Showing posts with label Hal Parti Politik. Show all posts
Showing posts with label Hal Parti Politik. Show all posts

Parti politik baru di Sabah...?

on Jul 26, 2012




 Sekumpulan Kadazandusun dikatakan akan menubuhkan satu pergerakan politik yang mungkin bekerjasama dengan pakatan pembangkang, kata sumber di Kota Kinabalu.
  
Dikenali sebagai Barisan Pembaharuan Sabah (SRF-Sabah Reform Front), penubuhannya dijangka diumumkan secara rasmi di Dalit, Tuaran, Ahad ini.
  
Sumber itu juga berkata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu perhimpunan khas di Tuaran pada tengah hari Ahad.
  
Anwar juga dijangka menghadiri satu lagi majlis di Beaufort.
  
Orang dalaman parti pembangkang menyebut Tuaran dan Beaufort merupakan kawasan di mana mereka mungkin mendapat sokongan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melawat Sabah pada Sabtu ini.
  
Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Sabah, beliau dijadual melakukan tinjauan mesra di Bazar Indah Permai di Sepanggar, sejurus tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Di majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Likas selepas itu, Muhyiddin akan merasmikan Anjung Ilmu masjid berkenaan serta menyampaikan zakat kepada warga emas, ibu tunggal dan saudara baru.

Turut diadakan di majlis itu, penyampaian kunci rumah kepada pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PBR) dan penyampaian sumbangan kepada Masjid Jamek oleh beberapa tokoh korporat yang keseluruhannya bernilai RM70,000.
  
Dalam siri lawatan Muhyiddin ke negeri-negeri sempena Ramadan ini, beliau turut mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan air zam-zam dan buah kurma kepada anggota jawatankuasa masjid berkenaan sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

- Bernama

Drs Khalil Idham disebut-sebut bertanding Parlimen Kuala Kangsar

on Jun 26, 2012



Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim dijangka akan mengadu nasib bertanding di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU-13 tidak lama lagi. Sanggahtoksago.Com difahamkan, nama beliau disebut-sebut dan akan meninggalkan Dun Titi Serong yang diwakilinya sekarang bagi menumpukan kerja-kerja pilihan raya di kawasan yang kini dimenangi bekas Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Rafidah Aziz.


Menurut sumber, beliau sudah "bekerja" di kawasan parlimen itu sejak setahun lalu. Jika tiada sebarang perubahan calon, anak kelahiran Kelantan ini dijangka berentap dengan calon BN. Sehingga kini, maklumat dalaman Umno memberitahu Rafidah tidak akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi yang semakin panas di Perak itu. 

Dalam pilihanraya 2004, Rafidah mendapat undi sebanyak 11,305 dan lawannya Bendahari PAS Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin meraih 5,748 undi. Majoriti undi sebanyak 5,557. Tetapi perubahan undi begitu besar tercetus dalam pilihanraya 2008. Rafidah ditentang oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr Khairuddin Abd Malik. 

Rafidah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan memperolehi 10,735 undi. Khairuddin pula mendapat 9,277 undi. Majoriti undi sebanyak 1,458. Keputusan yang semakin memihak kepada PAS itu cukup mencemaskan Umno-BN Perak dan atas sebab itu, Rafidah dijangka akan digugurkan.


sumber
Photobucket

Pakatan Rakyat Buktikan....Jangan Jadi Bangang...!

on Jun 6, 2012




6 JUN 2012   -

Terkadang gua bengang jugak dengan Pakatan Rakyat nih, cakap berdegar2 kononnya kalau dapat perintah Malaysia hari ini, esok jugak harga minyak diturunkan... perghhhh...!!!!

Ok... part ni gua reserve dulu pasal belum dapat Malaysia lagi... tunggu lagi beberapa bulan bila teloq Najib Razak dah tumbuh semula... muakakakaaaa....!!!!! Nanti kita cerita lain... hahaha..!!!!

Ok...lahhh...., jom terjah bab PTPTN yang dibekukan pada pelajar UNISEL (baca sini dansini), alahai Pakatan Rakyat sebelum ini kecoh pasal hutang pelajar dengan PTPTN, kononnya nak bagi pelajaran percuma kepada rakyat dan kononnya lagi apa ekkkk... bla.. bla...bla... jelah... hahahaha.... kiranya semuanya yang terbaeeeekkkkkk.... jelah untuk rakyat...!!!!

Sekarang nih baru "ditangguhkan buat sementara waktu" dah melompat sakan hahahaha... pekeliling untuk membekukan pinjaman pun tak keluar lagi beb... lepak aaarrrr..... jangan gelabah baboon tak tentu pasal beb.... hahahaha....

Bab kejahatan kerajaan pusat pada negeri pakatan rakyat memang tak dapat disangkalkan lagi, jahatnya kerajaaan bn nih mengalahkan keraaaaajaan zionis israel wa cakap luuuuu...., part tu bn memang handal dan juara paksi kejahatan 1Malaysia... kah... kah... kah...!!!!
Dalam bab pendidikan percuma nih...., memandangkan kemungkinan tiada lagi pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel. Maka kesempatan ini perlulah di ambil peluang oleh Pakatan Rakyat (Kerajaan Negeri Selangor) bagi membuktikan apa yang di war-warkan sebelum ini untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat dilaksanakan sepenuhnya.

Justeru itu buktikanlah kepada keraaaajaan bn yahudi laknatullah bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya...., so... inilah peluang terbaeeekkkk buat Pakatan Rakyat membuka mata Rakyat Selangor dan rakyat Malaysia secara amnya apa yang dijanjikan adalah benar belaka dan bukannya omongan kosong seperti yang Muhyiddin Yassin, Rais Yatim dan Najib Razak cakap baru2 ini.

So... apa ada hal bagi Kerajaan Pakatan Rakyat khususnya Kerajaan Negeri Selangor menampung keseluruhan kos pendidikan di UNISEL beb.... sebelum nih kan Kerajaan Selangor bangga dengan kelebihan kewangan negeri berjumlah RM1.9 billions, so... setakat miliion-millions what is that bro... hahahaa.... Khalid Brahim.... ada berani kaaaa....????

Kalau Selangor dan semua negeri pentadbiran Pakatan Rakyat mampu melaksanakan dengan memberi pendidikan percuma kepada rakyat di negeri masing2..., gua yakin sudah pasti teloq Najib Razak yang tersentot selama ini pasti akan terus lenyap di telan Rosmah... muakakakaaaa..... dan kompom Najib Razak akan mengadap Agong mintak pospon pilihanraya lagi 5 tahun beb.... hahahahaha....!!!!

Sebab perkara tu semuanya tak mustahil bagi bn/umno kerana selama inipun segala Perlembagaan Negara dan Negeri, Akta dan segala jadah undang2 semuanya boleh di adjust ikut sukahati makbapak toknenek diorang jer.... hahaha... Agong dan majlis raja2 semuanya jadi tukang angguk jer... takut wooooo... dengan umno dan bn nih.... muakakakaaaa....!!!! 

Kepada Rafizi dan Halimah Ali serta panglima2 Pakatan Rakyat tak perlulah melalak pasal PTPTN nih.... buang masa jelah.... apa yang rakyat nak lihat adalah buktikan kata2 lu orang untuk hapuskan PTPTN sebelum ini dan berikan pendidikan percuma kepada rakyat dengan Negeri Selangor menjadi pemangkinnya... hahahaa....

Secara simboliknya apa yang terjadi sekarang ini adalah cabaran kerajaan bn yahudi laknatullah kepada Kerajaan Negeri Selangor...., so buktikanlah kecekapan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Keraaajaan bn nih... jangan pandai cakap jer... hahahaha...!!!!

(Nota: Gua yakin isu ini akan di manipulasikan oleh umno/bn bahawa apa yang dijanjikan oleh pakatan rakyat selama ini adalah sampah belaka, melainkan ianya dibuktikan.)


sumber

Hello DAP, Cakap Jangan Tak Serupa Bikin OK.

on Apr 5, 2012

‘DAP will win more seats in Malacca’




Photobucket

Abdul Hadi Perli PKR

on Mar 24, 2012

Kontroversi: Krisis Kerusi PRU, Abdul Hadi Sindir PKR Dan Mahu Kaji Segenap Sudut Di Buat Untuk Tentukan Calon Yang Paling Layak Di Terengganu


 
Dah mula berebut kerusi



Photobucket

BN Selangor Buka Bilik Gerakan Untuk Terus Hulur Bantuan Bantu Mangsa Banjir

on Mar 13, 2012





Barisan Nasional Negeri Selangor hari ini memberi dan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya, Ampang sebagai permulaan bagi meringankan beban mangsa banjir di kawasan ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor,  Datuk Seri Noh Omar berkata, hari ini pihaknya menyediakan 2,000 nasi bungkus kerana difahamkan rumah-rumah di sekitar Kg Lembah Jaya, Ampang ini mengalami kerosakan yang teruk termasuk sebahagian besar dapur dihanyutkan banjir.

“Malam ini Tekun Nasional memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk kita mengadakan gotong-royong menyediakan makanan kepada penduduk dan mangsa banjir di sini.

“BN cuba memberikan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih lagi belum dapat mulakan kehidupan seperti biasa, masak di rumah masing-masing,” ujarnya selepas memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya, Ampang di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor berkata BN negeri juga menerima bantuan bahan-bahan mentah seperti beras, memandangkan mangsa banjir kini tidak ada dapur untuk memasak, BN Selangor juga memberikan sumbangan sebanyak 331 tong gas dan juga dapur dengan harapan dapat meringankan beban mangsa.

“Kita juga akan memberikan bantuan pakaian kepada anak-anak yang bersekolah, saya difahamkan bahawa pakaian sekolah anak-anak ini telah pun rosak. Jadi untuk memastikan semua mangsa ini akan dapat bantuan yang disediakan BN Selangor, saya minta pimpinan BN di Ampang dan di Hulu Langat  membuat kajian secara terperinci

“Kajian secara terperinci  ini penting supaya tidak ada mana-mana mangsa yang tertinggal. Dalam memberikan bantuan ini, kita tidak ‘memilih bulu’, kita mengamalkan konsep 1Malaysia, maka kita akan bagi kepada semua yang benar-benar memerlukan tanpa mengira fahaman politik,” ujarnya.

Tambah beliau, mangsa banjir di Ampang dianggarkan dalam 331 buah keluarga manakala di Hulu Langat melibatkan 3,000 lebih keluarga yang menjadi mangsa kejadian banjir pada 7 Mac lalu.

“Sehubungan dengan itu, BN Selangor meminta semua pimpinan BN di semua peringkat turun ke akar umbi membuat kajian supaya mereka yang benar-benar yang terlibat yang akan mendapat bantuan dan kita harap tidak ada mana-mana pihak yang akan mengambil kesempatan di atas bantuan kecemasan yang akan kita salurkan ini.

“Saya yakin dengan kerjasama semua pimpinan BN, insya-Allah kita akan dapat bancian yang terperinci dan akan cuba untuk memberikan kepada semua orang yang terlibat,” ujarnya

Sehubungan dengan itu, BN akan terus membuka bilik gerakan banjir di Ampang dan Hulu Langat, bagi meneruskan penyampaian bantuan kepada mana-mana mangsa banjir di dua kawasan ini. -MediaUMNO


Photobucket

N3 DARI SEBERANG :- PAS Kedah Nak Keluar PR - PAS Selangor 'I Follow'......?

on Feb 16, 2012






Nampaknya akibat sokongan Anwar Ibrahim kepada Israel, menyebabkan masalah pepecahan dalaman Pas yang selama ini retak, menjadi hampir belah.

Mc mendapat maklumat dari 'orang KITA dalam Pas'  yang memberitahu, semalam Pas Kedah membuat mesyuarat, ada perbincangan mengenai seruan Nik Aziz yang mahu Anwar menyaman World Street Journal (WSJ) atau menarik balik kenyataan menyokong Israel. Sesungguhnya isu tersebut dipandang serius oleh semua umat Islam.


Walaupun ramai diantara kita yang andaikan kenyataan Nik Aziz itu hanyalah drama dan lakonan politik semata-mata. Namun sebagai orang Islam yang masih waras dan berpegang pada ajaran Islam sebenar. Kenyataan Nik Aziz tu sebenarnya relevan untuk Pas meneruskan sisa-sisa perjuangannya. Memang sepatutnya Nik Aziz perlu berkata begitu untuk membina kembali maruah Pas yang selama ini telah di hina dan di cerca kerana menjadi pencacai dalam Pakatan.

Mungkin kerana terlalu lama Pas menjadi pencacai dalam Pakatan, hingga organisasi dalaman Pas yang dahulunya begitu utuh kini sudah mula nak runtuh. Semuanya akibat dari sikap terbuka Pas yang kononnya 'setia kawan' pada Dap, hingga membiarkan segala keputusan yang sepatutnya memihak kepada Pas, namun diberikan kepada Dap.

Akibatnya..Pas di lihat bagaikan tidak berkuasa dan relevan kerana hanya menjadi pak turun dalam setiap keputusan Pakatan Pembangkang.

Manakan tidak, Pas digelar pencacai, perjuangan Pas yang dulunya mahukan negara Islam, kini sudah jadi negara kebajikan. Dari hukum hudud, kini undang-undang sekular pun Pas dah layan, kalimah Allah pun dah boleh bagi kongsi-kongsi. Bible Melayu pun Pas sokong untuk edarkan, orang Islam berbuka puasa dalam gereja pun Pas angguk. Demi Anwar dan Dap, Pas sanggup ber'tuan'kan Ambiga (pejuang Murtad) semasa Bersih 2.0 dan banyak lagi perkara mungkar Anwar dan Dap yang Pas sokong, hingga kita lihat Pas hanya pencacai dalam Pakatan haram.

Mungkin semalam, Allah sudah bukakan hati pemimpin-pemimpin Pas Kedah yang sebahagiannya menyokong untuk mencerca Anwar kerana menyokong Israel laknattulah. Apa lagi yang boleh Anwar nafikan? Kenyataan Anwar menyokong Israel semasa di temubual WSJ begitu jelas dan nyata untuk Anwar mengelak seperti mana yang beliau lakukan dalam kes video seks dan hal-hal sebelumnya.



Malah video Anwar menyokong Israel juga telah tersebar di laman-laman blog. Anda boleh melihatnya dibawah.







Atas sebab demikianlah Pas Kedah merancang dan menyokong penuh Pas Pusat untuk menarik diri dari Pakatan Rakyat. Mana ada umat Islam yang waras otaknya yang sanggup menyokong Israel laknattulah. Mana ada umat Islam yang masih boleh mengucap dua kalimah syahadah sanggup sokong 'keselamatan negara Israel' yang sememangnya merampas negara Palestin, negara Islam. Mana ada orang Islam dalam dunia ni, yang sanggup buat kenyataan macam Anwar buat. Mana ada? Hanya Anwar saja umat Islam mangkuk yang berani buat kenyataan demikian.

Dalam mesyuarat semalam, Mc diberitahu, Adun Kubang Rotan diantara insan paling lantang mengkritik Anwar Ibrahim dan mahu Pas keluar dari Pakatan. Ada yang menganggap, isu Anwar menyokong Israel ini disebabkan sumpah laknat Saiful Bukhari yang memakan diri Anwar sendiri, malah ada adun PKR mahu menyertai Pas dan malu untuk bersama PKR.

Mungkinkah puak Pas sudah sampai tahap hilang sabar dengan Anwar dan Dap?

Mampukah Pas berdepan dengan Anwar untuk memaksa Anwar untuk menarik balik kenyataannya dalam WSJ, dan menyamannya? Atau Anwar hanya akan menuduh semua ini hanyalah konspirasi UMNO.

Beranikah Pas memperjuangkan Islam sebenar dengan menarik diri dari Pakatan dan tidak mahu lagi bersekongkol dengan Anwar dan Dap. Atau Pas akan lemah lutut bila berhadapan dengan Anwar yang sedang pulang dari luar negara.


N3 Dari Seberang


Photobucket

Misi PR tawan Johor, pertahan Selangor

on Jan 26, 2012


Azmin Ali



Selepas berjaya merampas negeri Selangor dan tiga negeri lain yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kini Pakatan Rakyat menyasarkan sebuah lagi negeri yang menjadi kubu kuat BN - Johor.


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu.


Azmin melahirkan keyakinan itu ketika negara bersiap sedia untuk mengadakan PRU13, yang ramai menjangkakan akan diadakan menjelang pertengahan tahun ini.


Pada Mac 2008, PR yang dianggotai PAS, DAP dan PKR menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak, selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.


Bagaimanapun PR hilang kerajaan negeri Perak pada awal 2009.


“Jika Johor berjaya dirampas, ini merupakan permulaan yang baik untuk Pakatan Rakyat (PR) menyusun langkah bagi menawan Putrajaya tetapi perkara ini tidak mungkin berlaku jika Sabah dan Sarawak tidak berada dalam genggaman,” kata beliau dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online semalam.


“Dalam usaha untuk menawan Johor, kami juga akan berusaha untuk mempertahankan Selangor dan dalam masa yang sama kami akan memperluaskan pengaruh ke daerah-daerah yang telah ditakluki,” katanya.


Sementara itu, Azmin turut mengulas kenyataan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang meminta kepimpinan BN Selangor untuk merampas Selangor dengan apa cara sekalipun.


“Jelas kenyataan itu menunjukkan Najib menggalakkan ahlinya boleh menghalalkan apa cara sekalipun termasuk rasuah, mengugut ataupun merampas demi mencapai matlamat yang ingin dicapai.


“Jika beliau (Najib) merupakan kelompok yang sederhana, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana boleh membimbangkan rakyat,” kata Pengerusi PKR Selangor ini.


Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak menambah, Najib sebagai seorang pemimpin yang demokrat sewajarnya menghormati keputusan rakyat Selangor yang telah memilih PR sebagai peneraju baru negeri itu.


Beliau bagaimanapun tidak bimbang tentang situasi ini kerana merasakan apa yang berlaku sekadar retorik dalam politik semata-mata.


Katanya, maklum balas yang diterima oleh rakyat Selangor terhadap kepimpinan PR adalah sangat positif terutamanya kini rakyat Selangor dapat merasai hasil dari khazanah negeri itu.





Sinar Harian


Photobucket

Krisis DAP Dari Penang Merebak Ke Perak.

on Dec 25, 2011






Selama ini ultrakiasu chauvanis rasis DAP terlalu berkuasa seperti Kit Siang,Guan Eng,Ng Wei Aik,Nga Khor Meng ,Ngeh Khor Ham,Teresa Kok,Ronnie Liew,Anthony Loke,Tony Pua,Teo Nie Ching.

Nama nama diatas adalah sebahagian daripada gerembolan ultra kiasu dan rasis ,bayangkan mereka ini semua begitu berkuasa hingga ahli yang bukan sekapal atau sejenis dengan mereka akan ditindas.

Episod pertembungan diantara kaum India dan rasis chauvanis ultrakiasu evengelis Cina DAP sudah merebak.Dari Pulau Pinang P.Ramasamy dengan Karpal,Guan Eng & Kit Siang kini sudah merebak ke Selangor.

Adakah selepas ini Kulasegeran akan diambil tindakan apabila mengkritik Nga Kor Meng?

IPOH - Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming perlu tampil memberi penjelasan secara terperinci berhubung isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008.

Naib Pengerusi DAP negeri itu, M. Kulasegaran berkata, sekiranya tidak ditangani segera, isu itu bakal mendatangkan pelbagai kesan negatif sehingga menjejaskan imej parti itu.

"Sudah ada laporan polis yang dibuat mengenainya dan Kor Ming sendiri juga akan memfailkan saman ke atas tuduhan tersebut, namun saya merasakan adalah lebih baik jika beliau sendiri menjelaskan segala senario yang berlaku.

"Untuk bersikap adil kepadanya, berilah beliau masa yang cukup selain Datuk Bandar sekarang juga perlu mengesahkan sama ada dokumen yang tersiar di blog berkenaan adalah benar atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang blogger Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut pada 21 Disember lalu.

Menurut Ahmad Sofian, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Syarikat tersebut yang didaftarkan selepas Kor Ming menjadi exco kerajaan negeri ketika itu, mendapat kontrak membekal dan menjahit kot tersebut meskipun mengenakan caj RM650 setiap sut berbanding yang terendah oleh Goodman Tailor iaitu RM450.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Berikutan itu, dua lagi laporan dibuat kepada SPRM oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin yang mendakwa Ahli Parlimen Taiping tersebut secara nyata terlibat dalam urusan pemberian kontrak berkenaan pada 2008.

Kor Ming baru-baru ini bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam pemberian kontrak tersebut kerana mendakwa ia dilakukan secara tender terbuka.


sumber



Photobucket

Khabarnya PKR Nak Bubar. . . Benarkah...?

on





Pakatan menuju kehancuran. Segalanya tidak kena. Pergaduhan terjadi di semua peringkat dan disemua komponen pakatan. Hampir setiap hari rakyat disajikan dengan cerita2 pergaduhan sesama mereka. 

Memang padan muka depa. Tu semua sebab permainan politik kotor depa sendiri yang akhirnya memakan diri sendiri. DAPig kecoh dengan isu Karpal dan Ramasamy. PAS sibuk dengan kes Hassan Ali, Nasha, Mustafa Ali, Mahfuz dan 2 puak yang cuba menonjolkan diri masing2. PKR pulak memang dah lama tak relevan. Yang nampak bekerja keras cuma Anwar Ibrahim. Itupun bukan kerana PKR, tapi lebih untuk diri sendiri. Anwar sibuk mengumpulkan budak2 muda termasuk pelajar untuk melakukan rusuhan di jalanan sempena hari penting 9 januari nanti.

PKR khabarnya tak bersetuju dengan konsep ABU (Asal Bukan Umno) dan nak gantikan ABU dengan MTU (Malaysia Tanpa Umno). Sebahagian ahli PKR katanya naik loya dengan ABU sebab ABU ni yang lahirkan ABA (Asal Bukan Azmin). Ni semua akibat dari trauma ketika pemilihan PKR dulu. Masa tu ABA jadi mutual conscience sebahagian besar ahli PKR termasuklah Wan Azizah dan Nurul Izzah. Tapi umum dah tahupun akhirnya Azmin yang menang akibat permainan kotor Anwar Ibrahim sendiri yang tidak mungkin hidup tanpa jambunya yang setia ni. 

Pasal kempenpun tak ada kesepakatan. Lagi mahu cerita pasal nak tawan Putrajaya. Kelakar lah depa ni semua kan? Kan? Orang PKR pun ramai yang tak nak Anwar jadi PM malah mengalu-ngalukan Anwar disumbat kat dalam penjara. Depani semua hipokrit. Menipu rakyat dengan cerita2 karut dan membesar-besarkan kesalahan seorang dua pemimpin Umno bagi meraih perhatian. Tapi rakyat bukan bangang cam depa. Rakyat bukan tengok sorang dua tapi tengok secara keseluruhan. Rakyat nampak perpaduan dan toleransi dalam BN. Rakyat nampak halatuju yang jelas dalam BN. Sedangkan puak pakatan cuma nampak Anwar sedangkan rakyat tidak sekadar melihat Anwar seorang tapi ketidaksepakatan dalam pakatan rakyat. 

Rasanya tidak terlambat untuk akak ucapkan selamat 'meninggal' kat pakatan rakyat. Kepada pengundi atas pagar, kepada pengundi di laman PKR, undilah Barisan Nasional. Tak ada apa-apa dalam rumah pakatan sekalipun papan tanda di luar rumah nampak indah. 

Akak melihat PRU ke 13 bukan ibu segala PRU tapi umpama raksaksa melawan semut merah yang gatal lagi menggatalkan. PM saja nak bagi pemimpin pakatan perasan je. Dan memang tepat, pemimpin pakatan perasan habis yang depa akan menang dan ini membuatkan masing-masing berbunuhan untuk melangkah ke putrajaya! Kesiannya..



sumber
Photobucket

BN Melaka masih runding kerusi

on Dec 6, 2011


Pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang masih dalam perbincangan, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Bernama melaporkan, beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata keputusan untuk menukar atau mengekalkan kerusi bagi setiap parti komponen, seharusnya mendapat persetujuan parti yang terlibat.
"Segala persiapan yang kita lakukan dan calon yang dipilih, adalah untuk memenangi pilihan raya," katanya.
Mohd Ali berkata semua jentera BN telah bekerja dengan baik sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata tidak mustahil bagi BN untuk mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada PRU Ke-12 lalu dan merampas beberapa kerusi pembangkang, jika kesemua anggota parti komponen bekerja keras dan saling membantu.
Katanya melalui pilihan raya olok-olok yang diadakan sebelum ini, BN berjaya menambah kerusi di mana parti tersebut mendapat semula DUN Bachang sementara DUN Ayer Keroh dan Kesidang "lima puluh-lima puluh".
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan simulasi bagi DUN Kota Laksamana dan Bandar Hilir masih belum diketahui.
Lima kerusi tersebut kini dikuasai DAP.



Photobucket

Apa Sebenarnya Berlaku Di Pulai Spring...?

on Dec 5, 2011


Kalau dilihat kepada apa yang digambarkan di dalam media (The Malaysian Insider) dan Malaysiakini; Kongres PKR digambarkan sebagai sangat berjaya dan mampu meletakkan PKR di landasan kemenangan dalam PRU yang akan datang. Ini cerita pada media sahaja...

Tak berasaskan kepada feedback dan maklum balas yang tepat. The Malaysian Insider dan Malaysiakini nampaknya tak bersungguh sangat nak dapatkan maklum balas ahli PKR yang hadir.

Kepada yang tidak tahu, sebenarnya wujud perpecahan yang sangat nyata di dalam PKR pada ketika ini. Umum tidak mengetahui, bahawa wujud perdebatan hebat antara Anwar dan Azmin di dalam mesyuarat tertutup kepimpinan tertinggi PKR. Dua benda yang Anwar tak puas hati .

1. Langkah MENGGESA UMNO/BN Meletakkan Klausa Melayu Sebagai PM.

Anwar menganggap usaha tersebut sebagai tindakan bodoh dan tidak memandang ke depan. Sudahnya, PKR sendiri kena memperbetulkan statement yang dibuat oleh Ketua Pemuda. Anwar marah.., kerana jika UMNO berani menyahut gesaan itu; PKR dan PAS akan kelihatan sebuah parti yang sangat dungu di kalangan orang Melayu. Anwar minta Azmin dan Ketua AMK lihat kembali kepada fakta.

PKR memerlukan undi Melayu pada ketika ini. Jika UMNO membuat keputusan membawa semangat sama – PKR dan PAS akan berdepan dengan suasana politik yang sukar.

Semua sound bytes Ketua AMK sepatutnya dibawa kepada pengetahuan Timbalan Presiden parti. Azmin sepatutnya menjaga apa yang bakal diperkatakan oleh AMK supaya tidak meletakkan parti di dalam keadaan yang sangat bermasalah.

2. Retorik Runtuhkan Pagar Penjara

Anwar sebenarnya sangat marah kepada Azmin dengan ucapan itu. Malahan, dalam mesyuarat tertutup kepimpinan, Anwar bertanyakan soalan kepada Azmin – ‘You dah tak sabar sangat jadi Presiden?’.

Anwar berang kerana tindakan Azmin seolah-olah sudah meletakkan parti dalam keadaan defensif. Azmin sudah seolah-olah mengurus parti tanpa Anwar! Ini yang mendatangkan kemarahan Anwar dalam mesyuarat tertutup tersebut.

Nampaknya PKR berada dalam suasana yang sangat tidak selesa.

Siapa yang paling dapat tumpuan dalam Kongres PKR?

Dalam konteks politik PKR; pemenang terbesar Kongres PKR tempohari adalah Khalid Ibrahim. MB Selangor ini bijak mengurus diri dan pandai mengambil hati perwakilan. 

Setpol MB juga memainkan peranan yang sangat besar. Bisikan bahawa ‘Kak Wan sangat selesa dengan Khalid Ibrahim...’ bermain di bibir perwakilan.

Malahan, kebanyakan perwakilan merasakan Khalid lebih mempunyai AURA sebagai Timbalan Presiden berbanding dengan Azmin Ali.

Faekah menyusun jentera ‘bisikan’ yang mantap sewaktu Kongres berlangsung – termasuk membisikkan bagaimana PKR hidup di Selangor kerana kerja kuat MB yang sangat strategik dan tersusun.

Nama Kak Wan sentiasa meniti di bibir Khalid Ibrahim.

Nampaknya fokus Kongres PKR sudah tersasar. Mereka lebih banyak menyusun strategi untuk menumbangkan individu tertentu.

Sampai ke sudah – Kongres PKR tak lebih daripada agenda makan-makan.., ampu-ampu.., dan bodek-membodek...! Anwar sendiri tak seronok.

‘Pulai is a total failure’ bisik Anwar kepada Khalid Ibrahim.


sumber  :- MIK
Photobucket

MCA TERPINGGIR...?

on Aug 29, 2011




MCA pada satu mesyuarat tertutup dengan pegawai diplomat Amerika Syarikat mengakui bahawa masyarakat Cina di negara ini turut dipinggirkan tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana terikat untuk menyokong kerajaan, khususnya Umno yang memerintah negara.

Menurut pendedahan oleh Wikileaks, kabel rahsia antara Washington dan kedutaannya di Kuala Lumpur, memperincikan mesyuarat pejabat politik kedutaan itu dengan naib presiden MCA, ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Kabel yang bertarikh 19 Oktober 2006 itu didedahkan bulan ini.

"Sudah tentu kami dipinggirkan, dari perniagaan yang besar kepada pemilik gerai kecil, semuanya tahu - tetapi MCA tidak boleh mengakuinya," beliau dipetik memberitahu diplomat Amerika.

Ong yang kemudian dilantik menjadi presiden MCA sebelum disingkirkan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mengikut kabel berkenaan, berkata parti itu terpaksa berdiam diri walaupun rata-rata masyarakat Cina cukup tidak berpuas hati.

Ong juga dipetik sebagai berkata bahawa "berdiam diri kadang-kadang adalah jawapan sah yang mampu diberikan” sebagai reaksi kepada rasa tidak puas hati masyarakat Cina terhadap MCA dan Gerakan yang menyokong kerajaan.

Kabel itu memperincikan rungutan bekas Presiden MCA bahawa parti itu sebelum ini boleh mendapat "saki-baki" projek-projek pembangunan Umno tetapi kini terpaksa bergantung kepada ehsan dan cebisan sisa daripada rakan kongsinya yang dominan itu.

"Dulu, MCA pernah n mendapat saki-baki, tetapi sekarang kita hanya berharap mendapatkan cebisan sisa daripada Umno," kata Ong seperti laporan kabel itu.

Antara contoh yang diberikan ialah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di mana tiada satu pun daripada 180 sekolah yang dirancang itu adalah sekolah vernakular dan hanya dua diberikan selepas bantahan daripada masyarakat minoriti.

Menurut kabel itu, Ong juga mengakui rasa tidak puas hati yang sebegitu menebal di kalangan masyarakat Cina terhadap status quo dan bahawa MCA akan menghadapi cabaran paling getir pada pilihan raya umum akan datang.

Kebimbangan mempunyai asas apabila pada pilihan raya umum 2008, separuh daripada kerusi MCA di Parlimen dirampas iaitu hanya mampu mempertahankan 15 daripada 31 kerusi yang dimilikinya sebelum itu. Gerakan yang memerintah di Pulau Pinang tumbang apabila semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi tewas.

Usaha berulang-kali Malaysiakini bagi mendapatkan ulasan Ong masih belum berjaya.



sumber :-  http://jalanpulang1978.blogspot.com


Photobucket

Umno Dalang Isu Jais Serbu Gereja..?

on Aug 16, 2011

UMNO BAKAL TERSADAI....?

on Jul 14, 2011




UMNO - kalau tidak berubah, ia akan tersadai.







ANALISIS!! Zaid Ibrahim Sah Balaci Najib Altantuya Rampas Selangor!!

on Mar 19, 2011


ANALISIS




Pakatan Rakyat seharusnya tidak melatah dengan pengumuman terbaru bekas ahli Parlimen Kota Bharu dan bekas Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim yang dengan penuh angkuh menyatakan kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor akan ditandingi melalui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebentar tadi.

Biarpun pengumuman ini dibuat di tengah-tengah hiruk pikuk pilihanraya DUN Sarawak akan dibubar 6 April ini, Zaid nampaknya sengaja mahu "memancing perhatian" Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berfikiran, minda dan wadah perjuangan Zaid sudah jauh dari hati nurani rakyat.

KITA yang dibentuk semula selepas perpecahan dalaman Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sebenarnya hanyalah satu alat perkakas Najib Altantuya dan Umno-APCO untuk merampas Selangor dari tangan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PKR sendiri.

Dengan beberapa tindakan perkakas lain seperti Pendaftar Pertubuhan (ROS)yang meluluskan pendaftaran parti itu, kelonggaran diberi untuk mengadakan ceramah serata negara dan sebagainya sudah cukup untuk membuktikan betapa Zaid sanggup bersekongkol dengan musuh Anwar Ibrahim hanya semata-mata kerana dendam dan iri hati dengan pakatan Anwar-Azmin Ali.

Tidak cukup dengan itu, tindakan Zaid sebenarnya didorong oleh perasaan tamak walaupun sudah diberi laluan sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam rombakan kecil tahun lalu, sejurus selepas pemilihan parti itu.

Anwar cuba bersikap secara adil dengan menyerahkan tampuk perhubungan PKR Wilayah Persekutuan walaupun dia tidak menjadi ahli parlimen dalam mana-mana kerusi di situ.

Tidak siapapun berkecil hati atau menunjukkan sikap protes walaupun ada calon lain yang dianggap lebih berkelayakan seperti Tian Chua sebagai ahli parlimen Batu atau Khalid Ibrahim di Bandar Tun Razak.

Tidak cukup dengan itu, sebelum itu pun, Zaid dipilihnya menjadi calon bertanding kerusi pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, dan kesudahannya dia kalah dengan majoriti 1,725 undi.

Ternyata, segala pengorbanan dan tindakan Anwar terhadap Zaid lebih memburukkan keadaan. Zaid masih tidak lagi berpuas hati kerana di belakang Anwar masih ada pengaruh Azmin sebagai Timbalan Presiden.

Zaid faham selagi Azmin masih berkuku, peluangnya untuk naik ke atas bakal tertutup rapat.

Tidak ada jalan keluar melainkan dengan bersekongkol di luar Pakatan Rakyat dengan sesiapa yang dia anggap berupaya membantunya menentang kembali Anwar.

Lalu parti KITA ditubuhnya walaupun tidak direstui oleh Presiden AKIM Hanafi Mamat.

Tujuannnya hanyalah satu, membantu Najib Altantuya menumpaskan Anwar dan PKR di Selangor walau dengan apa cara sekalipun, biarpun dia menyedari bahawa Najib Altantuya bukanlah manusia yang suka berpegang pada janji!

Apa saja akan dilakukannya walaupun melanggar prinsip perjuangan yang pernah dia sendiri agung-agungkan, hanya kerana dendam terhadap batang tubuh seorang pejuang rakyat, Anwar Ibrahim!!

JALAN PULANG

TERKINI!!

Lagi onar yang dilakukan Zaid Ibrahim!!


Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke tahap serendah PERKASA dan GAPS dalam meneruskan dendamnya terhadap Anwar Ibrahim.

Anwar bukan hanya enggan menyerahkan DNA beliau kerana beliau secara perundangan tidak perlu melakukannya bahkan juga kerana pasukan pembelaan beliau tidak meyakini ketelusan sistem sedia ada.

Pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap kes ini adalah jelas: pertuduhan yang dikemukakan adalah konspirasi yang bertujuan untuk membunuh karier politik beliau.

Dalam tempoh singkat Zaid bersama KEADILAN, beliau giat menegakkan pendirian yang sama, namun pada hari ini beliau nampaknya sudah terlupa.

Apa yang jelas sepanjang perbicaraan berjalan, pihak pendakwaan telah menafikan semua permohonan pasukan pembelaan supaya mengemukakan segala bukti dan data lengkap serta sampel DNA yang diuji dari sampel yang diambil daripada tubuh dan pakaian Saiful Bukhari.

Sebagai peguam, Zaid sewajarnya mengetahui bahawa ini bercanggah dengan protokol ujian DNA dan secara otomatik mengecualikan bukti tersebut dalam mana-mana perbicaraan adil.


Penolakan tersebut menghalang pasukan pembelaan dan mahkamah untuk menilai kesahihan ujian DNA tersebut secara bebas. Penolakan ini hanya mengukuhkan pandangan bahawa pihak pendakwaan mempunyai sesuatu untuk diselindungkan dalam apa yang dikatakan ujian DNA itu.

Atas sebab itu, adalah suatu penghinaan kepada prinsip keadilan untuk Anwar memberikan sampel DNA untuk membantu pendakwaan mengesahkan keputusan yang menimbulkan syak dan direka-reka.

Zaid sewajarnya ingat bahawa Saiful Bukhari Azlan, penuduh telah mengaku bertemu dengan anggota polis kanan Zaid Rodwan Mohd Yusof dua kali sebelum kejadian tersebut kononnya berlaku.

Bagi menyegarkan semula memori Zaid, Rodwan lah orang yang memindahkan DNA Anwar secara haram pada perbicaraan 1998 dan meletakkanya pada tilam bagi memerangkap bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Isu DNA-DNA lelaki lain di dalam rektum Saiful masih lagi belum dijawab.

Pada masa yang sama, pegawai penyiasat Jude Pereira (gambar kiri) mengakui bahawa sampel yang diambil daripada Saiful tidak disimpan di dalam peti sejuk beku, justeru mendedahkan DNA tersebut kepada kerosakan.

Isu mengapa Jude menyimpan sampel-sampel tersebut selama 48 jam dan tidak menyerahkannya kepada ahli kimia serta-merta belum benar-benar dijelaskan.

Pada tahun 1998, institusi polis yang sama-lah yang telah mereka bukti termasuk bukti DNA terhadap Anwar.

Sejak hari pertama, kes Anwar telah dipenuhi oleh pelbagai percanggahan dan kelemahan, dan jelas sekali sekiranya defendannya bukanlah Anwar Ibrahim kes ini akan dibuang daripada mahkamah.

Seorang itu tidak perlu menjadi penyokong tegar Anwar untuk mengesyaki kesahihan kes ini apabila Perdana Menteri Najib Razak mula-mula menafikan bertemu dengan Saiful dua hari sebelum Saiful mendakwa beliau diliwat.

Hanya selepas gambar-gambar Saiful di pejabat Najib diedarkan beliau mengaku bertemu dengan Saiful, mula-mula kononnya untuk membantu Saiful mendapatkan biasiswa tetapi kemudian dijelaskan bahawa Saiful datang mengadu kepada beliau bahawa beliau diliwat.

Laporan perubatan awal di Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur menyatakan bahawa tiada penetrasi pada dubur Saiful. Jelas sekali bahawa pihak pendakwa memerlukan DNA Anwar untuk berada di dalam Saiful untuk membuktikan tuduhan mereka.

Memandangkan kes mereka kini sudah punah, kejayaan kini diukur dengan menjatuhkan pandangan awam terhadap moral Anwar walaupun sekiranya mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.

Sukar untuk dipercayai seorang yang terlatih dalam bidang undang-undang dan memahami keadaan sistem kehakiman negara selepas krisis 1988 tiba-tiba percaya dengan integriti sistem ini.

Percubaan Zaid untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan dakwaan beliau bahawa PAS tidak bersuara dalam kes ini menunjukkan kejahilan beliau tentang sokongan PAS serta prinsip asas dalam syariah bahawa tiada sesiapapun boleh didapti bersalah tanpa kesaksian empat saksi yang adil dan berwibawa.

*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.

PKR ada peluang menang di Padang Rengas PRU13

on Mar 15, 2011


Laman portal PERKASA melaporkan:
PERKASA menyahut cabaran Nazri Aziz supaya PERKASA bertanding di PRU13 akan datang. PERKASA akan meletak calun di mana saja ada calun dari mana-mana parti yang dilihat menolak agenda Melayu dan Bumiputera.

PERKASA juga tidak teragak-agak meletak calun bebas di Padang Rengas nanti. Bagaimanapun PERKASA merasakan PRU13 nanti tidak perlu calun bebas tajaan PERKASA di Padang Rengga nanti kerana Nazri bukan lagi calun BN di situ, Menurut Setiausaha Agung PERKASA Sdr Syed Hassan Syed Ali

PERKASA akan pastikan Nazri bukan lagi calun BN di situ. Jika beliau masih lagi bertanding PERKASA akan letak calun. Biar tidak menang di situ kerana PERKASA hanya perlukan Nazri tidak akan menang sahaja. - Perkasa
Ni berita baik untuk bekas calon PKR Parlimen Padang Rengas masa PRU12 yang lepas, Alias Zainon.
Kalau dia bertanding lagi masa PRU13, peluang dia untuk menang menang cerah kalau Nazri Aziz masih jadi calon Umno. Tu pun kalau Perkasa betul-betul berpegang pada kata-kata depa.

Dengan majoriti PRU12 cuma 1,749 undi, memang peluang sangat cverah untuk menang kalau ada pertandingan 3 penjuru. Takkan kut PERKASA yang katanya cukup perkasa tu tak dak penyokong lebih seribu orang di Padang Rengas.

Tambah-tambah lagi, kalau Ibrahim Ali sendiri turun sama berkempen untuk calon dari Perkasa, tentu punya undi kepada Nazri akan berkurang banyak dan peluang untuk calon PKR memang cerah untuk menang.

Tapi, bila tengok realiti PKR di Perak ni, mungkin jugak orang lain yang akan jadi calon masa PRU13 nanti. Kalau betul tempat tu ada peluang nak menang mudah, takkan Ketua Perhubungan PKR yang baru tak teringin. Kalau dia tak teringin, aku yakin ramai lagi pemimpin PKR Perak yang teringin bertanding kat situ.

Pasainya, kalau menang PRU13 nanti, mungkin ada peluang nak jadi menteri, atau kalau bukan menteri, jadi timbalan menteri pun dah sangat-sangat ok.

Jangan Yb Zainuddin pun teringin nak bertanding kerusi parlimen bila baca berita ni sudah la. Jangan bagi malu kompeni.

Tapinya, boleh pakai ka cakap PERKASA tu? Kebarangkaliannya tetap ada, tapi bila tengok gambar kat bawah ni, boleh mimpi aja la kut...



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List