Nak ke Putrajaya??? Jalan-jalan ke Puduraya cukuplah sambil tengok bas. Dah nak karam pun masih lagi cerita nak ke Putrajaya ke? Baru sekarang rakyat sedar bahawa PKR hanyalah perjuangan untuk menobatkan Anuwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Den nak cakap satu ja….Porahhhhhh…..Ayam sereban pun tak larat nak jaga. Ada hati nak jaga ayam seladang. Cermin. Ukur baju badan sendiri la Anwar dan juga juak-juak Pakatan khususnya PKR.
Sedar tak selepas PRU12, PR hanya asyik mengira kerusi BN yang nak dirampas tetapi mereka lupa untuk pertahankan kerusi yang mereka menang. Sekarang ini PR dah ada 4 negeri. Satu di Perak dah terlepas angkara PKR juga. Woii Anwar…., tunjukkan dulu kemampuan 4 negeri tersebut, barulah boleh sembang. Ini tidak. Asyik asyik Putrajaya. Malu wehhh….
Takkan nak suruh rakyat menonton drama 16 September lagi kot? Tak puas kencing rakyat lagi ke Anwar oiiii…..?
Sekarang ni siapa pun memerintah, rakyat tetap kena cari makan. Ini kerana, bukan tanggungjawab kerajaan mana mana pun untuk suap nasi ke mulut rakyat. Apa yang kita mahukan adalah sistem pendidikan, kesihatan, kebajikan dan yang lain lain yang membuatkan rakyat berasa senang dan selesa walaupun tidak mewah.
Jadi, sediakan payung sebelum hujan. Bukannya sibuk terjerit jerit “hujan nak turun” – “hujan nak turun” seperti sekarang. Faham simbolik tu? Maknanya, kalau PR nak rampas Putrajaya, kena buat kerja yang membolehkan mereka sampai ke situ. Bukannya hanya terjerit-jerit saja.
Macam mana PKR nak mendapatkan pentadbir atau penggubal undang-undang yang ada jatidiri jika calon pilihanraya mereka sendiri pun main tangkap muat jer. Takkan semua nak main bidan terjun saja? Ingat rakyat bodoh ke beb....???
Ada orang kata, PKR dan Anwar tak salah jika ada impian nak ke Putrajaya. Memang itu tak salah pun bagi den. Tetapi patut sedar laa….kapal pun bocor…, nak belayar macam mana? Yang bermimpi tu rakyat atau yang bermimpi tu Anwar? Rakyat belum lupa lagi drama 16 Sepetember lagi la wahai para pemimpin PR.
Dulu, masa awal reformasi, rakyat tolong bela dan cari keadilan untuk Anwar. Bila dia dah bebas, datuk datuk juga yang dia cari.., rakyat yang sokong dia langsung dia tak ingat. Tengok apa yang jadi pada HINDRAF dan Kg Buah Pala. Semua kena bohong dengan Anwar.
Sebab tu lah den selalu cakap kat kawan-kawan…., Anwar tu bukan ikon perjuangan dan sepatutnya jangan berjuang kerana Anwar.
Den berani gerenti.., lambat laun..didalam PKR hanya akan tinggal pemimpin tetapi penyokong tiada. Sebab tu ahli dan penyokong termasuklah pemimpin PKR patut ukur baju dibadan sendiri. Tinggalkan saja kerja tak berfaedah menyokong parti cap mata tu. Ada baiknya pi sokong wakil-wakil dari Konsortium bebas yang tak berparti tu beb dari sokong PKR.
Sebab apa? Sebabnya…, dalam PKR sekarang ni makhluk perosak ramai sangat. Dari atas sampai bawah semuanya musang berbulu ayam. Kaki bodek dan kaki kipas ramai sangat. Tu belum kira kaki rembat dan kaki lompat.
Dah macam tong sampah dan tong najis pulak. Yang BN dah reject, PKR pungut dan dipotretkan pulak sebagai pemimpin perubahan. Den tak nak kira le berapa banyak yang kena reject oleh BN di recycle oleh PKR. Dah tu tak lama rosak lah expire lah macam lagi lah....
Pada den ANWAR DAH HILANG KARISMA NYA.
0 comments:
Post a Comment