KUALA LUMPUR 7 April - Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menjadi pengiring Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, di sini, semalam, ditahan kerja untuk tujuan siasatan.
Mereka ditahan kerja kerana dikatakan melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM.
"Pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika saksi atau pelanggan berada dalam premis SPRM,” menurut SPRM dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama
0 comments:
Post a Comment