Video Lucah: Apa Yang Nak Disorok Deepak Jaikishan??

on Apr 7, 2011

Kah kah kah...Kah kah kah... 

Nampaknya Deepak Jaikishan nak main wayang lagi kah kah kah...
 

Kalau dulu dia nafikan dia jadi orang tengah mengatur pelarian penyiasat persendirian, P Balasubramaniam ke India, kali ini nampaknya dia takkan terlepas kah kah kah...
 

Semua dah tau akuan bersumpah Bala yang kedua dan ketiga direka, dan kali ini dia nak buat akuan kali keempat bagi semua orang tau tembelang dia?
 

Rosmah Mansor pun buat-buat tak tau bila Deepak buat akuan bersumpah nafikan Altantuya Shaariibu mati diletup bom C4 kah kah kah...
 

Dan kali ini pendedahan video seks Made in Thailand pun nak kena cover line jugak??
 

Kah kah kah...
 

Kah kah kah...
 
Ejen permaidani Deepak nafi dakwaan Raja Petra
 
Seorang ahli perniagaan berprofil rendah yang pernah dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia dan hubungannya dengan keluarga perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lalu, hari ini muncul di khalayak untuk mempertahankan keluarga dan perniagaannya.

Pengedar permaidani dan ejen hartanah Deepak Jaikishan mendakwa tulisan terbaru blogger Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today semalam sebagai satu fitnah dan pembohongan.
 

“Pertama, adalah benar saya kenal Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
 

“Saya pembekal permaidani dan produk-produk hiasan dalaman sejak beberapa tahun lalu. Apa yang dikatakan dalam Malaysia Today mengenai saya adalah tidak benar,” katanya pada sidang media di sini petang ini berhubung tulisan di bawah tajuk “ Carpetman, bagman, toyboy has been bagged”.
 

Ahli perniagaan itu mengaku memang benar syarikatnya pernah memperoleh pinjaman RM600 juta dari Kuwait Finance House untuk disalurkan ke dalam pelaburan-pelaburan hartanah di luar Malaysia selain perniagaan permaidani keluarganya, dan kini pinjamanannya berjumlah RM200 juta.
 

Deepak berkata beliau seorang ahli perniagaan yang tidak memihak mana-mana parti politik atau cenderung kepada elit politik bagi mendapatkan faedah kewangan.
 

Malah beliau juga menafikan tulisan Malaysia Today bahawa beliau memainkan peranan dalam ‘membisukan’ penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dalam kes berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 

Dalam tulisannya, Raja Petra mendakwa Deepak sebagai dalang rasuah yang turut terlibat dalam hubungan seksual dengan isteri perdana menteri tetapi sudah tidak lagi disukai Rosmah apabila meramalkan politik Najib akan berakhir Julai ini.
 

Deepak menafikan dakwaan Raja Petra itu.
 

Katanya, beliau mesra dengan Rosmah sejak hari isteri perdana menteri itu melangkah ke pusat permaidaninya di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira tujuh tahun lalu.
 

“Rosmah, saya melayan dia sebagai kakak saya,” katanya.
 

Deepak berkata dia tidak bergantung pada perdana menteri atau keluarganya untuk berniaga kerana ada pelanggan di seluruh dunia termasuk kerabat diraja dan ahli-ahli politik pembangkang seperti Karpal Singh dan keluarganya.
 

Ahli perniagaan ini menambah, beliau hanya tampil sekarang kerana merasakan reputasinya dalam komuniti perniagaan antarabangsa sudah mula terjejas.
 

“Dakwaan dalam Malaysia Today membawa mudarat, menjejaskan hubungan perniagaan antara saya atau syarikat-syarikat saya dan bank-bank dan sekali lagi ini usaha orang yang iri hati dengan saya atau bisnes saya untuk merosakkan saya,” katanya lagi.
 

“Kami berurusan dengan bank-bank di rantau ini. Kami tidak boleh menerima ini. Saya tidak boleh menerima yang ini,” katanya lagi.
 

Pun begitu beliau belum bercadang mahu mengambil tindakan ke atas Raja Petra.
 

“Dia seorang pelarian. Apa saya boleh buat?” katanya.
 

Bagaimanapun katanya, beliau akan berbuat demikian jika keadaan semakin serius.
 

Deepak berkata beliau tidak pernah merisau mengenai tulisan-tulsain dalam Malaysia Today sebelum ini khususnya yang berkaitan dengan kes bunuh Altantuya kerana kesemuanya bersifat politik, bukannya bisnes.
 

Malah katanya, beliau juga telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan terbukti tidak bersalah.
 

Deepak berkata beliau mengesyaki seseorang yang memusuhi bisnesnya memanipulasi Raja Petra dalam menghasilkan artikel-artikel terbaru.
 

“Mungkin ada orang menghasut beliau. Ia bukan artikel politik, ia pembunuhan karakter ke atas seorang ahli perniagaan,” katanya lagi.



http://atsixty-zakriali.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List