Showing posts with label Hal Perkasa. Show all posts
Showing posts with label Hal Perkasa. Show all posts

'PERKASA' Yang Tidak PERKASA

on Apr 7, 2012


Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.



Photobucket

Kami Memang Bodoh

on Feb 1, 2012



Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini mengakui ia membuat kesilapan dalam pemberian 'ang pow putih' dan berjanji bahawa kejadian seumpama itu tidak akan berulang.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata episod itu telah satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensetiviti budaya kaum tertentu.

“PERKASA mengambil iktibar komen perdana menteri dalam isu ang pow sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina.


“Memang benar ia satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Syed Hassan, PERKASA juga menghormati dan bersetuju dengan ulasan Ketua Pemuda MCA Datuk Wong Ka Siong supaya setiap kaum peka dan sensitif akan budaya kaum yang lain.

“Bagaimana pun PERKASA juga berharap kenyataan Ketua Pemuda MCA itu bukan sahaja ditujukan pada PERKASA dan NGO Melayu (sahaja), tetapi juga kepada NGO atau pihak-pihak lain kaumnya sendiri juga.


“Bukan sedikit juga kaumnya telah mengusik sensitiviti orang Melayu terutama (berhubung) isu-isu Islam, namun sekali pun susah mendengar permohonan maaf dari mereka,” katanya.

Menurut Syed Hassan lagi, PERKASA melihat komen Wee itu sebagai sesuatu yang sihat untuk tidak mengeruhkan lagi isu berkenaan.

“PERKASA harap ia selesai. PERKASA mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dalam isu ang pow sampul putih itu dan akan pastikan ia tidak berulang lagi.”

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan ang pow putih yang melambangkan ‘kematian’ mengikut budaya Cina mempunyai apa-apa kaitan dengan kerajaan.

“Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.



"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial,” tulis Najib dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”.

PERKASA diselar pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen BN apabila presidennya Datuk Ibrahim Ali mengagihkan ang pow putih pada majlis ruma terbuka Tahun Baru Cina anjurannya pada 29



Photobucket

Melayu Akan Tolak Calon MIC Di PRU-13

on Dec 17, 2011


Perkasa: Melayu akan tolak calon MIC di PRU-13 bantah Kabinet gugur Interlok






KUALA LUMPUR, 17 Dis — Pertubuhan pembela hak orang Melayu, Perkasa hari ini memberi amaran pengundi Melayu tidak akan memberi sokongan kepada wakil MIC, komponen Barisan Nasional (BN), dalam pilihan raya umum ke-13 susulan keputusan Putrajaya menarik balik novel “Interlok” sebagai teks sastera.
Selain itu, dakwa Perkasa, pihaknya juga yakin bahawa akan ada calon-calon Bebas bakal bertanding di kawasan-kawasan ditandingi wakil MIC atas alasan telah menghina penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.
Perkasa pernah mengumumkan pendirian yang sama ke atas wakil-wakil MCA, satu lagi komponen BN, sebelum ini dalam isu yang lain menyinggung kaum Melayu dan Bumiputera.
“Perkasa yakin pengundi Melayu tidak akan memberi undi kepada calon-calon MIC atau calon-calon India yang anti-Melayu dan mungkin ada calon Bebas yang akan bertanding di kawasan calon MIC bertanding di mana pengundi Melayu lebih 50 peratus,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali(picture) dalam satu kenyataan.
Syed Hassan menambah, kumpulan pendesak hak orang Melayu itu amat kecewa dan kesal dengan keputusan kerajaan menarik balik novel kontroversi itu sebagai buku teks sastera.
“Kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala.
“Perkasa sangat marah dan kesal atas pengumuman yang dibuat oleh Presiden MIC bahawa novel ‘Interlok’ digugurkan dari silibus,” kata beliau lagi.
Katanya, Perkasa sedar keputusan itu adalah kehendak MIC demi menagih undi kaum India menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina.
Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel “Interlok” yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.
Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.
“Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya di Air Keroh, Melaka.
Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.
Perkara yang sama diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Kulim, Kedah.
Syed Hassan berkata, apa yang tertera dalam novel tersebut, yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta.
“Bukan niat menghina. Yang menghina adalah mereka yang berada di kasta atas, ke atas kasta bawah yang dipanggil paria. Bukan penulis Melayu itu.
“Dan ia masih berlaku dalam masyarakat India di tanah besar India sendiri. Filem-filem mereka yang terbaru masih banyak menceritakan kisah kasta-kasta kaum India. Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala,” katanya lagi.




Photobucket

LAWAK PAK HEM

on Aug 15, 2011




SINI  dan  SINI


APA PASAL PULAK NI......

on Jul 6, 2011


Perkasa not allowed to meet Agong at Istana Negara







(Malaysian Digest) - Perkasa presiden Datuk Ibrahim Ali today cancelled his scheduled meet with the Yang di-Pertuan Agong to submit a letter to seek audience with His Majesty.
According to sources, the meeting was cancelled due to the Istana not allowing the group to meet with him. 
Perkasa was expected with the Agong today at 10.00am to submit a letter to seek audience with His Majesty before 9 July.


BADUT MALAYSIA

on Jun 15, 2011

Ramai orang  menganggap Ibrahim Ali umpama badut, termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz. Ibrahim sekali lagi bercakap seperti badut ketika baru-baru ini dia mengumumkan pertubuhannya, PERKASA, akan menghalang perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancangkan pada tarikh 9 Julai dengan melakukan perhimpunan balas. "Ini bererti pada hari tersebut akan berlaku pertembungan" seperti yang dia sendiri akui.

Ini ucapan pengganas. Ini adalah ancaman untuk menimbulkan keganasan. Dan sambil menambah minyak, Ibrahim telah berjanji , "Saya akan berjuang habis-habisan". 

Ruslan Kassim MUNAFIK....???

on Jun 14, 2011

PERKASA mahu Melayu tentang p'raya masjid







Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu orang Melayu Pulau Pinang bangun dan menentang pelaksanaan pemilihan anggota
jawatankuasa masjid melalui pilihan raya kerana ia membawa kepada pepecahan umat Islam.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata dengan pelaksanaan kaedah baru itu, masjid selaku tempat suci dan penyatuan umat Islam akan tercemar apabila berlaku perebutan kuasa, berpuak-puak dan saling membenci dalam usaha memenangi pilihan raya itu.

"Tindakan kerajaan Pulau Pinang adalah tindakan untuk mundur kebelakang dan hanya semata-mata didorong oleh nafsu dan kepentingan politik yang telah mengatasi segala kepentingan dan lain-lain pertimbangan yang lebih rasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Ketua Wira Perkasa hadir Ceramah Menentang Fitnah 11 Dan Bakal Serta PR?

on Mar 30, 2011

SAYA ada mengulas tentang pengunduran Ketua Wira Perkasa iaitu Arman Azha daripada jawatannya di dalam Perkasa. Beliau bagaimanapun mengakui masih menjadi ahli Perkasa seumur hidup dan masih memegang jawatan di dalam Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.

Di antara sebab beliau meletakkan jawatannya di dalam Perkasa adalah kerana beliau menganggap perjuangannya di dalam Perkasa tiada `political Will' atau keupayaan politik untuk merubah keadaan. Ini bererti Arman mempunyai cita-cita politik yang tinggi untuk mencapai sesuatu.


Mengikut berita yang dikeluarkan oleh Pahang Daily, Sdr Arman mengaku beliau telah hadir di dalam program Ceramah Perdana menentang Fitnah II ke atas DS Anwar yang telah diadakan di Stadium Melawati baru-baru ini. Ulasan yang dipetik dari Pahang Daily adalah seperti berikut;

"Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada UMNO tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya. "Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan. "Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya. Terdapat kemungkinan Arman akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya. Sama-sama kita tunggu seterusnya" (Ulasan Pahang Daily Online)
Suka saya mengingatkan Sdr Arman, sekiranya beliau ingin memilih PR sebagai wadah perjuangannya beliau terlebih dahulu mesti keluar dari kepompong Perkasa. Idealogi Perkasa samasekali bertentangan dengan hasrat PR untuk mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama. Di dalam PR, tiada pendekatan `rasist' terhadap mana-mana kaum yang sering ditonjolkan oleh Perkasa. Lebih-lebih lagi, PR melihat Perkasa seolah-olah komponen di dalam Umno bukan komponen di dalam Bn.

Seandainya beliau memilih untuk menyertai PR, beliau mestilah ikhlas tanpa memikirkan habuan atau tempatnya menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Kita juga mengharapkan agar mana-mana pemimpin dari PR agar tidak mudah menerima sesiapa sahaja yang baru menyertai kita untuk diletakkan sebagai pemimpin atau calon di dalam pilihanraya. Sejarah banyak mengajar kita tentang beberapa peristiwa yang berlaku. Kita boleh terima mereka sebagai ahli biasa tanpa syarat.

Ini bukan bermakna kita bersikap buruk sangka kepada mereka yang ingin menyertai kita tetapi kita harus berhati-hati apatah lagi kita akan menghadapi pilihanraya umum tidak beberapa lama lagi. Keyakinan ramai pihak bahawa PR mampu berada di Putrajaya selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti mungkin menarik minat mereka di luar sana untuk mendapatkan sesuatu. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh membaca niat hati seseorang cuma kita perlu lebih berhati-hati.

WFAUZDIN NS

PERKASA APA HAL.......???

on Mar 29, 2011

Perkasa: Ketua Wiranita berundur, ketua Wira ikut langkah?









Mamat ni pun ikut ...?


nota:
semua orang melayu
diminta berkabong selama tujuh hari
untuk sama sama merasa kesedihan kerana
kehilangan wira pundek negara pejuang bangsa
majulah sukan untuk negara
majulah maju ikan
bahasa jiwa bangsa

gunakan lah bahasa kebangsaan kita
wira tiang bendera kah kah kah



PERKASA MULA KACAU DAN MULA BILAU

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas mereka Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Jika ia disahkan, Perkasa dilihat berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.

The Malaysian Insider difahamkan Arman Azha, yang seringkali berada di barisan depan dalam perhimpunan dan perarakan berkaitan usaha membela orang Melayu, memutuskan demikian ekoran perkembangan dalaman Perkasa.


PKR ada peluang menang di Padang Rengas PRU13

on Mar 15, 2011


Laman portal PERKASA melaporkan:
PERKASA menyahut cabaran Nazri Aziz supaya PERKASA bertanding di PRU13 akan datang. PERKASA akan meletak calun di mana saja ada calun dari mana-mana parti yang dilihat menolak agenda Melayu dan Bumiputera.

PERKASA juga tidak teragak-agak meletak calun bebas di Padang Rengas nanti. Bagaimanapun PERKASA merasakan PRU13 nanti tidak perlu calun bebas tajaan PERKASA di Padang Rengga nanti kerana Nazri bukan lagi calun BN di situ, Menurut Setiausaha Agung PERKASA Sdr Syed Hassan Syed Ali

PERKASA akan pastikan Nazri bukan lagi calun BN di situ. Jika beliau masih lagi bertanding PERKASA akan letak calun. Biar tidak menang di situ kerana PERKASA hanya perlukan Nazri tidak akan menang sahaja. - Perkasa
Ni berita baik untuk bekas calon PKR Parlimen Padang Rengas masa PRU12 yang lepas, Alias Zainon.
Kalau dia bertanding lagi masa PRU13, peluang dia untuk menang menang cerah kalau Nazri Aziz masih jadi calon Umno. Tu pun kalau Perkasa betul-betul berpegang pada kata-kata depa.

Dengan majoriti PRU12 cuma 1,749 undi, memang peluang sangat cverah untuk menang kalau ada pertandingan 3 penjuru. Takkan kut PERKASA yang katanya cukup perkasa tu tak dak penyokong lebih seribu orang di Padang Rengas.

Tambah-tambah lagi, kalau Ibrahim Ali sendiri turun sama berkempen untuk calon dari Perkasa, tentu punya undi kepada Nazri akan berkurang banyak dan peluang untuk calon PKR memang cerah untuk menang.

Tapi, bila tengok realiti PKR di Perak ni, mungkin jugak orang lain yang akan jadi calon masa PRU13 nanti. Kalau betul tempat tu ada peluang nak menang mudah, takkan Ketua Perhubungan PKR yang baru tak teringin. Kalau dia tak teringin, aku yakin ramai lagi pemimpin PKR Perak yang teringin bertanding kat situ.

Pasainya, kalau menang PRU13 nanti, mungkin ada peluang nak jadi menteri, atau kalau bukan menteri, jadi timbalan menteri pun dah sangat-sangat ok.

Jangan Yb Zainuddin pun teringin nak bertanding kerusi parlimen bila baca berita ni sudah la. Jangan bagi malu kompeni.

Tapinya, boleh pakai ka cakap PERKASA tu? Kebarangkaliannya tetap ada, tapi bila tengok gambar kat bawah ni, boleh mimpi aja la kut...



Umno mampu atasi pengaruh PERKASA, kata Nazri......???

on Oct 15, 2010

Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz percaya Umno akan dapat bertahan dalam menghadapi kemaraan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa semakin berpengaruh di kalangan anggota parti itu.
Katanya, Umno pernah menghadapi ujian yang lebih getir ketika menghadapi pengaruh gerakan Islam dalam Umno yang membentuk PAS, Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, malah daripada penyokong Datuk SeriAnwar Ibrahim yang membetuk PKR.

“(Umno) telah diserang dari kiri dan kanan tapi kami masih di sini. Anda fikir PERKASA akan dapat buat lebih baik daripada Semangat 46, PKR atau PAS?” katanya ketika bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Nazri juga bertegas bahawa PERKASA merupakan satu gerakan ekstremis, namun tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menghalangnya.

Dalam kewajaran itu juga, anggota Umno bebas untuk menganggotai PERKASA, kata Nazri.

“Sebab itulah saya katakan, saya mahu PERKASA didaftarkan sebagai satu parti politik, kemudian barulah kita tahu sama ada anggota Umno benar-benar menyokong mereka.

Jelasnya, apabila PERKASA menjadi parti politik, anggota Umno akan berada dalam kedudukan terpaksa untuk membuat pilihan.

Biar saya bagi tahu, kalau mereka daftar (sebagai parti politik), itu akan menjadi petanda kemusnahan mereka,” kata Nazri yang tidak begitu yakin dengan pengaruh PERKASA.

“Berapa ramai (presidennya Datuk Ibrahim Ali) dapat kumpul di Kelantan? Saya boleh kumpul lebih ramai lagi.” katanya lagi.

PERKASA yang mendapat sokongan daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan persepsi berbeza terhadap kewibawaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Pandangan seolah-olah Dr Mahathir masih lagi berkuasa, dengan sokongan gerakan seperti PERKASA yang giat mengutarakan pandangan yang bertentangan dengan usaha liberalisasi Najib.

Ketika ditanya, Nazri sekadar menepis pandangan tersebut – "ia satu persepsi semata-mata," katanya.

“Sebagai sebuah negara Timur, kita masih hormati bekas pemimpin yang telah berkorban untuk negara. Jadi saya rasa sokongan yang dilihat itu hanya disebabkan rasa hormat (terhadap Dr Mahathir),” katanya.

Nazri berkata, Dr Mahathir pada Mei 2008 lalu pernah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak yakin dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir turut mencadangkan ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah memaksa Abdullah letak jawatan.
Bagaimanapun, Dr Mahathir mengubah keputusannya kira-kira setahun kemudian selepas Najib secara rasminya menjadi perdana menteri.

“Itu menunjukkan (Umno) kuat, itu saja. Beliau tidak akan kembali jika kita tidak kuat, kata Nazri.

-Malaysiakini-

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List