tetapi kebanyakannya tidak masuk akal.
Dan ucapan perasmian perhimpunan agung UMNO pagi esok dan pengulungan Sabtu ini oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibuat secara langsung....
Persoalan kini, permainan apa yang Rais Yatim mainkan ini?
Apa yang dia tak puas hati dengan Muhyiddin pula.....dan kalau tak puas hati pun takkan nak tunjuk terer dengan Timbalan Perdana Menteri kot?
Tunjuk hebat dengan penulis blog Rocky Bru pun nyaris tertiarap kena serang....ni nak tunjuk hebat dengan Muhyiddin pulak.
Apa yang Rais lakukan ini sebenarnya membawa mesej yang salah.....seolah-olah Muhyiddin disekat...sedangkan Najib dan Muhyiddin tidak ada masalah...hubungan mereka baik...kedua mereka saling mengimbangi dan melengkapkan peranan kepimpinan tertinggi negara....kalau ada berita buruk melibatkan mereka pun ia adalah khabar yang ditiup pembangkang dengan motif yang kita semua tahu mengapa...
Apa pun, dalam hal ini, paling simpati Setiausaha Akhbar Muhyiddin la, Datuk Ainon....dengar kata kena menjawab jugak mengapa tiada siaran langsung perasmian persidangan agung tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi....
Nak salahkan Ainon sepenuhnya pun tak leh jugak...yang RTM dan Rais buang tabiat tak buat live tu apasal?
Namun yang pasti....meminjam kata seorang rakan...."Tak lama le tu hayat Rais (selaku Menteri)"....buatlah lagi perangai camni....

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List