Showing posts with label Hal PilihanRaya; SPR. Show all posts
Showing posts with label Hal PilihanRaya; SPR. Show all posts

KEMPEN ‘KELUAR MENGUNDI, LAWAN PENIPUAN’

on May 27, 2012



Bersih akan kembali kepada fokus utama mereka menuntut pilihan raya adil bersih, kali ini dengan merantau ke seluruh pelusuk tanah air bagi kempen mengajak pengundi berdaftar keluar mengundi ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka tidak lama lagi.

Badan pemerhati pilihan raya itu akan memulakan kempen "Keluar Mengundi, Lawan Penipuan" bermula Jun depan dengan memberikan fokus utama di kawasan pedalaman.
"Bersih akan kembali kepada agenda utama kami. Dengan mengadakan "roadshow" bermula Jun depan. Kami akan memberi penjelasan kenapa pengundi perlu keluar mengundi dan melawan penipuan dalam sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika perhimpunan vigil pasca Bersih di hadapan pintu masuk Taman Tasik Perdana.

Jelas Maria, antara aktiviti yang akan diadakan adalah sesi forum dan ceramah daripada panel Bersih.

"Setakat ini kami telah merancang akan mengadakan 7 forum dalam aktiviti tersebut termasuk ceramah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kami bergerak atas nama Bersih, dan tidak melibatkan mana-mana parti, namun sekiranya ada jemputan daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) untuk menjemput kami dalam ceramah mereka, kami amat mengalu-alukannya.

Tambah Maria, "kempen itu akan bermula minggu kedua Jun depan di negeri - negeri seperti Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau - Pinang, dan Melaka, manakala di Johor akan dibuat pada bulan Julai."

"Lokasi lain masih dalam perbincangan, dan lokasi-lokasi kempen ini juga belum diputuskan," katanya lagi.

Himpunan vigil anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu menyaksikan sekitar 10-15 peserta memegang lilin dan membawa plakad tertera perkataan "hentikan keganasan polis," "polis perlu bebas daripada pengaruh politik," dan "kami mahu IPCMC."

Malah, peserta turut melaungkan slogan "polis baik kami suka," dan "polis jahat kami benci," di hadapan perkarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sejurus perhimpunan yang bermula jam 8 malam itu tamat sejam kemudian, pihak polis mula datang dan memerhatikan kumpulan tersebut. Bagaimanapun tiada insiden kekasaran berlaku antara peserta dan polis. (TMI)





Photobucket

Bila Pilihanraya...?

on Nov 1, 2011



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai sudah berada di paras momentum yang tinggi untuk menguruskan pilihan raya umum ke-13 - dengan taklimat bagi 222 pegawai pengurus pilihan raya (RO) — mengambil kira jumlah kerusi Parlimen, dijangka selesai akhir bulan ini.

“Berdasarkan jadual yang telah diaturkan, sesi taklimat ini akan selesai dalam tempoh kira-kira sebulan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

Sebalik sahaja pegawai-pegawai pengurus pilihan raya dan penolong masing-masing diberi taklimat mereka akan mengadakan taklimat kepada peringkat bawahan.

The Malaysian Insider difahamkan Selangor akan mengadakan taklimat peringkat bawahan minggu ini.

Setakat ini, SPR telah mengadakan taklimat kepada pegawai pengurus di Selangor, Kelantan dan Perak. 

Ia bermula pertengahan bulan lalu.

Ketika pilihan raya umum 2008, SPR telah menggunakan 222 pegawai pengurus dan 930 penolong pegawai pengurus.

Selain itu, ia juga menggunakan seramai 135,848 petugas pilihan raya dan 9,580 pembantu kepada pegawai pengurus.

Menurut Wan Ahmad, kira-kira satu pertiga pegawai pengurus pilihan raya merupakan muka baru, yang diambil ekoran kewujudan muka-muka baru di peringkat pihak berkuasa tempatan dan pejabat pegawai daerah.

Berdasarkan pengalaman tiga tahun lalu, kesemua 222 RO dan 930 penolong pegawai pengurus telah dilantik pada November 2007 dan diberikan latihan iaitu lima bulan sebelum pilihan raya yang diadakan pada 8 Mac 2008.

Sesi taklimat kepada mereka ketika itu berlangsung selama dua bulan dengan selesai akhir Januari 2008.

Mereka biasanya terdiri daripada pegawai-pegawai daerah, penolong-penolong pegawai daerah dan pegawai-pegawai kanan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Ketika ditanya sama ada SPR sudah berada di peringkat akhir persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, Wan Ahmad enggan berkata begitu.

Sebaliknya jelas beliau, “kami sudah bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab... melakukan segala persiapan.”

“Banyak persiapan awal sudah dilakukan, sudah selesai... dan banyak lagi akan dilakukan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain, mencetak buku panduan, menyediakan daftar pemilih, soal logistik dan sebagainya,” kata beliau.


Photobucket

SPR sudah mula persiapan awal adakan PRU-13

on Jun 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Sementara pelbagai pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa termasuk sebelum Ramadan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memulakan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sudah memulakan persiapan sejak awal bulan lalu memandangkan Negara sudah memasuki tahun keempat mandat semasa.

RAKYAT MALAYSIA BOSAN MENGUNDI..........???

on Nov 18, 2010

TIADA siapa tahu kenapa masih terdapat 4.2 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi enggan berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); seolah-olah mengundi adalah kerja paksa atau kunta-kinte di arena politik?


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendedahkan bahawa sehingga berakhir suku ketiga tahun ini, hanya kira-kira 100,000 atau 2.3 peratus daripada 4.3 juta rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi.

Angka tersebut kata Wan Ahmad amat rendah dan mengalu-alukan kerjasama pihak agar menggandakan usaha untuk mendaftar lebih ramai pengundi sebagai persediaan pilihanraya umum akan datang.

"Dalam laporan suku ketiga tahun ini, 4.2 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun dan ke atas yang belum berdaftar berbanding 4.3 juta sebelum itu. Walaupun ada yang mendaftar, jumlah itu terlalu sedikit dan tidak seperti yang kita harapkan supaya lebih ramai golongan ini mendaftar untuk menentukan masa depan negara," katanya kepada media baru-baru ini.

SPR sebelum ini, menganggarkan hampir lima juta rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun dan ke atas dijangka tidak dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan keengganan mereka mendaftar sebagai pemilih.

Dianggarkan kira-kira 15.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas layak mengundi, tetapi sehingga 30 Mei lalu hanya 11.24 juta yang mendaftar sebagai pemilih, manakala baki kira-kira 4.3 juta lagi belum berbuat demikian. Daripada 4.3 juta itu, seramai 1.9 juta atau 43 peratus adalah orang Melayu.

Wan Ahmad berkata, sikap tidak peka dan sambil lewa adalah antara faktor kenapa ramai tidak mendaftar sebagai pengundi sehingga mereka gagal menunaikan hak sebagai warga negara dan tidak peka situasi politik tanah air; namun berharap agar mereka tidak menunggu saat akhir untuk mendaftar.

SPR DAH MULA BERKATA KATA.......???

on Oct 30, 2010

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2Oa7KnR3bXyEagJ35WLFRLNGfPLAfTfrDLe0GGMrXylMYDaiIDsyfIYRgvFYfojaIfje-5-HjomjWrCafSGL-fGfYRXPYxs6YUT_bWWCUqOyVXOy4kEkMEqxyaq3PzpEY9FeF6wcw6T8/s1600/sprbn.png


GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.

"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.
"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi."

BN KENA PULAU KE......???

on Oct 25, 2010

BN perlu siasat punca 'majlis Batu Sapi dipulau'




BN perlu mengenal-pasti mengapa sekumpulan penyokongnya memulaukan majlis parti itu ketika calon mereka - Datin Linda Tsen Thau Lin dikemukakan bagi bertanding di kerusi parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November ini.


Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebarang rungutan akar umbi perlu ditangani tetapi pada masa yang sama cuba tidak memperbesarkan tindakan sekumpulan penyokong bumiputera yang meninggalkan majlis berkenaan.



“Kali terakhir, mendiang Edmund (Chong) berada di sana sebagai calon juga, tetapi kita mesti kenal-pasti apa sebab mereka berbuat demikian,” katanya hari ini di sebuah majlis Tabika Kemas di Kg Gas, Batu Sapi.



Pemulauan besar-besaran itu dilakukan ketika pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tsen sebagai calon.



Sebelum kejadian itu, kira-kira 50 penyokong bumiputera melancarkan protes di tempat meletak kereta di sebuah hotel, pengumuman itu dibuat. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang, mereka mendesak, calon bumiputera diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan.



Shafie, yang juga adalah ahli parlimen Semporna dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, mengakui tidak mudah memuaskan hati semua pihak tetyapi pada masa yang sama agak luar biasa bagi mereka memprotes.



“Mungkin ada rungutan di kalangan akar umbi, ia perkara lazim dalam politik. Kita tidak akan dapat (sokongan) 100 peratus tetapi kita mesti selesaikannya.



“... Saya yakin kita ada sokongan. Konsep perkongsian kuasa BN telah diamalkan dengan baik di Sabah, tidak seharusnya ada masalah.”



Beliau juga melahirkan keyakinanya bahawa BN akan mengekalkan kerusi berkenaan.



Semalam, balu Datuk Edmund Chong Ket Wah yang berusia 54 tahun itu dinamakan sebagai calon BN. Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura.



Pilihan raya kecil itu, diadakan berikutan kematian Chong dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.



Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.



Chong memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,708 undi, dengan menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing. Edward memperolehi 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi.



Kerusi parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos - dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus).


http://www.malaysiakini.com/news/146347

Pilihan raya Batu Sapi serentak dengan Galas......Kompom SPR.........???

on Oct 15, 2010



Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
"Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya.
Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.
azlan"Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz.
Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.






-MalaysiaKini-



Kontroversi: SPR Ternyata Semakin Merapu Bila Tetapkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi Di Adakan Serentak Dengan PRK Di DUN Galas !!




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa mereka menjalankan tugas berdasarkan kehendak dan amanat yang telah diberikan oleh pemimpin UMNO BN sebenarnya. Apa tidaknya, sebelum ini mereka beriya-iya menafikan dan mengatakan bahawa Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah tidak mungkin di adakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Kelantan. 


Namun, hari ini Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff (foto) mengumumkan arikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini. Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya


Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalahDaftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu. "Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz. Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabahyang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu. 


Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah apabila menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.


[Tindakan Aziz Yusof SPR ini jelas sekali sengaja mahu menyakitkan hati rakyat. Mereka ternayat terpaksa tunduk dan akur kepada arahan pihak atasan (UMNO) dalam usaha untuk memastikan Batu Sapi tidak jatuh ke tangan pembangkang. Mereka sanggup memecahkan petugas kedua-dua pihak untuk menggempur kedua-dua pilihanraya itu nanti. 


Tindakan ini adalah tidak wajar dan amat keterlaluan. Tambahan pula, mereka sendiri mengaku tidak mungkin pilihanraya kecil itu diadakan serentak sebenarnya. Apa yang pasti, tindakan SPR ini tentu akan membuatkan rakyat lebih benci kepada UMNO BN. Maka itu, kita amatlah berharap agar rakyat membuat keputusan bijak untuk menolak mereka dalam kedua-dua pilihanraya kecil ini nanti. Ia sebagai penanda aras untuk Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13]. PDO

Galas: SPR Jawab Nik Aziz Isu Tarikh Mengundi

on Oct 9, 2010


Memang Kurang Ajar SPR Nie..




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa suruhanjaya itu bersifat pilih kasih dan tidak sensitif apabila menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangn Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penetapan tarikh penamaan calon ataupun pembuangan undi.

Jelas beliau, keupayaan pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam DUN Galas merupakan keutamaan utama yang diberi perhatian oleh SPR.

"Perkara yang paling penting ialah sama ada tarikh yang dipilih itu bersesuaian serta tidak menyusahkan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekesalan Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berhubung pemilihan tarikh mengundi yangbertembung dengan persidangan DUN negeri yang bermula 1 November depan.

Malah Mursyidul Am PAS itu menganggap SPR tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah sengaja memberi kelebihan kepada Umno.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, dakwaan bahawa SPR hanya mengambil kira tarikh yang bersesuaian dengan Umno iaitu selepas Perhimpunan Agung yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktoberini adalah tidak benar.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa SPR juga pernah mengambil kira tarikh berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan pada 2008 iaitu semasa berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

"Ini masalahnya... mereka mudah lupa perkara yang SPR lakukan yang berpihak kepada mereka. Sebaliknya mereka akan tuduh kita macam-macam kalau ia berpihak kepada parti lain.

"Kita pernah ambil kira mengenai Muktamar PAS ketika itu, dan kali ini kebetulan Umno mengadakan perhimpunan agung mereka, jadi ia turut diambil kira oleh SPR," katanya.

Selain itu Wan Ahmad berkata, soal tidak menghormati sidang DUN tidak timbul kerana ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

"Sidang DUN bukan melibatkan semua pemimpin PAS, ada ramai lagi jentera mereka yang boleh menjalankan aktiviti berkempen.

"Malah kebanyakan aktiviti ceramah diadakan pada waktu malam, jadi mereka yang terlibat dengan sidang DUN boleh mengambil tempat untuk berkempen di waktu malam," katanya. -mstar

Ulasan GB

Tidak seperti selazimnya, pengumuman tarikh pilihanraya atau plihanraya kecil biasanya diumumkan oleh Pengerusinya sendiri iaitu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Tetapi kali ini ia diumumkan oleh Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, seorang anak Kelantan.

Mengenai tarikh mengundi bagi PRK Galas yang jatuh pada 4 November memamng ketara terlalu berpihak kepada UMNO BN. Terlebih lagi ianya dilakukan sewaktu DUN Kelantan sedang bersidang.

Jawapan Datuk Wan Ahmad mudah, ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

Persoalan kini DUN Kelantan tidak dihormati sebagai sebuah insitusi penting di dalam sebuah kerajaan negeri, dalam konteks ini kerajaan Kelantan.

Wan Ahmad dilihat cuba memusingkan fakta dan mengelirukan rakyat.

Sebarang persidangan DUN dirasmikan oleh Sultan sesebuah negeri, dansebarang ganggu-gugat perjalan persidangan itu sebenarnya tidak menghormati malah mencemari Sultan di negeri berkenaan.

Ia bukan persoalan ramai atau tidak keterlibatan pemimpin yang ada di dalam pilihanraya yang diadakan, tetapi menyangkut persoalan SPR tidak menghormati sebuah institusi yang paling penting di dalam sesebuah negeri selepas institusi raja.

Hairan, seorang penjawat awam boleh bertindak sedemikian rupa semata-mata untuk melaksanakan agendanya bagi memberikan kelebihan kepada UMNO BN supaya menang di dalam PRK berkenaan.

Mungkin sebagai persediaannya untuk cepat menggantikan tempat pengerusi SPR yang akan bersara.

Tetapi, kita yakin, perencanaannya itu akan digagalkan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List