Baginda Dan Umi.....Siapa Yang Kencing??

on Mar 19, 2011



Cer citer!! Cer citer!! Birthmark I terletak di mana??




Ummi dakwa...

Dia tak pernah berurusan dengan Beginda
Inikan pulak nak 'tidur' dengan dia'??
Eh... jangan ada-adakan cerita, ya??
Jangan percaya... Jangan percaya....

Beginda kata pulak...
Isy... ya ke?? Betul ke tarak??
Dulu ngapa you tak kata tidak...
You know, I tak torak..
Dalam mahkamah pun I sebut, tau tak??

Kalau kita pernah 'together-together'
Birthmark I terletak di mana??
Kalau betul.. you mesti tahu punya.
Tak betul kalu.... you jaga!!
Don't play-play...
Ini Ummi Hafilda, ya??

Ek ele...
Minah ni dah mula merapu...
What if... dia kata dekat alat sulit kamu??
Apa, kamu nak selak kain baju??
Just to proof, dia menipu??
Hey... see, no birthmark you!!
Well, sanggup kamu buat begitu??

Tapi pelik....
Baginda bercakap dalam mahkamah
Setelah angkat sumpah...Dia dakwa komer duduk serumah
Together-together pun pernah

Dia dakwa lagi...Kamu ngaku, semua yang berlaku itu fitnah
Kamu marah sebab tak dapat projek mewah

Ya Allah...
Macam-macam yang dia dedah
Mengapalah dulu kamu buat tak endah??
Itu la....
Sepatutnya dari dulu dah kamu saman
Ngapa kamu bolayan??
Itu yang orang pelik lagi hairan
Kini baru perasan , diri sudah tak 'berpakaian'??
Baru nak meroyan sakan...
Dan tanya soalan yang bukan-bukan??
Ummi... Ummi...
Kita ni hampa Allah SWT yang lemah
Tak lepas daripada melakukan kesalahan
Sudah... sudahlah...
Balik ke pangkal jalan.
Bertaubatlah.




PANAS!! Baginda Mengaku Bersetubuh, Ummi Nafi! Siapa Yang Kencing??

"Aku masih dara"... Kah kah kah...

Kah kah kah...

Sekor ngaku, sekor ngata idok le teman buat keroje tu kah kah kah...

Sekor bagi cerita, yang sorang lagi buat cerita kah kah kah...

Kah kah kah...

Kalau Ummi tak mengaku sekalipun, banyak fakta yang dia tak boleh nak sorok kah kah kah...

Auwww!! Masih dara you! Kah kah kah...

Kah kah kah...


Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London.

Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'.

Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka.

Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI.

Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi.

Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".


Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda (kanan) menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.

Catatan Khas:

Selepas lebih SEPULUH TAHUN, pada tahun 2011 barulah Ummi menjawab: Saya tak pernah bersetubuh dengan Beginda!

Mengapa ketika isu hubungan seks ini ditimbulkan oleh Baginda dalam perbicaraan di Mahkamah, Ummi tidak membantah?


”Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya ‘birth mark’ yang ada di tubuh ini!”

Itu reaksi awal yang dinyatakan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita itu di masa lalu.

Beginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

” Saya tak nafikan yang saya memang mengenali Beginda, ini kerana dia sering hadir dengan bekas rakan perniagaan saya ketika itu, Datuk Sng Chee Hwa (kiri) bila mana kami berbincang mengenai soal perniagaan yang kami usahakan.

” Sebenarnya ini bukan kali pertama dia membuat tuduhan itu, saya sendiri pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai fitnah yang dia taburkan.

” Sekarang ini dia muncul semula setelah sekian lama menghilang, dengan nama Allah saya hendak katakan di sini, saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan beliau dan saya bersedia untuk melakukan mubahalah (sumpah laknat) mengenainya,” tegas Ummi Hafilda

Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa “menjaja” isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau sekali lagi akan membuat laporan polis di atas segala fitnah dan nista yang Beginda nyatakan itu.

” Dia (Beginda) dengan bangganya menyatakan pernah membuat hubungan seks dengan saya tapi jangan kata bukti, gambar saya dengannya, dokumen perniagaan saya dengannya pun tak dapat dia kemukakan.

” Saya harap dia boleh berbangga bercerita satu dunia termasuk keluarganya kerana membuat pengakuan terbuka telah bersetubuh dengan Ummi Hafilda, namun percayalah, saya tidak akan sama sekali gentar untuk terus berjuang melawan segala taktik licik ini.


” Dengan nama Allah, saya ingin menyatakan yang segala tuduhan tersebut palsu, dan saya sedikit pun tidak akan menyerah kalah terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya melalui kaedah yang menjijikkan ini,” tegasnya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List