Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

KENAPA POLIS SIASAT SPRM.....???

on Apr 14, 2011




MUNGKIN mustahil bagi saya untuk menjadi terkenal seperti W. Mark Felt, tokoh utama yang membongkar ‘Skandal Watergate’ dengan nama samaran ‘Deep Throat’ kerana beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 2008; namun kanak-kanak Tadika pun boleh berfikir bahawa polis melakukan kesilapan besar dengan menjalankan siasatan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD).

Seperti dalam ‘Skandal Watergate’ tiada siapa menyedari lima orang ‘Gurkha Presiden Richard Nixon’ yang menceroboh masuk ke Markas Parti Demokrat di Watergate Washington DC pada 17 Jun 1972, melainkan Felt yang telah membocorkan rahsia berkenaan kepada dua orang wartawan Washington Post iaitu Bob Woodward dan Carl Bernstein.
Saya tidak perlu untuk menjadi ‘Deep Throat’ kerana saya menggunakan nama saya sendiri dalam semua tulisan saya, termasuk yang mengancam nyawa saya kerana saya yakin kepada ketentuan takdir Illahi dan maut adalah permainan seorang wartawan.
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Ketua Polis Negara harus mencipta ruang kosong di atas kanvas siasatan bagi dua kes terbesar ini dengan melihat cermin jenayah kerana lazimnya penjenayah sebenar bersembunyi di sebalik bayang atau menggunakan ‘Stunt-In’ dalam setiap aktiviti mereka.
Minda bawah sedar saya berfikir, kenapa polis mensasarkan siasatan kepada Pegawai SPRM yang tidak berdosa dan telah benar-benar berbakti untuk membersihkan Negara daripada gejala rasuah, sekalipun ramai di antara mereka menyembunyi tangan kotor kerana turut mengamalkan rasuah.
Tetapi dalam kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed, adalah mustahil bagi Pegawai SPRM menjadi ‘Malaikat Izrail’ untuk mencabut nyawa dua manusia penting ini yang memegang rahsia ‘Don’ atau ‘Mafia’ yang berkolar putih; salah seorang daripadanya menteri dan Ketua Pengarah yang kaya daripada operasi pasir dan penyeludupan.
Kedua ‘Wira Negara’ ini mati ketika mereka ingin mendedahkan siapakah dalang sebenar di sebalik petualangan ini, namun sebelum mereka menjadi ‘Harimau’ untuk satu hari yang amat bersejarah dalam hidup mereka, mereka telah dijadikan ‘Kambing Hitam’ yang dikorbankan untuk kepentingan pihak tertentu bagi memutuskan rantaian alibi dan memalitkan nista terhadap pegawai SPRM yang bekerja 24 jam untuk menyelesaikan sesuatu kes, terutama kes yang berprofail tinggi.
Mustahil bagi seorang yang ingin berkahwin esok atau seorang pegawai yang sudah insaf dan ingin menghabiskan sisa hidupnya dengan membina masjid dan membuat kebajikan; membuat keputusan untuk mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri?
Polis harus membuka ‘kotak fikir’ yang terkunci di sebalik pintomin yang dilakonkan penjenayah sebenar yang berselindung di sebalik jawatan, aras politik dan pengaruh wang untuk memesongkan motif kematian daripada jenayah kepada membunuh diri.
SPRM telah memacu seluruh tenaga dan kepakaran mereka untuk membongkar kes kuari pasir dan batu haram tanpa mempedulikan keselamatan diri mereka yang sentiasa dibayangi tonto dan ‘Menteri’ yang berpengaruh; namun tiba-tiba dituduh menyebabkan kematian atau ‘membunuh’ saksi yang ingin memberikan keterangan beralibi.
Saya langsung tidak berniat untuk mengajar atau mengganggu siasatan polis, namun berdasarkan fakta yang dihujahkan polis dan SPRM secara terbuka dan ditokok tambah oleh pembangkang; apatah lagi kematian Ahmad Sarbini berlaku ketika Sarawak di ambang pilihanraya, maka Ketua Polis Negara sewajarnya mengkaji semula modus operandi dan skop siasatan agar ‘Hollow-Man’ tidak terlepas.
Polis sewajarnya memburu penjenayah sebenar iaitu ‘Lanun Pasir’ dan ‘Puaka Penyeludup’ yang selama ini memboroikan perut Pegawai Kastam dan Menteri; bukannya pegawai SPRM yang bekerja secara jujur tanpa mengira masa untuk menyelesaikan sesuatu siasatan sekalipun tindakan yang bakal mereka ambil bergantung kepada budibicara Peguam Negara.
Jika ‘Mafia Pasir dan Penyeludupan’ ini boleh ketawa berdekah-dekah kerana berjaya memperdaya polis, sewajarnya penggubal undang-undang di Malaysia yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara sewajarnya merasa malu dan meletakkan jawatan kerana kedangkalan mereka menggubal undang-undang sambil lewa menyebabkan penjenayah terlepas tetapi saksi kerajaan menjadi mangsa akibat kelicikan penjenayah menyembunyikan identiti mereka.
Ketua Polis Negara dan Peguam Negara harus berfikir di luar minda bawah sedar mereka untuk menyelesaikan isu yang semakin buntu ini dengan mengalihkan perhatian daripada SPRM kepada ‘PHANTOM KILLER’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dirasa melalui deria keenam.
Seseorang penjenayah atau pembunuh upahan tidak memerlukan masa yang lama untuk menolak saksi daripada tingkap atau atas bangunan dan boleh mengkakukan CCTV selama beberapa saat dengan hanya menggunakan jarum peniti atau pemetik api sehingga imej mereka tidak kelihatan atau hanya berbayang seperti dalam kes pembunuhan Norjan Khan Bahadar dan Norita Samsuddin; sehingga penjenayah lepas bebas tanpa sebarang hukuman.
Penubuhan SSD hanya membazirkan wang rakyat jika penjenayah sebenar semakin menimbun harta dan melebarkan empayar mereka kerana polis terpaksa menggunakan masa 24 jam mereka untuk menepis kutukan; SPRM memulihkan imej mereka dengan menggantung kerja pegawai yang tidak berdosa; serta Peguam Negara kematian akal kerana memerlukan bukti yang melampaui keraguan munasabah sebelum menyediakan kertas pertuduhan.
Tindakan tidak bermoral sesetengah pihak mengutuk SPRM semata-mata kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang dilihat sebagai melakukan ‘Jenayah Moral’ kerana mempersenda Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan prinsip seseorang itu tidak bersalah sebelum dijatuhi hukuman bersalah oleh Mahkamah Undang-Undang.
Akhir sekali, jangan dibunuh pembawa berita seperti saya yang memberitahu rumah anda sedang terbakar; sebaliknya kawallah api sebelum merebak. Padamlah kemarahan sebelum membakar diri kerana mereka yang gagal mengawal kemarahan umpama ‘Phantom Killer’ yang mengintai peluang untuk membunuh mangsa sedangkan perangkap telah tersedia!


Oleh: MUTALIB M.D

'He was a sincere, honest man'

on Apr 8, 2011

 Maziah Manaf (third from left), the widow of  Ahmad Sarbaini Mohamed, pouring scented water on his grave at the  Muslim cemetery in Petaling Jaya  yesterday. — Bernama picture

Maziah Manaf (third from left), the widow of Ahmad Sarbaini Mohamed, 
pouring scented water on his grave at the Muslim cemetery i
n Petaling Jaya yesterday. — Bernama picture



 The late Selangor Customs Department assistant director Ahmad Sarbaini Mohamed, 56, was yesterday described by a relative as "a very honest man".
The relative, a retired police officer in his 60s, also said Ahmad Sarbaini was not a rich man. 

"He lived a modest life. Family members believe he had done no wrong and had nothing to hide. We are, therefore, puzzled why the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was investigating Ahmad Sarbaini.

"He was not the type who would accept a bribe. He even turned down gifts, which he deemed inappropriate. You can ask anyone who knows him. I can vouch for this."
The relative said Ahmad Sarbaini had said he was not worried about the MACC probe because he could account for his financial status.

He said Ahmad Sarbaini had been a sincere and hardworking man all his life.

"He had been working diligently after completing his Lower Certificate of Education (now known as Penilaian Menengah Rendah). 

"He worked as an office boy before becoming a Kuala Lumpur Hospital assistant serving haemodialysis patients.

"He then took a diploma course and joined the Customs Department soon after. Based on his hospital experience, he had planned to open a haemodialysis centre with a friend when he retired," he said at the Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre mortuary yesterday.

The relative added that Ahmad Sarbaini had owned three houses, one of which had been sold. All the houses were bought on government loans.

"Ahmad Sarbaini was not even considered rich. He owned three cars -- a Perodua Kancil, a second-hand Honda CRV and a Proton Persona, which was bought three months ago.

"The Persona was bought by his wife, Maziah Manaf, as he could not take a loan because he had stood as a guarantor for another loan." 

Ahmad Sarbaini was buried at the Kota Damansara Section 9 Muslim Cemetery.

Customs director-general Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf, Selangor Customs director Datuk Aziz Yacub, federal police counter-terrorism director Datuk Mohamad Fuzi Harun and about 100 colleagues, friends and family members were at the funeral which took place about 6pm.

UKMMC Forensic Department head Associate Professor Dr Shahrom Abd Wahid had earlier conducted the post-mortem. The death certificate listed cause of death as "pending lab analysis".


Three times is enemy action, Mr MACC

on

Three times is enemy action, Mr MACC

To quote Auric Goldfinger in Ian Fleming's 'Goldfinger': We have a saying in Chicago, Mr. Bond. Once is HAPPENSTANCE. Twice, COINCIDENCE. And THREE times Mr.Bond, THREE times? Then it's ENEMY ACTION!
First Teoh Boon Hock and now, Ahmad Sarbani Mahamed. Are we looking at preludes to more "sudden suicide" cases and ENEMY ACTION waiting to happen?
What about the unexplained deaths elsewhere of Francis Udayappan, A.Kugan, Aminul Rasyid, R.Gunasegaran and subsequent assault on witness Selvach, persecution of lawyer Rosli Dahlan and others?
The full facts have not emerged yet.
But I tell you that it is in the nature of evil that it cannot conceal itself for long or be silent as it must work it's way towards it's self-destructive ends. We are fast approaching the point where something's got to give as the tipping point is reached and a corrupt, rogue system and officers must be extirpated and brought to book once and for all.
And what we are witnessing across the length and breadth of our nation, endemic unexplained custody deaths, are symptomatic, yes they are symptomatic of years of decline and lowering of standards and poor, poor recruitment and training regimes. That's what happens when we pay lip service to "internal inquiries", transparency and public accountability and overworn cliches which mean nothing when it's your next of kin who just bit the dust!
That's precisely the rot that sets in when the Government ignores the recommendations of Royal Commissions of Inquiry and thereby insults the King and Constitution.
We must not tolerate this outrageous state of affairs one second longer!
IT IS SUCCESSIVE UMNO/BN GOVERNMENTS THAT ARE CLEARLY CULPABLE FOR THIS SAD, SAD VISIBLE, PALPABLE, STARK DETERIORATION IN THE MODUS OPERANDI OF OUR INVESTIGATIVE AND ENFORCEMENT AGENCIES.
The rot set in when in 1987 a Home and Prime Minister had, for his own political survival, 106 person arrested under the ISA without an iota of probable cause and then (30 years later with selective amnesia) claimed shamelessly he "could not" over rule the IGP. That's when the seeds of a police state were sown!
And don't expect DAP and Pakatan not to call for a truly independent RCI; they, and TBH"s family, were spot on in refusing to legitimise the TBH RCI headed by a sitting judge of the Federal Court, no matter what his credentials!!
In the meantime we weep without reservation for the suddenly departed. That's absolutely the least we can do. That is not a happy state of affairs. But we MUST NOT keep silent and allow more deaths to occur because of general public apathy or fear.

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com


Taib Mahmud antara punca imej SPRM rosak

on Apr 7, 2011


DAP melihat usaha Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim untuk memulihkan badan itu dilihat kurang berjaya kerana kegagalan badan itu mengambil tindakan terhadap pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta sikap “double-standard” badan tersebut yang gagal untuk mengambil tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 

Namun, tragedi terbaru iaitu kematian Ahmad Sarbani yang ditemui terbaring di tingkat 1, gelanggang badminton terbuka Bangunan SPRM, Kuala Lumpur semalam sesungguhnya melenyapkan segala usaha Datuk Seri Abu Kassim selama ini yang inginkan kelainan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Abu Kassim harus berundur buat sementara waktu sehingga siasatan ke atas kematian tragis ini selesai.

Selain itu, beliau juga mencadangkan, dua lagi pendekatan baru diperlukan bagi memastikan tiada lagi kes suspek rasuah masuk ke pejabat SPRM dengan masih bernyawa tetapi ditemui mati ketika keluar dari pejabat itu.

"Pertama ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang baru yang mamatuhi dan memenuhi norma- norma keadilan antarabangsa bagi
menyiasat kematian tragis masa kini.

"Keduanya ialah merombak semula operasi dan kaedah SPRM oleh “Transparency International” dengan kuasa penuh untuk mengubah apa sahaja yang dilihat perlu sama ada disukai atau tidak oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjadikannya sebuah institusi anti-rasuah yang benar-benar efektif dan professional," katanya.


Taib enggan undur

Sementara itu, berita terus tersebar kepada pelbagai pihak kononnya pemimpin utama BN iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin gagal memujuk Taib berundur menjelang pilihan raya Sarawak ini.

Padahal sehari sebelum itu, media termasuk antarabangsa, dimaklumkan akan ada pengumuman penting dibuat menjelang pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Antara yang dijangkakan adalah pengumuman Taib untuk tidak bertanding dalam pilihan raya pilihan raya Sarawak kali ini.

Namun, selepas Najib dan Muhyidin bertemu Taib, tidak ada sebarang pengumuman penting dibuat.

Menurut sumber, Taib enggan berundur jika syarat-syarat yang dimintanya gagal dipenuhi BN termasuklah kepentingan diri dan keluarganya.



2 pegawai SPRM digantung kerja....

on

KUALA LUMPUR 7 April - Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menjadi pengiring Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, di sini, semalam, ditahan kerja untuk tujuan siasatan.

Mereka ditahan kerja kerana dikatakan melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM.
"Pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika saksi atau pelanggan berada dalam premis SPRM,” menurut SPRM dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

KESATUAN KASTAM SANGSI SARBANI PERGI KE SPRM TANPA DIPANGGIL

on





KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.


Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.



Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.



Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.



Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.



Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.



“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.



“Tak kan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) 
datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.

 minsider

Kematian Pegawai Kastam Ahmad Sarbani. Moga Allah tunjukkan kebenaran

on





Pasti majoriti rakyat Malaysia sedia maklum akan kematian seorang Pegawai Kastam Ahmad Sarbini yang jatuh dari tingkat 3 Bangunan SPRM Kuala Lumpur. Allahyarham adalah di antara beberapa orang pegawai Kastam yang telah ditahan SPRM untuk disoalsiasat. allahyarham telah memberikan keterangan beberapa hari lepas dan dilepaskan dengan ikat jamin. Allahyarham kemudiannya dengan secara sukarela pergi semula ke pejabat SPRM di Jalan Cohcrane untuk mengubah kenyataannya. Beliau ke sana dengan menunggang motosikal pada jam 8 pagi. Kemudiannya pada jam 9.30 pagi beliau telah dijumpai mati jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM.

Kematiannya mengejutkan ramai rakyat Malaysia yang prihatin. 2 tahun lepas Kita dikejutkan dengan kejadian Mendiang Teoh Beng Hock yang juga ditemui mati dengan keadaan yang serup jatuh dari bangunan SPRM di Shah Alam ketika beliau disoal siasat. Ramai rakyat marah dan mengutuk kejadian ini. Ketika itu kita mengharapkan itu adalah kejadian terakhir yang dapat kita lihat dan dengar. kita berdo'a moga tiada lagi kejadian malang yang ke 3 dan seterusnya.

Sungguh malang apabila siasatan atas kematian Beng Hock sedang berjalan dengan Suruhanjaya Siasatan Di Raja, malah hingga ke tarikh dan ketikanya semalam itu Suruhanjaya siasatan sedang dijalankan peristiwa malang itu berlaku!

Bertambah sedih dan pilu bila mendengar bahawa Allahyarham seorang yang baik, warak, jujur dan disenangi semua. Beliau berumur 56 tahun menunggu hari- hari pencennya mungkin.

Setiap jiwa pasti merasakan mati dengan pelbagai cara yang harus diterima dan diredhai. Namun kematian Allahyarham patut dibela dan didesak siasatan ke atas kejadian tersebut.

Pagi tadi jam 11 pagi satu sidang media telah diadakan di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall oleh SUARAM dan beberapa NGO yang prihatin dan mendesak agar siasatan segera dijalankan.

Rakyat harus bangun dan sedar akan hak kita. Syukur ahli keluarga yang sempat ditemui khususnya sepupu rapat Allahyarham kesal akan apa yang berlaku dan berani mendesak mereka yang bertanggungjawab mendedahkan apa sebenarnya yang telah berlaku dan menuntut keadilan ke atas kematian Allahyarham.

Buat masa ini saya berada di Surau Kompleks Kediaman Kastam. Menanti ketibaan jenazah. Kami juga sempat menziarahi ahli keluarganya yang menceritakan latar belakang Allahyarham yang penuh dengan kebaikan dengan keadaan menahan kesedihan.

Solat zohor di Surau ini dan disusuli dengan Solat Hajat berjemaah dengan sujud terakhir yang panjang. Do'a yang digalakkan dibaca ialah " Moga Allah tunjukkan kebenaran".




Surat misteri terdedah.....???

on Dec 22, 2010

Malaysia-Today membuat kejutan dengan artikel yang berjudul "The shit has hit the fan".  Tiada sebarang tulisan daripada penulis, hanya "artikel" yang di-"scan" dan ditampal pada ruang kolum tersebut. 【Baca: The shit has hit the fan】

MerdekaReview cuba mendapat pengesahan daripada Gobind Singh Deo, peguam yang menyerahkan "surat misteri" dalam inkues Teoh Beng Hock semalam, sama ada apa yang tersiar itu adalah kandungan asal "surat misteri", namun dibalas dengan smsnya berbunyi, "Can't comment."
Yang berikut adalah teks asal yang disiarkan di Malaysia-Today:

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

2.  Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan).  Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang.  Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang.  Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi.  Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati.  Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

i)  TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini.  Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor.  Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.

ii)  Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian

 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock.  Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.

iii)  Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi.  Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya.  Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai.  Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi?  Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau?  Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri?  Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.

iv)  Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh.  Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut.  Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?

v)  Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi.  Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh.  Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya.  Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.

3.  Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia.  Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP).  Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya.  Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang.  Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang.  Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat.  Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk "menjaga" kepentingan Dato" Seri Dr Khir Toyo di Selangor.  Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu "menjaga" kepentingan beliau di Selangor.

4.  Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.  Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:

i)  Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings.  Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta.  Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.

ii)  Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:

a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato' Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin.  Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki.  Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.

b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau.  Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina.  Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.

c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.

iii)  Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan.  Setelah beberapa siri ‘keintiman’ beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri.  Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya.  Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.

5.  Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia.  Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah “beraja dimata, bersultan dihati”.  Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.

6.  Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet.  Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia.  TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat.  Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato’ Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.

7.  Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan.  Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai “cable” dengan pihak atasan.

8.  Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI"
Kami yang menurut perintah,
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM MALAYSIA

SPRM ambil kenyataan MB Selangor

on Nov 25, 2010

SHAH ALAM, – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung isu perbelanjaan majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dikatakan melebihi RM300,000.
Pegawai SPRM mengambil keterangan Abdul Khalid di pejabatnya di Tingkat 21, Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri di sini selama 30 minit.
“Saya sedang memberikan keterangan kepada SPRM dalam siasatan mereka terhadap kes Yayasan Selangor,” kata Abdul Khalid dalam laman twitternya.
Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberi kontrak menganjurkannya.
Laporan media sebelum ini menyebut bahawa SPRM telah menyita beberapa fail dan dokumen dari pejabat Yayasan Selangor di Amcorp Mall di Petaling Jaya.
Bernama

Media dilarang siar siasatan SPRM

on Nov 19, 2010

NONE
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerjasama pihak media supaya tidak menyiarkan berita mengenai siasatan kes yang sedang dijalankan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, pada masa ini terdapat banyak media berita yang melapor dan memaparkan siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

"Saya memahami kehendak para media dalam perkara ini tetapi walau bagaimana pun saya berharap pihak media juga memahami kerja SPRM.

"Ini adalah kerana kejayaan kita menyiasat sesuatu kes bergantung kepada kerahsiaan yang mana kita boleh mendapat keterangan-keterangan yang baik apabila tindak-tanduk kita tidak diketahui umum."

"Jadi hebahan kepada siasatan bagi saya tidak wajar dan tidak tepat masanya...malah yang disiasat pun belum tentu kita tahu apa yang akan terjadi ke atas "mereka".

"Ia bergantung kepada keterangan yang diberi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani MOA (Memorandum Persetujuan) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama-

Only RM400 mil left in USP Fund.....???

on Oct 31, 2010

FROM RM4 BIL TO RM400 MIL. Well-spotted by the NST's managing editor: the deputy minister in charge of the fund said on Oct 25 (see here) that the money had NOT been spent and that he DID NOT have full details of the fund. Last week, the NST reported that only 10 per cent of the RM4 billion collected under the fund since 2006 is still there. The deputy minister and the MCMC did not communicate? The managing editor had to ask on her blog: Money well spent?

To answer the question, the MCMC must explainwhere ALL the money had gone to. Since YB Wee Choo Keong was the one who had first asked the question (on his blog here and in the Dewan Rakyat here), and since the deputy minister was clearly in the dark, why not let the Minister himself explain to the Rakyat in Parliament?

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List