Showing posts with label Blogger Pro BN. Show all posts
Showing posts with label Blogger Pro BN. Show all posts

Bila Blogger Berasa Dia Berkuasa.........

on Mar 10, 2011

TIMBALAN MENTERI SAIFUDDIN ABDULLAH DISERANG BLOGGER......



Gambar Saifuddin dan Nurul Izzah Binti Anwar Terbongkar !!!




Mesti ada orang bertanya, kenapa kita nak desak orang yang dilantik PM menjadi ahli kabinet ini agar berundur ? Ini kerana banyak perkara yang dibuat meskipun dilihat ada kebaikan tetapi keburukan yang tercetus oleh beliau lebih besar dan bahaya.

Contohnya : isu pro Mahasiswa yang dibela oleh Saifuddin termasuk insiden di Galas yang mana diberitakan beliau meminta mahasiswa yang ditahan semasa kempen agar dibebaskan. Kenapa pelajar dibela sedemikian rupa ?  Beliau juga tidak mahu AUKU diteruskan bagi membuka pintu kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. Di zaman beliau juga pelajar merusuh di UPM termasuk berani mencuri fail di UM. 

Bahkan beliau juga turut dikaitkan dengan pemikiran ala liberal sejenis dengan apa yang dibawa oleh mantan Mufti Perlis seperti yang didedahkan di sini beberapa ketika lepas tentang isu tangkapan khalwat yang dibuat pegawai jabatan agama yang dikritik olehnya. Sehingga sampai peringkat menghina Ulama seperti Mufti Perak dan Ust Hassan Din Al Hafiz Pegawai Istana Negara. Linknya ada di bawah.

Di sini disenaraikan 5 sebab utama kenapa kita membongkar tentang beliau :
  1. Sokong buku Jingga http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/saifuddin-abdullah-sokong-buku-jingga.html
  2. Sombong http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/papagomo-dialog-balun-di-kerdau-dan.html
  3. Hina Mufti http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/lagi-sebab-kenapa-saifuddin-abdullah.html
  4. Hubungan dengan GAMIS http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/02/apa-motif-timbalan-menteri-kpt.html
  5. Kesepakatan Blogger http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/03/untuk-perhatian-perdana-menteri-senarai.html

Diharap Ahli Parlimen Temerloh ini akan mengambil langkah yang pro aktif samada untuk membersihkan diri beliau atau mendegilkan diri walaupun membaca kritikan kami. Keputusan akhir di tangan Perdana Menteri.


Tugas blogger pertahan negara dan juga perbaiki kepincangan yang dirasakan perlu diperbetulkan agar tugas Perdana Menteri akan lebih mudah dengan adanya pasukan bloggers seperti kami ini.


Harap juga siapa dapat bongkar pemilik Kolej Teknologi Timur (KTT) yang disiar sedang membina bangunan sendiri bernilai RM25 - 30 juta di sini kerana dengar ceritanya MP Temerloh ini ada kaitan dengan KTT tersebut.


Jika pegawai khas beliau ada penjelasan sila berhubung melalui email panglimaperangcyber@yahoo.com dan bolehlah menjelaskan perkara di atas dengan terperinci jika ia tidak benar. Namun awas jangan cuba putar belit dengan kami kerana kebenaran tetap kebenaran walaupun anda cuba sembunyikannya.


Bloggers juga bersedia menemui beliau dan jangan ada pula yang enggan menemui MP Temerloh atau menghalang rakan bloggers lain bertemu beliau selepas beliau sanggup bertemu dengan golongan kita demi membersihkan namanya.


Terima kasih !





Gambar dari blog Nurul Izzah di sini

Betul Ke UMNO Kedah Ada "Paid Bloggers"...........???

on Nov 17, 2010

Cerita mengenai blogger-blogger berbayar baik di pihak BN maupun pihak Pakatan bukanlah merupakan satu perkara yang baru. Malah ianya menjadi satu rutin bagi blogger-blogger yang mempunyai rating pembaca yang tinggi untuk meminta daripada sesuatu pihak untuk membiayai perjalanan blog mereka dengan bayaran yang tertentu. Kami mempunyai bukti yang kukuh beberapa YB-YB menyimpan blogger-blogger mereka untuk mempromosi dan menepis segala bentuk tohmahan atau serangan di alam siber. Bukan lagi menjadi satu rahsia bahawa ada blogger elit yang dibayar oleh sebuah negeri di utara tanahair dengan elaun sebanyak RM5,000 sebulan. Penulis tidak mengatakan bahawa salah untuk seseorang blogger menerima upah / elaun / gaji melalui penulisan mereka. Bergantung kepada niat dan keadaan masing-masing.

Terbaru, satu artikel daripada Kedah Times telah mendakwa bahawa blogger-blogger di Kedah telah dibiayai oleh UMNO Kedah sebanyak RM3,000 seorang. Untuk lebih bertindak adil, saya sertakan kembali keseluruhan artikel berkenaan:

Tok Cha menulis:

1. DATO IR Nawawi kata UMNO Kedah ada 75 pahlawan siber, khabarnya seorang dibayar RM3,000 sebulan kalau dijumlah sebulan UMNO kena bayar RM225,000. Hangpa yang dok suka tengok blok atau facebook kenai ka sapa pahlawan siber ni? Tergugatkah PAS, PKR dan DAP di Kedah dengan serangan pahlawan siber UMNO ini? Tok Cha tak tengok adapun impaknya. What say you all?

2. DATO IR NAWAWI kata lagi, UMNO Kedah banyak isu nak serang Pakatan Rakyat tetapi tak boleh nak bok keluaq semua, takut mai pilihanraya modal habis. Tok Cha nak tanya, buatnya Dato Najib umum pilihanraya esok lusa, UMNO Kedah nak kata apa? Statement IR NAWAWI sama la macam orang umur 20 tahun kata, "tak pa aih, aku muda lagi, lambat lagi nak mati, nanti umur 60 tahun aku tobat dan buat ibadat banyak-banyak". Buatnya remaja umur 20 tadi mati esok lusa, dan ka dia nak buat ibadat banyak-banyak? Habaq mai sat kat Tok Cha.

3. DATO IR NAWAWI kata lagi, isu ofensif dan defensif UMNO Kedah akan print dalam bentuk buku banyak-banyak. Kalau print ada ka orang UMNO nak baca? Selama ni UMNO kesah ka bab budaya membaca ni ? Kalau depa baca, faham dan boleh digest ka? Kalau boleh digest mampu ka depa nak ketengahkan isu untuk pengaruhi rakyat? Tolong perjelas kat Tok Cha sat.

Tok Cha- confirm UMNO Kedah Disampuk hantu raya

Sumber: Kedah Times.
Seorang rakan FB, Puan Azeeza Abdullah telah membuat posting di "wall" beliau mengenai blog posting di atas dan turut bertanyakan sendiri kepada beberapa YB BN Kedah termasuk yang dituduh di dalam artikel berkenaan iaitu YB Dato' Ir Nawawi Ahmad dan ini jawapan beliau:

Adalah diharapkan Tok Cha daripada Kedah Times dapat membuat semakan kembali mengenai kenyataan Dato' Ir Nawawi. Tidak mengapa kalau kita buat salah asal kita dengan rendah diri mengakui sebarang kesilapan yang kita lakukan.

Penulis jarang membicarakan mengenai keadaan politik di Kedah. Bagi penulis secara peribadi lebih sukakan Menteri Besar Kedah yang ada sekarang, DS Azizan yang kami panggil Ustaz Azizan berbanding dengan Menteri Besar terdahulu. Walaupun Ustaz Azizan agak "chege" (garang), beliau amat rendah diri dan rapat dengan Rakyat. Keadaan politik di Kedah aman dan damai. Yang buat berkocak dan kelam kabut adalah orang luar, yang bukan penduduk Kedah.Di Kedah, baik orang-orang PAS maupun orang-orang UMNO tidak mengalami sebarang masalah dari segi perbezaan politik.

Bagi pendapat saya, keadaan politik di Kedah yang tidak berserabut dan kacau bilau seperti beberapa negeri lain adalah disebabkan faktor Tuanku Sultan Kedah yang amat "low profile". Rakyat baik dari kaum apa sekalipun waima politik apa sekalipun amat suka dan sayang kepada Beliau. Kalau bukan disebabkan Tuanku Sultan Kedah, saya rasa puak-puak politik di Kedah sudah lama berperang kerana politik. Saya mengharapkan politik muafakat berlaku di Kedah. Rasa-rasanya kalau kedua-dua pihak dapat duduk semeja berbincang, keadaan akan menjadi lebih aman dan tenteram. Boleh ada kerjasama di belakang tabir untuk kesejahteraan rakyat Kedah. Mana yang baik diberikan sokongan. Mana yang tidak elok diberi teguran dan cadangan yang memanafaatkan rakyat.

Saya menyokong penuh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dipulangkan kepada orang Kedah. Saya nampak Dato' Mukhriz Mahathir adalah orang yang paling layak untuk menerajuinya. Orang luar Kedah jangan buat sibuk mengkucar kacirkan keadaan politik Kedah seperti mana sewaktu banjir tempoh hari. Seperti kata orang Kedah, hangpa jangan buat ghoplah jingga, hangpa pi main jauh-jauh!

TIADA APA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN DALAM PKR........???

on Nov 10, 2010



“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,”(Sumber Blog Zaid Ibrahim)

Akhirnya Zaid Ibrahim berundur. Berundur dari PKR. Berundur dari percaturan politik kotor PKR. Beliau bertindak meletak kesemua jawatan di dalam PKR termasuklah jawatan Ketua PKR Cabang Wangsa Maju.

Apa yang hendak saya perkatakan. Desakan saya bersama blogger2 Wangsa Maju akhirnya berjaya. Memang benar kata saya. Tiada apa yang hendak diperjuangkan di dalam PKR. Ini realiti.Zaid Ibrahim diharap lebih insaf dengan tindak tanduk yang dia telah lakukan selama ini.

Tindakan Zaid keluar dari UMNO dan memilih PKR sebagai wadah perjuangan 'keadilannya' memang silap. Dan saya percaya, Azmin Ali kini sedang bergumbira kerana strategi politik kotor dia kini berjaya. Memangf rabak dia buat pada Zaid Ibrahim.

Jika dilihat dari kesan pada wadah perjuangan UMNO Wangsa Maju, ianya dilihat berjaya. Berjaya menyingkirkan PKR Wangsa Maju secara total. PKR Wangsa Maju kini terpaksa merangkak sendiri setelah bekas Bos mereka tidak berminat lagi meneruskan perjuangan palsu Anwar Ibrahim.

Tapi kesan pada UMNO dan BN Pusat? Adakah Azmin adalah pesaing utama kita dalam arena politik tanah air? Jangan lupa, Azmin seorang ahli politik yang licik. Jangan kata mencantas UMNO, Anwar Ibrahim sendiri dia mampu cantas. Cantas dengan apa jua cara, walaupun dengan cara kotor.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List