Cerita mengenai blogger-blogger berbayar baik di pihak BN maupun pihak Pakatan bukanlah merupakan satu perkara yang baru. Malah ianya menjadi satu rutin bagi blogger-blogger yang mempunyai rating pembaca yang tinggi untuk meminta daripada sesuatu pihak untuk membiayai perjalanan blog mereka dengan bayaran yang tertentu. Kami mempunyai bukti yang kukuh beberapa YB-YB menyimpan blogger-blogger mereka untuk mempromosi dan menepis segala bentuk tohmahan atau serangan di alam siber. Bukan lagi menjadi satu rahsia bahawa ada blogger elit yang dibayar oleh sebuah negeri di utara tanahair dengan elaun sebanyak RM5,000 sebulan. Penulis tidak mengatakan bahawa salah untuk seseorang blogger menerima upah / elaun / gaji melalui penulisan mereka. Bergantung kepada niat dan keadaan masing-masing.
Terbaru, satu artikel daripada Kedah Times telah mendakwa bahawa blogger-blogger di Kedah telah dibiayai oleh UMNO Kedah sebanyak RM3,000 seorang. Untuk lebih bertindak adil, saya sertakan kembali keseluruhan artikel berkenaan:
Tok Cha menulis:
1. DATO IR Nawawi kata UMNO Kedah ada 75 pahlawan siber, khabarnya seorang dibayar RM3,000 sebulan kalau dijumlah sebulan UMNO kena bayar RM225,000. Hangpa yang dok suka tengok blok atau facebook kenai ka sapa pahlawan siber ni? Tergugatkah PAS, PKR dan DAP di Kedah dengan serangan pahlawan siber UMNO ini? Tok Cha tak tengok adapun impaknya. What say you all?
2. DATO IR NAWAWI kata lagi, UMNO Kedah banyak isu nak serang Pakatan Rakyat tetapi tak boleh nak bok keluaq semua, takut mai pilihanraya modal habis. Tok Cha nak tanya, buatnya Dato Najib umum pilihanraya esok lusa, UMNO Kedah nak kata apa? Statement IR NAWAWI sama la macam orang umur 20 tahun kata, "tak pa aih, aku muda lagi, lambat lagi nak mati, nanti umur 60 tahun aku tobat dan buat ibadat banyak-banyak". Buatnya remaja umur 20 tadi mati esok lusa, dan ka dia nak buat ibadat banyak-banyak? Habaq mai sat kat Tok Cha.
3. DATO IR NAWAWI kata lagi, isu ofensif dan defensif UMNO Kedah akan print dalam bentuk buku banyak-banyak. Kalau print ada ka orang UMNO nak baca? Selama ni UMNO kesah ka bab budaya membaca ni ? Kalau depa baca, faham dan boleh digest ka? Kalau boleh digest mampu ka depa nak ketengahkan isu untuk pengaruhi rakyat? Tolong perjelas kat Tok Cha sat.
Tok Cha- confirm UMNO Kedah Disampuk hantu raya
Sumber: Kedah Times.
0 comments:
Post a Comment