ANALISIS!! Zaid Ibrahim Sah Balaci Najib Altantuya Rampas Selangor!!

on Mar 19, 2011


ANALISIS




Pakatan Rakyat seharusnya tidak melatah dengan pengumuman terbaru bekas ahli Parlimen Kota Bharu dan bekas Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim yang dengan penuh angkuh menyatakan kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor akan ditandingi melalui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebentar tadi.

Biarpun pengumuman ini dibuat di tengah-tengah hiruk pikuk pilihanraya DUN Sarawak akan dibubar 6 April ini, Zaid nampaknya sengaja mahu "memancing perhatian" Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berfikiran, minda dan wadah perjuangan Zaid sudah jauh dari hati nurani rakyat.

KITA yang dibentuk semula selepas perpecahan dalaman Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sebenarnya hanyalah satu alat perkakas Najib Altantuya dan Umno-APCO untuk merampas Selangor dari tangan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PKR sendiri.

Dengan beberapa tindakan perkakas lain seperti Pendaftar Pertubuhan (ROS)yang meluluskan pendaftaran parti itu, kelonggaran diberi untuk mengadakan ceramah serata negara dan sebagainya sudah cukup untuk membuktikan betapa Zaid sanggup bersekongkol dengan musuh Anwar Ibrahim hanya semata-mata kerana dendam dan iri hati dengan pakatan Anwar-Azmin Ali.

Tidak cukup dengan itu, tindakan Zaid sebenarnya didorong oleh perasaan tamak walaupun sudah diberi laluan sebagai pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam rombakan kecil tahun lalu, sejurus selepas pemilihan parti itu.

Anwar cuba bersikap secara adil dengan menyerahkan tampuk perhubungan PKR Wilayah Persekutuan walaupun dia tidak menjadi ahli parlimen dalam mana-mana kerusi di situ.

Tidak siapapun berkecil hati atau menunjukkan sikap protes walaupun ada calon lain yang dianggap lebih berkelayakan seperti Tian Chua sebagai ahli parlimen Batu atau Khalid Ibrahim di Bandar Tun Razak.

Tidak cukup dengan itu, sebelum itu pun, Zaid dipilihnya menjadi calon bertanding kerusi pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, dan kesudahannya dia kalah dengan majoriti 1,725 undi.

Ternyata, segala pengorbanan dan tindakan Anwar terhadap Zaid lebih memburukkan keadaan. Zaid masih tidak lagi berpuas hati kerana di belakang Anwar masih ada pengaruh Azmin sebagai Timbalan Presiden.

Zaid faham selagi Azmin masih berkuku, peluangnya untuk naik ke atas bakal tertutup rapat.

Tidak ada jalan keluar melainkan dengan bersekongkol di luar Pakatan Rakyat dengan sesiapa yang dia anggap berupaya membantunya menentang kembali Anwar.

Lalu parti KITA ditubuhnya walaupun tidak direstui oleh Presiden AKIM Hanafi Mamat.

Tujuannnya hanyalah satu, membantu Najib Altantuya menumpaskan Anwar dan PKR di Selangor walau dengan apa cara sekalipun, biarpun dia menyedari bahawa Najib Altantuya bukanlah manusia yang suka berpegang pada janji!

Apa saja akan dilakukannya walaupun melanggar prinsip perjuangan yang pernah dia sendiri agung-agungkan, hanya kerana dendam terhadap batang tubuh seorang pejuang rakyat, Anwar Ibrahim!!

JALAN PULANG

TERKINI!!

Lagi onar yang dilakukan Zaid Ibrahim!!


Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke tahap serendah PERKASA dan GAPS dalam meneruskan dendamnya terhadap Anwar Ibrahim.

Anwar bukan hanya enggan menyerahkan DNA beliau kerana beliau secara perundangan tidak perlu melakukannya bahkan juga kerana pasukan pembelaan beliau tidak meyakini ketelusan sistem sedia ada.

Pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap kes ini adalah jelas: pertuduhan yang dikemukakan adalah konspirasi yang bertujuan untuk membunuh karier politik beliau.

Dalam tempoh singkat Zaid bersama KEADILAN, beliau giat menegakkan pendirian yang sama, namun pada hari ini beliau nampaknya sudah terlupa.

Apa yang jelas sepanjang perbicaraan berjalan, pihak pendakwaan telah menafikan semua permohonan pasukan pembelaan supaya mengemukakan segala bukti dan data lengkap serta sampel DNA yang diuji dari sampel yang diambil daripada tubuh dan pakaian Saiful Bukhari.

Sebagai peguam, Zaid sewajarnya mengetahui bahawa ini bercanggah dengan protokol ujian DNA dan secara otomatik mengecualikan bukti tersebut dalam mana-mana perbicaraan adil.


Penolakan tersebut menghalang pasukan pembelaan dan mahkamah untuk menilai kesahihan ujian DNA tersebut secara bebas. Penolakan ini hanya mengukuhkan pandangan bahawa pihak pendakwaan mempunyai sesuatu untuk diselindungkan dalam apa yang dikatakan ujian DNA itu.

Atas sebab itu, adalah suatu penghinaan kepada prinsip keadilan untuk Anwar memberikan sampel DNA untuk membantu pendakwaan mengesahkan keputusan yang menimbulkan syak dan direka-reka.

Zaid sewajarnya ingat bahawa Saiful Bukhari Azlan, penuduh telah mengaku bertemu dengan anggota polis kanan Zaid Rodwan Mohd Yusof dua kali sebelum kejadian tersebut kononnya berlaku.

Bagi menyegarkan semula memori Zaid, Rodwan lah orang yang memindahkan DNA Anwar secara haram pada perbicaraan 1998 dan meletakkanya pada tilam bagi memerangkap bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Isu DNA-DNA lelaki lain di dalam rektum Saiful masih lagi belum dijawab.

Pada masa yang sama, pegawai penyiasat Jude Pereira (gambar kiri) mengakui bahawa sampel yang diambil daripada Saiful tidak disimpan di dalam peti sejuk beku, justeru mendedahkan DNA tersebut kepada kerosakan.

Isu mengapa Jude menyimpan sampel-sampel tersebut selama 48 jam dan tidak menyerahkannya kepada ahli kimia serta-merta belum benar-benar dijelaskan.

Pada tahun 1998, institusi polis yang sama-lah yang telah mereka bukti termasuk bukti DNA terhadap Anwar.

Sejak hari pertama, kes Anwar telah dipenuhi oleh pelbagai percanggahan dan kelemahan, dan jelas sekali sekiranya defendannya bukanlah Anwar Ibrahim kes ini akan dibuang daripada mahkamah.

Seorang itu tidak perlu menjadi penyokong tegar Anwar untuk mengesyaki kesahihan kes ini apabila Perdana Menteri Najib Razak mula-mula menafikan bertemu dengan Saiful dua hari sebelum Saiful mendakwa beliau diliwat.

Hanya selepas gambar-gambar Saiful di pejabat Najib diedarkan beliau mengaku bertemu dengan Saiful, mula-mula kononnya untuk membantu Saiful mendapatkan biasiswa tetapi kemudian dijelaskan bahawa Saiful datang mengadu kepada beliau bahawa beliau diliwat.

Laporan perubatan awal di Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur menyatakan bahawa tiada penetrasi pada dubur Saiful. Jelas sekali bahawa pihak pendakwa memerlukan DNA Anwar untuk berada di dalam Saiful untuk membuktikan tuduhan mereka.

Memandangkan kes mereka kini sudah punah, kejayaan kini diukur dengan menjatuhkan pandangan awam terhadap moral Anwar walaupun sekiranya mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.

Sukar untuk dipercayai seorang yang terlatih dalam bidang undang-undang dan memahami keadaan sistem kehakiman negara selepas krisis 1988 tiba-tiba percaya dengan integriti sistem ini.

Percubaan Zaid untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan dakwaan beliau bahawa PAS tidak bersuara dalam kes ini menunjukkan kejahilan beliau tentang sokongan PAS serta prinsip asas dalam syariah bahawa tiada sesiapapun boleh didapti bersalah tanpa kesaksian empat saksi yang adil dan berwibawa.

*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List