Media Singapura Lebih bebas dari Malaysia?

on Nov 17, 2010




Inilah lumrah kalau media dikuasai oleh asing. Penilaiannya juga meragukan.


Percayakah anda Negara Singapura yang terkenal dengan menyekat medianya dari mengkritik pemerintah berada ditangga 136 mengatasi Malaysia.


Singapura buat pertama kalinya mengatasi Malaysia sejak badan pemantau Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mulai mengeluarkan senarai tersebut pada tahun 2002.Antara 10 negara anggota Asean, Malaysia berada pada kedudukan lebih tinggi daripada dua negara yang dianggap medianya lebih bebas - Thailand (153) dan Filipina (156).


RSF mengaitkan puncanya dengan kejadian keganasan politik."Thailand - tempat dua wartawan terkorban dan kira-kira 15 lagi cedera, ketika membuat liputan operasi tentera terhadap gerakan 'baju merah' di Bangkok - jatuh 23 anak tangga," kata RSF, yang menerbitkan indeks tahunan kesembilannya hari ini.


Filipina jatuh 34 anak tangga ekoran pembunuhan lebih 30 wartawan pada hari penamaan calon jawatan gabenor daerah Maguindanao di Mindanao.Sementara itu, Finland, Iceland, Belanda, Norway, Sweden dan Switzerland pula berkongsi tempat pertama. Manakala Amerika Syarikat kekal di tangga ke-20.


Berada di kedudukan tercorot ialah Korea Utara (177) dan Eritrea (178).


Jangan bodohlah. Kalau nak jaga negara ini. Mesti kawal media sebelum sebuah negara itu runtuh. Sebab itu Negara Korea maju kerana mengawal medianya dari melampaui batas. Sendiri mau fikir.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List