DULU DAN SEKARANG............???

on Nov 17, 2010

Hutang, hutang, Hutang....




Inilah kenyataan hidup golongan  rakyat marhain Malaysia, dari lahir dah menanggung hutang, hutang... dan berhutang. Dimana tanggungjawab kerajaan yang memungut berbilion cukai wallahu 'alam.
 
Pelajaran kena bayar, Hospital kena bayar segala-galanya kena bayar. Yang kaya raya adalah Menteri-Menteri, Kaum Kerabat Menteri, kroni-kroni menteri dan aparat-aparat yang berkaitan DAN sewaktu dengannya....
 
Rakyat? Nak jual sabun pun kena rampas...
Nak jual longgok-longgok buah kena rampas....
Nak jual nai lemak tepi jalan kena angkut.....
MINTAK LESEN tak dapat...
Mintak Permit Teksi... sendiri mau ingatlah.....
 
Nak Melawan????
 
LAMA LAMA APA AKAN TERJADI.... FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI APA AKAN JADI...BILA RAKYAT TAMBAH TERHIMPIT....
 
Jom.... lihat Sejarah Pemerintahan Malaysia:
 
Zaman Tengku Abdul Rahman:
Siapa dapat masuk U dapat Biasiswa, habis belajar dan berkhidmat. Kerja senang dapat bagi Graduan, malah belum habis lagi dah ada offer.
Bagi Graduan gaji starting lebih kurang RM 1000.00.
Barang makan bukan main murah: Ikan kembung 15 sen sekati
Beras segantang [ 3KG] RM1.20
Basikal RM 90.00 Raleigh beb....
Harga Motosikal Kapcai RM 350.00 [ Honda ] Vespa RM 600.00
Harga kereta Nissan 1200 masa itu ialah RM 7000.00 [ Brand New ]
Hantaran Kahwin RM 200 - 300 je....
 
Era Abdul Razak;
Ada Biasiswa. Gaji Graduan starting: RM 1200.00
Honda Kapcai RM 800.00
Harga kereta Nissan Sunny 1200 RM 9500.00 [ Brand New]
Hantaran Kahwin RM 1000...kira dah besar tu...
 
Era Husain Onn
Masih ada Biasiswa [Bagi yang score baik]
Gaji Graduan starting: RM 1300.00
Honda Kapcai RM 2000
Harga kereta Nissan Sunny 1300 RM 12000.00 [ Brand New ]
Hantaran Kahwin antara RM 1000 ke RM 3000
 
Era Mahadhir
Awal: Masih ada Biasiswa berpilih
Akhir tiada lagi Biasiswa hanya ada Pinjaman PTPTN 4% faedah / MARA
Gaji Graduan RM 1600.00
Honda Kapcai  RM 4000.00 ++
Harga kereta Malaysia [ Proton ] RM 21,000
Kemudian RM 33,000
Kemudian RM 49,000
 
Begitulah seterusnya sampai hari ini...,Barang makanan melambung tinggi. Dikenakan bermacam-macam cukai.Jurang pendapatan antara miskin dan kaya melebar jauh.Jenayah pun meningkat,PATI pun meningkat
Penyakit meningkat.Masaalah sosial bertambah meningkat
 
Tak der Menteri yang tak Jutawan, Mahkamah pun dah haru biru.
 
Kemana perginya hasil bumi kita???
Kemana perginya hasil minyak kita???
Kemana perginya hasil getah kita ???
Kemana perginya hasil kelapa sawit kita???

Rakyat marhain bertambah sengsara...Simpanan??? ZERO...habis bulan habis gaji
 
ZAMAN TUNKU RAHMAN: DUIT KITA TINGGI DARI SINGAPORE
ZAMAN RAZAK: MASIH AGAK TINGGI DARI SINGAPORE
ZAMAN HUSSSEIN: DUIT KITA SETARA DENGAN SINGAPORE
ZAMAN MAHATHIR: DUIT KITA RENDAH DARI SINGAPORE
ZAMAN ABDULLAH LAGI RENDAH
ZAMAN NAJIB LAGI JAUH RENDAH....
TAK LAMA LAGI SAMA DENGAN INDONESIA....
 
GAJI PEGAWAI JUTA-JUTA TETAPI HANYA BOLEH GUNA MOTOSIKAL...
 
BANDING DENGAN THAILAND, BANDING DENGAN VIETNAM, BANDING DENGAN CHINA
SUATU MASA DULU KITA DIDEPAN MEREKA KINI... DAN SELAMANYA MEREKA SUDAH JAUH KEDEPAN .....
 
Oh Negara Ku...yang permai...
 
SEKARANG SEBAIK DAPAT SAJA ANAK: BELILAH INSURANS (ADA MACAM-MACAM INSURANS) KALAU TIDAK.... ANAK-ANAK TAK DAPAT BELAJAR TINGGI....
 
PILIHAN KEDUA: SIAPLAH NANTI PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG, KITA BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT..... KITA KEMBALILAH KEPADA AJARAN AGAMA IAITU:
 
PILIH CALON JANGAN PILIH PARTI...
 
KITA PILIH ORANG BERIMAN, BERTAQWA, BERAMANAH, BERPENGETAHUAN, BERPRINSIP, BERMARWAH.
 
DEMI ANAK CUCU KITA....

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List