ISU PERAKAM VIDEO : APA KATA KHALID........???

on Sep 2, 2010

Isu Perakam Video: Khalid Mahu Pasukan Siasatan Bersama Polis Dibentuk



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berharap satu pasukan petugas khas bersama polis-kerajaan negeri Selangor dapat dibentuk bagi menyiasat kes penemuan perakam video di pejabatnya bulan lepas.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini, Abdul Khalid berkata, siasatan bersama itu bukan saja untuk mengesan siapa yang memasang perakam itu tetapi juga memperbaiki urusan keselamatan di pejabat menteri besar. Bagaimanapun, sehingga ini, beliau belum membuat laporan polis mengenai penemuan perakam video itu.
Mengenai isu penstrukturan industri air Selangor, Abdul Khalid berkata perbincangan mengenainya dengan kerajaan pusat mestilah dijalankan dengan terperinci kerana ia melibatkan pengambilalihan aset air yang bernilai di antara RM5 hingga RM9 bilion.
Dalam hal ini, perlu diambil kira bahawa "kerajaan negeri mempunyai peranan yang utama daripada segi pengendalian industri air di Selangor," katanya.
Menyentuh isu bukan Islam memasuki surau dan masjid, Abdul Khalid berkata perbincangan mengenai tatacara orang-orang bukan Islam memasuk masjid atau surau akan diadakan.
Masjid bukan sahaja tempat umat Islam beribadat tetapi untuk orang bukan Islam berinteraksi dengan masyarakat Islam, katanya.
Sebelum ini, anggota Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau mahu peraturan lebih terperinci untuk bukan Islam memasuki masjid digubal.
Ini berikutan insiden ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki dewan solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral baru-baru ini yang mencetuskan kontroversi. -BERNAMA

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List