Ramai orang menganggap Ibrahim Ali umpama badut, termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz. Ibrahim sekali lagi bercakap seperti badut ketika baru-baru ini dia mengumumkan pertubuhannya, PERKASA, akan menghalang perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancangkan pada tarikh 9 Julai dengan melakukan perhimpunan balas. "Ini bererti pada hari tersebut akan berlaku pertembungan" seperti yang dia sendiri akui.
Ini ucapan pengganas. Ini adalah ancaman untuk menimbulkan keganasan. Dan sambil menambah minyak, Ibrahim telah berjanji , "Saya akan berjuang habis-habisan".
Tetapi mengapa PERKASA ingin menentang perhimpunan BERSIH 2.0? Perhimpunan ini tidak ada kaitan dengan bangsa - ia bukan menentang ketuanan Melayu, kerana itulah tujuan asal Perkasa ditubuhkan. Perhimpunan ini untuk menuntut perubahan dalam institusi pilihan raya. Ia menuntut Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21, reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar, penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali, capaian media aliran utama untuk parti pembangkang, tempoh kempen minimum 21 hari, kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya, menghapuskan rasuah pilihan raya.
Adakah Perkasa menentang pilihanraya umum yang bebas dan adil? Bermakna ia menentang untuk menghalang korupsi?
Ibrahim menjelaskan: Sebuah demonstrasi besar seperti perhimpunan Bersih, yang dijangka menarik kira-kira 100,000 penunjuk perasaan, akan menimbulkan kekacauan. Ia boleh menjadi seperti protes di Timur Tengah.
Ibrahim fikir orang akan membaling batu, membakar kereta, dan menyebabkan kecederaan seperti di Tunisia.
Sejarah telah menunjukkan bahawa ini tidak berlaku ketika perhimpunan Bersih pada akhir tahun 2007. Sekitar 40,000 orang telah menyertainya, dan ianya adalah perhimpunan aman, kecuali ketika polis menembak meriam air dan melemparkan gas pemedih mata ke arah demonstran. Tidak ada yang melemparkan batu atau membakar kereta.
Perhimpunan kali ini juga perhimpunan aman yang bertujuan menimbulkan kesedaran rakyat Malaysia akan perlunya reformasi pilihan raya. Jika tidak ada campur tangan, termasuk polis, jika permit diberikan dan polis mengawal daripada insiden yang tidak diingini, seharusnya tidak akan ada kecederaan.
Jadi, ramalan Ibrahim sebenarnya tidak berasas. Selain itu, apabila ia merujuk kepada Tunisia ianya adalah sangat ironis. Protes di sana telah menjatuhkan sebuah rejim yang tidak popular dan represif. Ia menyebabkan hasil yang positif, seperti juga Bersih 2.0 yang dikaitkan dengan hal negatif?
Pada hakikatnya, apa yang akan menyebabkan kekacauan adalah pertembungan yang boleh berlaku jika Perkasa dan lain-lain NGO lain bercadang untuk turut turun ke jalan pada masa yang sama untuk menentang perhimpunan Bersih 2.0. Apa yang ia cadangkan itu sangat bahaya. Tetapi Ibrahim tahu dia akan bebas bercakap seperti itu kerana ia tidak pernah disentuh pada masa lalu. Sudah banyak kali dia bercakap hal-hal yang boleh menyebabkan dia dikenakan dakwaan hasutan, tetapi tidak pernah ia dipanggil untuk memberikan penjelasan. Bulan lepas, ia mengatakan akan melancarkan jihad terhadap umat Kristian Malaysia jika mereka cuba menggugat kedudukan Islam, dan sebelum itu ia mengatakan hal-hal lain yang menghasut kebencian terhadap bukan Melayu.
Mungkin juga kerajaan tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana menganggap dia adalah badut, atau umpama zhǐ lǎohǔ/harimau kertas (pepatah cina yang bermaksud, kelihatan seperti menakutkan tetapi sebenarnya tidak merbahaya). Atau mungkin ia sebenarnya membantu kerajaan dengan menentang perhimpunan Bersih 2.0 kerana parti pemerintah nampaknya tidak menyokong idea-idea untuk sebuah pilihanraya yang bebas dan adil. Tambahan pulan, perhimpunan Bersih 2007 berperanan dalam kehilangan majoriti dua pertiganya. Parti pemerintah pastinya bimbang bahawa perhimpunan tersebut mampu mengaburkan peluang pada pilihanraya umum akan datang.
Apapun alasannya, konteks kenyataan Ibrahim ini, ia memburukkan kerajaan. Spekulasi meluas mengatakan bahawa Perkasa sebenarnya sebahagian dari UMNO, ia adalah organisasi luar UMNO yang tugasnya untuk membela Ketuanan Melayu, supaya UMNO tidak kelihatan rasis. Sekarang apabila Perkasa sudah keluar daripada agenda dan raison d'etre(tujuan asal) menjadi sebuah organisasi yang akan menentang Bersih 2.0, nampaknya ia sudah menjadi konco kerajaan.
Dalam politik, persepsi sering kali mengatasi realiti, sekalipun tidak benar Perkasa bergabung dengan UMNO, tetapi persepsi telah mengesahkannya.
Ibrahim berkata dia akan menghentikan perhimpunan Bersih 2.0 atas nama demokrasi. Ini kerana berdasarkan tanggapannya bahawa "ada rakyat yang tidak bersetuju dengan perhimpunan ini". Yah, baiklah. Mereka yang tidak bersetuju juga mempunyai hak untuk menyatakan secara terbuka. Atas dasar yang sama, Bersih 2.0 juga mempunyai hak untuk berhimpun, jadi apabila anda menghalangnya bermakna anda sebenarnya anti-demokrasi.
Dia juga dilaporkan berkata tidak bimbang dengan bilangan peserta yang akan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang djangkan sehingga 100,000 orang kerana rakyat Malaysia tidak akan menerima tuntutan gerakan ini. Jika dia tidak bimbang, mengapa kecoh-kecoh hendak menentang perhimpunan itu? Dia memberi alasan bahawa Malaysia mempunyai 27 juta orang penduduk, bahkan jika Bersih 2.0 berjaya mengumpulkan 300,000 peserta menyertai perhimpunan itu, masih ada 26 juta lebih rakyat yang tidak bersetuju. Matematiknya ok, tapi alasannya jelas salah dan nampak berputus asa.
Nazri mungkin betul menggelar Ibrahim Ali sebagai badut selepas melihat semua ini. Namun demikian, jika ada gerakan yang berkempen untuk melakukan reformasi, badut seharusnya tidak dibenarkan untuk merosakkan parti. Terutamanya jika badut itu berkemungkinan menyalakan api yang tidak diingini.
Siapa Jantan Syhawat Lembek??? :- http://msomelayu.blogspot.com/2011/06/celoteh-murai-82.html
sumber :- http://pulakdah.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment