Showing posts with label Dengki. Show all posts
Showing posts with label Dengki. Show all posts

KEBODOHAN YANG TERLAMPAU.........???

on Jan 8, 2011



Nampaknya najib kini semakin cekap buat kerja. Mungkin nak capai NKRA yang di pantau oleh rosmah secara tidak langsung. Baru2 ini ummi telah mula berblog. WOW. Ini benar2 pelik. Kenapa setelah lebih dari 12 tahun barulah dia berminat nak menceburkan diri dalam bidang perblogkan? Heh.

Alasan si ummi neh berblog konon nya nak membersihkan semula nama dia yang tercalar teruk. Aik PRU-13 nak hampir ke? Dah macam novel pula blog dia tue. Dari satu citer ke satu citer dia jaja. Patutlah beria2 hapuskan DSAI dari parlimen. Heh

Tengok sini beb ;


Baca ayat no 6 ;

Sekira nya benar.. itulah antara kata2 yg terkandung kat dalam ayat tersebut.. "sekiranya benar" itu ditafsirkan bahawa ummi sendiri tak yakin bahawa DSAI bersalah. Kalau dia 100% yakin dia takan tulis ayat macam neh beb.

ayat no 7 ;

Seks luar tabii Allah swt larang. Habis tue yg perang rambut Allah swt galakkan? Heh. Fikir sendiri beb.

Ummi claimed yg DSAI habiskan masa berjam2 dalam telefon. Okey good one. Ada bukti log telefon? Mesti ada kan? Heh.

Baca cerita novel kat bawah neh plak ;

Dah baca?

Senang je. Mula2 dia kata perkara neh dirahsiakan selama 8 tahun sehingga dibocorkan oleh aton pembantu rumah shamsidar tapi ;

yang kat last sekali tue dia cakap puan shamsidar selalu berceita kepada dia yg Dsai tue pakwe dia.. so benda neh rahsia ke bukan? aku confused. Kalau rahsia.. kenapa shamsidar nak bercerita secara terbuka?

Dan, kenapa mesti dia menganggap semua orang atasan ada gelaran datuk seri? [berdasarkan kepada penulisan si ummi neh dia sepatutnya tidak menganggap bahawa yg bercakap dalam telefon tue mempunyai gelaran datuk seri]

dan lagi sekali.. kenapa nak menganiaya si afifa tue. Bagi je bukti dna afifa tue bukan anak azmin. heh. Neh tidak mendera mental budak yg tak berdosa tue kenapa? dia taktahu apa2 tapi dikutuk dan dicaci macam2. Katakan lah mmg benar dia bukan anak azmin pun, dia bukan insan yg patut si ummi neh jebakkan. Agak2lah nak menganiaya saudara sendiri pun..

Dan tgk plak kat bawah neh.. inilah yg paling meroyan sekali di antara royanan2 si ummi neh beb ;



Kelakar pun ya. Pelik pun ya. Konon nak menyedarkan orang ramai sapa DSAI. Tapi dalam diam tak diam dok kutuk2 TGNA. Lepas tue perli2 DAP. Sound tuk guru yg taknak berkerjasama dengan UMNO.. alamak.. neh sebijik telenovela weh.. ceritera sayfool dah tak laku ke weh?

Korang baca dan fikirlah sendiri isi kandungan artis wanita terhebat di abad ini. Abg dia sendiri [azwan ali] pernah mengaku 'pondan' so ble dah jadi pondan tue kita pepaham la yew.. kat sini bukan nak ungkit citer pasal abg2 dia ke apa ke, cuma nak bagitau.. dalam pada dia beria2 nak expose pasal sang peliwat.. sapa sebenarnya yg ter expose? Heh.

Sudah2lah tue ummi.. PRU-13 dah dekat. Skrip masih sama. Manusia kalau diberikan makanan yg sama hari2 akan muak dan muntah.

Nak gelak pasal ada juga org BODOH percaya kat skrip bebal neh. Hehehehehe......

Umno BN sakit teruk, tiada harapan pulih.........???

on Dec 2, 2010

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh media massa merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.
Demikian penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu berkenaan.
"Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia.
"Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut.
Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik Umno.
Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.
Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.
Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?
‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno.
Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.
Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.
Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.
Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?
Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?
Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh.
Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!
Harakahdaily

Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti.......???

on Oct 6, 2010

NONE
Beberapa pihak luar yang sesetengah mereka didakwa mempunyai hubungan dengan BN, dipercayai terbabit dalam mengganggu pemilihan cabang PKR sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sehubungan itu, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menamakan mereka.

"Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video,” kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.

"Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.

Saifuddin juga berkata seorang lagi orang luar juga dikenalpasti menimbulkan kekacauan di mesyuarat cabang Klang yang didakwanya sebagai seorang anggota parti terbesar komponen BN. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan.

Reezal Merican Buta Maklumat atau BUTA PERUT?

on Oct 1, 2010








                                                                                                                                                                Setelah didesak oleh Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang supaya 11 ADUN UMNO memulangkan gaji mereka (baca di SINI), Reezal Merican yang kini jelas tersepit dengan tindakannya sendiri cuba mengalih perhatian dengan meminta Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Foo agar tidak campur tangan aatau bersuara dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan kerana menurut Reezal Merican itu hal rumahtangga negeri Pulau Pinang.


Ini kerana sebelum itu Loke telah mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang mempersoalkan skim wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi sebagai buta maklumat.

Hmmm.. BUTA MAKLUMAT atau BUTA PERUT sebenarnya Ketua Penerangan Pemuda Umno,Pulau Pinang ini?


BUTA MAKLUMAT kerana tidak tahu menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan akan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.





Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara


BUTA PERUT kerana sanggup melakukan apa saja hingga sanggup menidakkan hak rakyat dan menganiayai 40 orang warga emas dari dari DUN beliau iaitu Penaga agar mengembalikan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya hanya dengan bersandarkan berasaskan maklumat yang tidak betul.


Isu wang ihsan: Pemuda Sosialis sifatkan Reezal hipokrit


KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pemuda Sosialis DAP mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mempersoalkan skim wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi sebagai buta maklumat dan hipokrit.


Ketua Pemudanya Loke Siew Foo berkata, buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Loke berkata, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

“Pada masa ini, kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi.

“Namun kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial,” katanya.

Selain itu kata beliau, kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

“Saya yakin Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh Reezal,” katanya.

Soalan beliau di Dewan Rakyat pada 9 Jun lalu berbunyi “sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.”

Kata beliau, untuk maklumat Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh kerajaan persekutuan yang dipimpin Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 bilion sepanjang tahun lalu.

“Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya.

“Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari.

“Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan Reezal,” katanya.

Oleh itu kata beliau, untuk pengetahuan Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh Reezal.

“Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan Reezal,” katanya.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Reezal sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan”.

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.


Pulangkan Wang Gaji Anda Jika Haram.....Ada Berani Ke.....????

on


PULAU PINANG 30 SEPT : "Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan ‘memperbodohkan’ mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.

Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi. -TVS



Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.
Lihatlah Faktanya

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 – (RM)
Genting Malaysia Berhad - 949,802,170
Sport Toto - 509,739,584
Magnum Corporation – 396,477,793
Pan Malaysia Pools – 270,764,197
Pan Malaysia Racing – 138,576,130
Daily One Corporation – 18,082,749
Sandakan Turf Club - 18,182,034
Sarawak Turf and Equestrian Club – 29,776,000
JUMLAH 2.37 BILION



Sumber

Kamera tersembunyi: Beberapa wajah ‘misteri’ dikenal pasti

on Sep 2, 2010

IMG00016-20100902-1157

SHAH ALAM: Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini mendakwa hasil rakaman kamera tersembunyi yang dijumpai di pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim bulan lalu mendapati wujudnya kehadiran beberapa individu ‘misteri’ yang tidak sepatutnya berada disitu.
Setiausaha Politik MB Faekah Husin berkata, kehadiran beberapa individu ‘misteri’ itu sedikit memeranjatkan kerana ada diantaranya merupakan ‘orang dalam’ yang bekerja di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini.

ISU PERAKAM VIDEO : APA KATA KHALID........???

on

Isu Perakam Video: Khalid Mahu Pasukan Siasatan Bersama Polis Dibentuk



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berharap satu pasukan petugas khas bersama polis-kerajaan negeri Selangor dapat dibentuk bagi menyiasat kes penemuan perakam video di pejabatnya bulan lepas.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini, Abdul Khalid berkata, siasatan bersama itu bukan saja untuk mengesan siapa yang memasang perakam itu tetapi juga memperbaiki urusan keselamatan di pejabat menteri besar. Bagaimanapun, sehingga ini, beliau belum membuat laporan polis mengenai penemuan perakam video itu.
Mengenai isu penstrukturan industri air Selangor, Abdul Khalid berkata perbincangan mengenainya dengan kerajaan pusat mestilah dijalankan dengan terperinci kerana ia melibatkan pengambilalihan aset air yang bernilai di antara RM5 hingga RM9 bilion.
Dalam hal ini, perlu diambil kira bahawa "kerajaan negeri mempunyai peranan yang utama daripada segi pengendalian industri air di Selangor," katanya.
Menyentuh isu bukan Islam memasuki surau dan masjid, Abdul Khalid berkata perbincangan mengenai tatacara orang-orang bukan Islam memasuk masjid atau surau akan diadakan.
Masjid bukan sahaja tempat umat Islam beribadat tetapi untuk orang bukan Islam berinteraksi dengan masyarakat Islam, katanya.
Sebelum ini, anggota Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau mahu peraturan lebih terperinci untuk bukan Islam memasuki masjid digubal.
Ini berikutan insiden ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki dewan solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral baru-baru ini yang mencetuskan kontroversi. -BERNAMA

GPMS buat laporan polis Facebook 'Melayu Babi'

on Sep 1, 2010

NONE
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini berhubung kewujudan satu laman sosial 'Facebook' yang menggunakan nama 'Melayu Babi'.

Pengerusinya Mohd Faizal Mohd Salleh berkata beliau dimaklumkan tentang laman itu oleh rakannya pada Sabtu lalu dan kemudian melihat sendiri kandungan itu.

"Laman itu menggunakan gambar babi. Ternyata mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu yang boleh membawa perpecahan kaum di negara ini serta berbaur hasutan," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu.

Sehubungan itu, beliau meminta polis dan kerajaan segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya termasuk menimbangkan pelucutan hak kewarganegaraan. 

Sementara itu, Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional membuat laporan polis di IPD sama untuk meminta polis menyiasat klip video berbaur perkauman yang dihasilkan Wee Meng Chee atau Namewee. 

Ketuanya Safarizul Mustafa berkata polis perlu mengambil tindakan sewajarnya walaupun Namewee menyatakan dia menyokong gagasan 1Malaysia.

"Kalau betul dia menyokong gagasan 1Malaysia, dia tidak akan membuat klip video seperti itu kerana ia tidak menghormati perasaan orang lain, Melayu khususnya," katanya.

Namewee, dari Muar, Johor seperti yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lalu.

Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007.



Malaysiakini

ADA LAGI YANG BERKOKOK SEPERTI AYAM JANTAN TAK ADA TAJI.....???

on Aug 31, 2010

Kenkadang aku sedih jugak dengan ketua ni yang bukan macam ketua. Baru setahun jagung nak lagak macam Hang Tuah. Dalam rumah kamu pun orang dah tak suka, nak berlagak. Yang sibuk pasal Teo datang ke surau nak dapat sokongan politik apa hal. Habis tu orang UMNO yang datang ke surau atau masjid pulak bagaimana? Nak apa pulak. Yang kau orang sebelum ni menjaga hati MCA, MIC tak pulak kau orang bongkar ke selak ke.........???.


Pemuda UMNO kecewa dengan sikap Pas yang terhegeh-hegeh menjaga hati DAP sedangkan parti itu langsung tidak menghormati mereka.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan itu jelas menunjukkan Pas langsung tidak bermaruah kerana sanggup mengetepikan perasaan orang Islam demi menjaga hati DAP.

Sedangkan, tegas beliau, DAP sendiri langsung tidak pernah menjaga hati dan perasaan serta menghormati orang-orang Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"DAP langsung tidak menghormati Pas, undang-undang hudud Pas pun ditolak mentah-mentah tanpa sebarang perbincangan dan perundingan.
"Malangnya, Pas sedia berlutut depan DAP untuk justifikasi semua kontroversi melibatkan parti itu seperti isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching masuk ke ruang solat, mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempertahankan tindakan Nie Ching menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan tindakan ahli Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada Islam.

Malah, Nik Abdul Aziz turut menyifatkan desakan orang ramai supaya mengambil tindakan ke atas Nie Ching sebagai ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

Tambah Khairy, Pemuda UMNO amat kecewa dengan Nik Abdul Aziz yang mengeluarkan kenyataan itu, seolah-olah apa sahaja yang dibuat oleh DAP dihalalkan walaupun salah dari segi adab.

Beliau berpendapat, dalam kes Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang itu datang ke surau bukannya untuk mendekati Islam sebaliknya bertujuan mendapat sokongan politik.

"Nampak sangat Pas tiada maruah dan sanggup mengetepikan perasaan orang Islam demi menjaga hati DAP," katanya.

Sumber:- UtusanOnLine

BIAR LAH MINGGUAN DENGAN MINGGUAN NYA. UTUSAN DENGAN UTUSAN NYA....

on Aug 30, 2010

Dah sememang dasar utusan dan mingguan, apa nak dihairankan. Itu semua mainan mereka. Kita tunggu masa saja yang akan menentukan. 

PRU13 jawapan nya.


MP PKR: Saya dijemput ucap, usah campur aduk agama dan politik


Selepas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching “diserang” kerana didakwa memberikan ucapan di ruang solat sebuah surau, rakan sejawatannya William Leong yang menjadi mangsa terbaru Umno-BN, mempertahankan tindakannya sambil meminta jangan mencampuradukkan politik dan agama.

Ketika dihubungi  Ahli Parlimen Selayang dari PKR itu berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.


“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.
“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.

Semalam, Mingguan Malaysia menyiarkan berita wakil rakyat itu dikatakan diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.
Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Teo yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang minggu lalu.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, Leong memberitahu, tindakan laporan akhbar tersebut seolah-olah mahu menjatuhkan imejnya sebagai wakil rakyat.
“Saya hanya menjalankan tugas dan tiada niat untuk mempermainkan isu agama.
“Saya datang hanya beri sumbangan kemudian disuruh berucap sedikit, itu sahaja. Malah saya tidak bercakap apa pun mengenai politik,” katanya.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ternyata kecewa apabila isu agama cuba dipolitikkan semata-mata mahu memberikan tanggapan negatif kepada beliau.
“Saya memang kesal kerana isu agama dan politik dicampuradukkan.
“Selain itu, saya harap isu ini tidak lagi dipolitikkan kerana bagi saya agama adalah agama bukan untuk dipolitikkan,” tegasnya.

Menurut Leong, sebanyak 10 masjid dan 17 surau di Parlimen Selayang akan menerima sumbangan sempena Ramadan.
“Saya hadir beri sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan saya, itu sahaja,” katanya lagi. M/I

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List