Showing posts with label Hal SPRM. Show all posts
Showing posts with label Hal SPRM. Show all posts

Terbeli Mahal Yaa Bukan Rasuah Tau....

on Jun 26, 2012



Jika perkara seperti di atas pun tidak dianggap rasuah oleh SPRM, maka SPRM itu sendiri yang perlu disiasat.

Akan tiba masanya, SPRM bakal ditimpa bala dan musibah besar tak lama lagi kerana menipu rakyat. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Bukan sekadar satu barang yang harganya dibeli dengan harga mahal, malah hampir kesemuanya. Mahalnya pula bukan sekadar sekali ganda malah berkali-kali ganda.

Ada agenda SPRM menutup salahlaku kerajaan UMNO BN. Tetapi, Tuhan tidak akan membiarkan hal ini berlalu dan tertutup tanpa hukuman. Itu keyakinan orang beriman, itu keyakinan orang yang benar dan adil.

Kita sama-sama tunggu detik itu.


Photobucket

Kalau Aku Lemas Kau Mampus Sama.

on Dec 17, 2011


SPRM berdiam terhadap status siasat Taib Mahmud


Pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas berhubung status siasatan terhadap dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ironinya, pegawai itu - ketua bahagian siasatan MACC Azmi Mohd - melakukannya dalam forum anjuran badan pemerhati rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) untuk membincangkan amalan rasuah dalam pengurusan hutan dan pembangunan mapan semalam.

Ditanya Malaysiakiniberhubung status siasatan SPRM terhadap Taib semasa sesi soal jawab, Azmi tampil berkata beliau sudah memaklumkan kepada peganjur bahawa beliau tidak akan menerima soalan yang "terlalu terperinci".

Azmi menambah, beliau bukan orang yang tepat untuk dibangkitkan soalan itu. Beliau bagaimanapun mengangguk apabila ditanya sama ada Taib masih disiasat.

Pada Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed  mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib membabitkan kes konsesi pembalakan di Sarawak.




Sumber Dan Komen Dari :-  MOTHER OF 3 MOHD

Suara luar sudah berbunyi menggesa kita ambil tindakan terladap 'lanun darat' Sarawak. Malangnya, SPRM hingga ke hari ini tak habis-habis siasat lagi.

Kata... SPRM professional, tapi tak pro pun. NATO jer... No action but taaalk only. Common la... malu ler sikit dengan negara luar. Just because dia 'lanun' yang dilantik secara 
sah melalui perlembagaan, maka susah sangat ke nak menyiasat kerja-kerja lanun dia.

Atau, mungkinkah SPRM tak berani nak 'usik' si 'lanun darat' Sarawak ni kerana ada pihak di Putrajaya yang takut 'rahsia' besar mereka terbongkar dan rakyat semua tahu. Sebab tu, si 'lanun darat' besar kepala dan bikin nehen jer.

Hahahaha... I help you, You help me. Itu janji kita.

Kalau aku tenggelam.... kau akan tenggelam sama. Kalau aku lemas.... kau mampus sama. Kalau aku jatuh... kau tersungkur!!

Itulah persepsi umum, mengapa SPRM dililat begitu 'takut-takut' dan 'malu-malu' untuk menyiasat kes rompakan hasil mahsul rakyat Sarawak oleh si 'lanun darat' ini.

Kita tunggu dan lihat sampai bila SPRM akan tunggu untuk selesaikan kes ini??





Photobucket

Apa Hal SPRM 'kunjungi' pejabat Ho Hup...?

on Sep 9, 2011

NONE


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi ibupejabat Ho Hup Construction Company Bhd, syarikat yang didakwa melakukan kerja pengubahsuaian rumah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Laman blog politik popular -Malaysia Today - yang menyiarkan 
perkara itu lewat petang semalam, berkata ia adalah satu "serbuan".

Ketika dihubungi, seorang pegawai Ho Hup, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata ia adalah satu kunjungan singkat.

"Ia bukan satu serbuan seperti digembar-gemburkan dan mereka berada di sini untuk menyoal bos saya. Bagaimanapun, kerana dia tidak ada, mereka menunggu selama 10 minit, sehingga dia tiba.

"Setelah satu perbincangan pendek, mereka pergi," kata pegawai itu, sambil menambah SPRM berada tidak sampai 30 minit di pejabat tersebut.

Ditanya sama ada SPRM ada mengambil apa-apa dokumen seperti yang didakwa, pegawai itu berkata tidak, sambil menambah dia tidak tahu tujuan kehadiran mereka.

Panggilan telefon dan mesej yang dihantar kepada Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali dan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Abu Kasim Mohamed untuk mendapatkan penjelasan, tidak dijawa



Photobucket

MENGAKU JUGA AKHIR NYA

on Jul 24, 2011

3 pegawai SPRM dilucutkan daripada sebarang tugas operasi siasatan

on


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah dikeluarkan pada hari Khamis, 21 Julai 2011.

Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan "Video Interview Room" (VIR), semua pelanggan dilayan diaras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya.  Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.

Merujuk kepada kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meminta pihak polis menjalankan siasatan mengenai salahlaku tiga orang pegawai yang disebutkan dalam Laporan Suruhanjaya tersebut.  SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.

SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.

SPRM juga mengambil tindakan susulan proaktif serta merta berhubung cadangan tindakan ke atas ketiga-tiga pegawai SPRM tersebut dengan:

1. Menubuhkan satu Pasukan Khas Siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut.  Pasukan ini diketuai oleh Zakaria bin Haji Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Professionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif; dan

2. Hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.  Mereka-mereka ini adalah Mohd Noor Abdullah, Muhammad bin Mohd Noor, Wan Abdul Wahab bin Abdullah dan V.Ravindran.

Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.






RCI sekongkol dengan SPRM, dakwa adik Teoh......

on Apr 28, 2011


Prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian pembantu politik yang ditangguhkan secara tiba-tiba mungkin 'plot' bagi memastikan kenyataan saksi adalah 'konsisten'.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata beliau mengesyaki keputusan suruhanjaya itu untuk menangguhkan prosiding kepada minggu depan adalah percubaan adalah menutup kepincangan saksi Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONESemalam, penolong penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin mengakui bahawa ada arahan supaya tidak menceritakan peranan ketuanya, Hishamuddin Hashim, dalam siasatan berhubung salah guna dana kerajaan negeri.

Menurut Azeem arahan yang diberikan mereka adalah “supaya semua kenyataan kepada polis dan juga semasa memberi pengakuan (semasa inkues dan juga RCI) mesti selaras.”

“Saya lihat tidak ada sesiapa pun dalam SPRM yang bercakap benar, (ini) amat jelas. Jika tidak ada sesiapa melakukan pembunuhan, tidak perlu tutup. Ini amat jelas semasa inkues juga,” kata Lee Lan kepada wartawan selepas prosiding ditangguhkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Malah wartawan yang meliputi prosiding RCI sejak ia bermula pada 14 Februari lalu juga tidak dimaklumkan mengenai perubahaan jadualnya sehingga pagi ini.

[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen hari ini menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei setelah semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.

Beliau berkata pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil ADUN Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.

NONEBercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.

Namun, katanya sekiranya saksi belum selesai memberi keterangan, suruhanjaya akan dilanjutkan seperti yang telah ditetapkan iaitu pada 25 Jun depan.

Seramai 18 saksi yang terdiri daripada 15 pegawai SPRM dan tiga pegawai syarikat telekomunikasi telah dipanggil memberi keterangan bermula Isnin lalu (25 April).

Sementara itu, adik perempuan Teoh iaitu Lee Lan (bawah, kanan), memberitahu pemberita beliau tidak berpuas hati dengan pihak suruhanjaya kerana tidak menyatakan mengapa bapanya, Teoh Leong Hwee perlu hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding suruhanjaya pada 4 Mei ini.

NONEBeliau hadir bagi yang hadir pada prosiding ini kerana menemani rakan mendiang abangnya, Mandy Ooi

"Kenapa bapa saya perlu memberi keterangan dalam suruhanjaya sedangkan beliau telah ditemu bual oleh pakar psikiatri secara tertutup di sebuah bilik di kompleks mahkamah di Kuala Lumpur, pada 15 April lalu.

"Bapa saya juga terpaksa datang jauh dari Melaka ke Kuala Lumpur dan saksi-saksi seperti kami bukannya 24 jam perlu bersedia untuk datang ke suruhanjaya kerana kami perlu mengambil cuti," katanya kepada pemberita dalam bahasa Mandarin ketika ditemui di luar bilik suruhanjaya.

Mandy, yang merupakan bekas rakan sekerja Teoh di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, sepatutnya memberi keterangan di suruhanjaya hari ini tetapi diminta untuk memberi keterangan pada minggu hadapan.

azlanSelain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

















Tindakan Undang-undang Ke Atas Polis Wajar Jika...

on Apr 15, 2011

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Menurut sumber, polis memberitahu kepada keluarga Ahmad Sarbaini bahawa hasil siasatan sudah hampir siap.

“Polis beritahu kepada keluarga siasatan sudah 70 peratus tetapi tidak beritahu apa perkembangan terbaru, sebaliknya saya difahamkan polis juga setiap hari datang ke rumah Ahmad Sarbaini,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun katanya, pihak polis tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai punca kematian.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini kini sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM atas sebab kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya penolong pengarah kastam membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini minggu lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

“Keluarga Ahmad Sarbaini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM sekiranya hasil siasatan polis tidak memihak kepada mereka.

“Mereka mahu ambil tindakan undang-undang ini kerana mahu menuntut keadilan bagi Ahmad Sarbaini serta membersihkan namanya yang didakwa telah membunuh diri,” kata sumber itu.

Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tertekan apabila ada pihak termasuk media mengatakan dia membunuh diri dan menerima rasuah.

“Itu tidak benar, Ahmad Sarbaini tidak mungkin lalukan perkara itu. Kini keluarga berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima anak.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam. yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Sementara itu, peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Ghazali Mohd Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya tidak akan memberikan sebarang komen dalam perkara itu sebaliknya akan menunggu keputusan hasil siasatan polis.

“Saya tidak akan cakap apa-apa, kita biar polis jalankan siasatan dulu.

“Nanti kalau saya cakap apa-apa bimbang ia akan menggangu siasatan polis,” katanya.

Laporan media semalam menyebut polis telah mengambil keterangan daripada 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini.

Malah Ghazali juga berkata, pihaknya telah telah menyerahkan bukti baru, yang tidak dinamakan, kepada polis - yang dipercayai boleh menentukan sama ada Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana membunuh diri ataupun sebaliknya. -TMI

Ulasan GB

Demi kebenaran dan keadilan memang wajar untuk keluarga mangsa mengambil tindakan ke atas polis.

Pertama, belum pun selesai siasatan sudah dihebahkan "kononnya" Ahamad Sarbani terjun dan membunuh diri. Ia lambang tidak profesyenalnya polis.

Kedua, seperti ada sesuatu "cover-up", sama seperti kes Teoh Beng Hock. Rakyat yakin di dalam kes Teoh Beng Hock, polis dan SPRM tahu siapa pembunhnya tetapi sengaja tidak mendedahkannya tetapi melakukan cover-up sehinggakan terdedah banyak hal di dalam siasatan Suruhanjaya Diraja seperti wujudnya skrip kepada pihak yang dipanggil untuk disoalsiasat oleh Suruhanjara Siasatan.

Selain dari tindakan undang-undang ke atas polis, adalah wWajar bagi setiap rakyat memohon kepada Allah agar dikembalikan keadilan dan kebenaran dan setiap yang bersalah termasuk mana-mana pihak yang menyembunyikan kebenaran dan kebenaran diberikan balasan yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Kebenaran dan keadilan perlu diletakkan ke tempatnya yang wajar. Tiada siapa boleh memperrmainkannya.



http://greenboc.blogspot.com



Taib Mahmud tidak boleh disentuh......???

on Apr 14, 2011





Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikecam teruk apabila dua pegawai tertingginya terkial-kial semasa sidang akhbar mengenai kegagalannya bertindak terhadap Ketua Menteri Sarawak yang terkenal, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini kerana kerap mendapat liputan di internet mengenai kekayaan tidak terperi dan rampasan tanah besar-besaran, di mana banyak laporan telah dikemukakan kepada SPRM.
Di dalam sidang akhbar untuk mengemukakan laporan tahunan jawatankuasa aduan SPRM pada 31 Mac, kedua-dua ketua pesuruhjaya, Abu Kassim Mohamad dan pengerusi jawatankuasa Mohd Nor Abdullah telah bersemuka dengan wartawan mengenai sikap SPRM yang membisu seribu bahasa terhadap tuduhan yang sekian lama ke atas Ketua Menteri itu.
Manakala jawapan Abu Kassim bersifat mengelak, reaksi Mohd Nor pula sama sekali menjengkelkan. Pasangan ini telah menyampaikan mesej yang amat jelas: Ketua Menteri (KM) Taib Mahmud tidak boleh disentuh, jangan sesiapa berani mendesak kami lebih jauh!
Untuk pelbagai pertanyaan wartawan seperti apakah aduan orang ramai telah diterima, sama ada fail sudah dibuka, berapa banyak kes yang diterima, adakah sebarang tuduhan akan dikenakan, Abu Kassim hanya memberikan jawapan yang tidak relevan seperti:
“Kami harus menyiasat segala rasuah, kami tidak boleh menolak sebarang penyiasatan, berdiam diri bukan bererti tidak bertindak, dan lain-lain”.
Bilamana pertanyaan terus menerus diajukan, beliau akhirnya mengulangi seperti burung kakak tua bagi semua pertanyaan selanjutnya: “Apabila ada sebarang aduan, ia akan menyiasat”.
Mohd Nor mencelah untuk memberi amaran kepada para wartawan untuk berundur. Jelas sekali bermegah dengan pentauliahannya sebagai bekas hakim Mahkamah Rayuan, dia meminta wartawan agar tidak melanggar Akta Percetakan dan Penerbitan (PPPA), yang menetapkan bahawa berita hanya boleh diterbitkan jika ada alasan munasabah untuk dipercayai yang ianya benar.
Dia berkata: “Jika anda bertanya kepada saya sekiranya ada sebarang penyiasatan ke atas Ketua Menteri tersebut, anda mungkin telah melanggar akta tersebut, kerana anda sudah mempunyai pra-konsepsi terhadap rasuah KM tersebut.
Anda tidak boleh menanyakan hal itu. Anda tidak boleh memancing untuk sebarang bukti. Sudahkah anda menjalankan penyiasatan anda? Dapatkan kebenarannya dahulu, baru bertanya.”
Manakala perasaan takut Abu Kassim untuk menyentuh sesuatu yang berkaitan dengan Ketua Menteri itu hanya mengesahkan apa yang diketahui umum – yang SPRM benar-benar tidak berupaya untuk menangani sebarang kes rasuah yang berkaitan dengan orang berpengaruh dari Barisan Nasional, ugutan Mohd Nor yang mengancam dan bodoh terhadap media itulah yang telah menjengkelkan orang awam yang sebelum ini berpuas hati.
Mohd Nor bercakap seolah-olah kita semua jahil mengenai bukti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menggunung oleh Taib Mahmud yang telah dibongkar dan disebarkan di internet. Bukti-bukti terhadapnya begitu meninggi dan terperinci sehinggakan mereka menjadikannya sebuah buku setebal dua inci yang telah diserahkan secara rasmi kepada SPRM. Dan laporan-laporan yang dikemukakan hampir satu tahun yang lalu hanya didiamkan oleh SPRM.
Antara laman web yang banyak mendedahkan kekayaan melampau Taib Mahmud
Laporan terhadap Taib kebanyakannya berasaskan laman sesawang Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) yang memperincikan kekayaan keluarga Taib yang berjumlah jutaan bilion ringgit dalam bentuk hartanah di luar negara, syarikat-syarikat di Malaysia dan bidang tanah yang luas di Sarawak.
Laman sesawang Sarawak Report memberikan butiran mengkagumkan mengenai aset keluarga Taib, lengkap dengan bukti pemilikan yang diambil dari pendaftaran syarikat dan pendaftaran tanah. Mungkin butiran terperinci yang timbul sebagai bukti yang tak dapat dipertikaikan inilah yang telah menggentarkan SPRM, menyebabkan kedua-dua pegawai tertingginya untuk memalukan diri mereka di khalayak ramai.
Sebagai contoh dari sumber maklumat yang terdapat di Sarawak Report, laman sesawang itu baru-baru ini telah memuat naik keseluruhan pangkalan data Jabatan Tanah dan Survei Sarawak yang menunjukkan lebih dari seribu bidang tanah yang diperoleh dalam beberapa tahun lalu oleh negeri tersebut, kebanyakannya diberikan kepada keluarga terdekat dan konco-konco Taib dengan premium yang amat murah.
Kebanyakan dari bidang tanah ini, yang berjumlah lebih daripada 1.5 juta hektar, adalah sebenarnya Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), yang telah dirampas secara diam-diam dari penduduk pribumi, di mana aduan mengenainya mengakibatkan lebih dari 200 litigasi tanah. Beberapa kes yang telah didengar oleh mahkamah telah berakhir dengan berpihak kepada pemilik tanah pribumi, yang menunjukkan kesalahan undang-undang dalam perampasan tanah oleh Taib.
Sebagai bukti bahawa keluarga Taib merupakan penerima manfaat utama dari perampasan tanah haram ini, nama-nama 50 syarikat yang dipaparkan di Pendaftaran Tanah sebagai penerima asal bagi tanah dari negeri tersebut telah disenaraikan, dan masing-masing dikenal pasti sebagai ahli keluarga Taib.
Satu lagi berita buruk bagi ketua menteri yang dirundung masalah ini adalah pendedahan terkini mengenai senarai hitam 49 syarikat yang tersebar ke seluruh dunia, masing-masing dikaitkan dengan keluarga Taib.
Senarai ini, yang diumumkan oleh Bruno Manser Fund, NGO dari Switzerland yang berdedikasi terhadap perjuangan masyarakat pribumi Sarawak yang ditindas, menunjukkan 13 daripada syarikat tersebut bertempat di Malaysia, 10 di Australia, 9 di Kanada, 7 di Hong Kong, selebihnya di UK dan bahagian lain di dunia.
Apa yang menarik mengenai keseluruhan episod rasuah Taib ini adalah bahawa Taib sendiri tidak pernah benar-benar menyangkal kewujudan aset keluarganya yang luas.
Dalam sebuah wawancara semasa kempen siber dilancarkan olehnya baru-baru ini untuk menangkis pelbagai tuduhan, beliau mengaitkan kekayaan keluarganya dengan kebijaksanaan anak perempuannya, Jamilah, seorang pengusaha.
Taib menjelaskan bahawa ketika beliau meninggalkan kerajaan Persekutuan tiga dekad lalu, beliau telah memberikan sejumlah wang kepada Jamilah dari manfaat yang diperolehnya untuk memulakan perniagaan di Kanada.Berkat kepintarannya dalam perniagaan, perniagaannya telah berkembang menjadi sebuah empayar antarabangsa.
Sementara kita masih cuba berimaginasi mengenai bentuk kredibiliti yang boleh diberikan kepada cerita permulaan kekayaan Taib tersebut, jawapannya timbul sewaktu wawancara lain bersama Taib.
Untuk memperkuatkan kesahihan ceritanya, Taib menghuraikan lebih lanjut bahawa beliau tidak mempunyai pilihan selain melakukan perniagaan di luar negara 30 tahun yang lalu di mana anak-anaknya yang berpelajaran tinggi sedang menjalankan perniagaan.
Beliau berkata, “Saya tidak mahu konflik kepentingan menghantui saya sepanjang masa. Jika saya menjalankan perniagaan di dalam negara, orang akan berkata saya menggunakan pengaruh saya untuk memperkaya diri sendiri, jadi kami melakukannya di luar negara”.
Sememangnya itu satu pembohongan yang amat dahsyat! Siapa di Sarawak yang tidak tahu bahawa konglomerat CMS terbesar di negeri itu adalah kemegahan empayar perniagaan keluarga Taib yang mendapatkan kontrak terbaik dari negeri tersebut, yang menjelikkan komuniti perniagaan tempatan? Dengan pembohongan terang-terangan itu, kredibiliti apa yang boleh kita berikan kepada cerita kekayaan Taib yang kononnya dari titik peluhnya sendiri?
Berhadapan dengan bukti menggerunkan mengenai rasuah besar-besaran, pengerusi jawatankuasa aduan SPRM berani membuat ugutan undang-undang terhadap penanya yang ingin tahu, seolah-olah Taib Mahmud merupakan mangsa tuduhan yang meragukan!
Cerita Taib Mahmud hanyalah salah satu daripada banyak lagi skandal rasuah mega Barisan Nasional yang didiamkan oleh agensi penguat kuasa undang-undang, tidak kira SPRM, polis, peguam negara mahupun badan kehakiman.
Dan sandiwara terbaru oleh SPRM yang diperjelaskan di sini hanya mengesahkan bahawa tiada apa yang berubah walaupun menerusi reformasi yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui pelbagai slogannya.

* Diterjemah dan disunting dari rencana Kim Quek. Beliau adalah seorang penulis dan penganalisis politik.



KENAPA POLIS SIASAT SPRM.....???

on




MUNGKIN mustahil bagi saya untuk menjadi terkenal seperti W. Mark Felt, tokoh utama yang membongkar ‘Skandal Watergate’ dengan nama samaran ‘Deep Throat’ kerana beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 2008; namun kanak-kanak Tadika pun boleh berfikir bahawa polis melakukan kesilapan besar dengan menjalankan siasatan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD).

Seperti dalam ‘Skandal Watergate’ tiada siapa menyedari lima orang ‘Gurkha Presiden Richard Nixon’ yang menceroboh masuk ke Markas Parti Demokrat di Watergate Washington DC pada 17 Jun 1972, melainkan Felt yang telah membocorkan rahsia berkenaan kepada dua orang wartawan Washington Post iaitu Bob Woodward dan Carl Bernstein.
Saya tidak perlu untuk menjadi ‘Deep Throat’ kerana saya menggunakan nama saya sendiri dalam semua tulisan saya, termasuk yang mengancam nyawa saya kerana saya yakin kepada ketentuan takdir Illahi dan maut adalah permainan seorang wartawan.
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Ketua Polis Negara harus mencipta ruang kosong di atas kanvas siasatan bagi dua kes terbesar ini dengan melihat cermin jenayah kerana lazimnya penjenayah sebenar bersembunyi di sebalik bayang atau menggunakan ‘Stunt-In’ dalam setiap aktiviti mereka.
Minda bawah sedar saya berfikir, kenapa polis mensasarkan siasatan kepada Pegawai SPRM yang tidak berdosa dan telah benar-benar berbakti untuk membersihkan Negara daripada gejala rasuah, sekalipun ramai di antara mereka menyembunyi tangan kotor kerana turut mengamalkan rasuah.
Tetapi dalam kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed, adalah mustahil bagi Pegawai SPRM menjadi ‘Malaikat Izrail’ untuk mencabut nyawa dua manusia penting ini yang memegang rahsia ‘Don’ atau ‘Mafia’ yang berkolar putih; salah seorang daripadanya menteri dan Ketua Pengarah yang kaya daripada operasi pasir dan penyeludupan.
Kedua ‘Wira Negara’ ini mati ketika mereka ingin mendedahkan siapakah dalang sebenar di sebalik petualangan ini, namun sebelum mereka menjadi ‘Harimau’ untuk satu hari yang amat bersejarah dalam hidup mereka, mereka telah dijadikan ‘Kambing Hitam’ yang dikorbankan untuk kepentingan pihak tertentu bagi memutuskan rantaian alibi dan memalitkan nista terhadap pegawai SPRM yang bekerja 24 jam untuk menyelesaikan sesuatu kes, terutama kes yang berprofail tinggi.
Mustahil bagi seorang yang ingin berkahwin esok atau seorang pegawai yang sudah insaf dan ingin menghabiskan sisa hidupnya dengan membina masjid dan membuat kebajikan; membuat keputusan untuk mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri?
Polis harus membuka ‘kotak fikir’ yang terkunci di sebalik pintomin yang dilakonkan penjenayah sebenar yang berselindung di sebalik jawatan, aras politik dan pengaruh wang untuk memesongkan motif kematian daripada jenayah kepada membunuh diri.
SPRM telah memacu seluruh tenaga dan kepakaran mereka untuk membongkar kes kuari pasir dan batu haram tanpa mempedulikan keselamatan diri mereka yang sentiasa dibayangi tonto dan ‘Menteri’ yang berpengaruh; namun tiba-tiba dituduh menyebabkan kematian atau ‘membunuh’ saksi yang ingin memberikan keterangan beralibi.
Saya langsung tidak berniat untuk mengajar atau mengganggu siasatan polis, namun berdasarkan fakta yang dihujahkan polis dan SPRM secara terbuka dan ditokok tambah oleh pembangkang; apatah lagi kematian Ahmad Sarbini berlaku ketika Sarawak di ambang pilihanraya, maka Ketua Polis Negara sewajarnya mengkaji semula modus operandi dan skop siasatan agar ‘Hollow-Man’ tidak terlepas.
Polis sewajarnya memburu penjenayah sebenar iaitu ‘Lanun Pasir’ dan ‘Puaka Penyeludup’ yang selama ini memboroikan perut Pegawai Kastam dan Menteri; bukannya pegawai SPRM yang bekerja secara jujur tanpa mengira masa untuk menyelesaikan sesuatu siasatan sekalipun tindakan yang bakal mereka ambil bergantung kepada budibicara Peguam Negara.
Jika ‘Mafia Pasir dan Penyeludupan’ ini boleh ketawa berdekah-dekah kerana berjaya memperdaya polis, sewajarnya penggubal undang-undang di Malaysia yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara sewajarnya merasa malu dan meletakkan jawatan kerana kedangkalan mereka menggubal undang-undang sambil lewa menyebabkan penjenayah terlepas tetapi saksi kerajaan menjadi mangsa akibat kelicikan penjenayah menyembunyikan identiti mereka.
Ketua Polis Negara dan Peguam Negara harus berfikir di luar minda bawah sedar mereka untuk menyelesaikan isu yang semakin buntu ini dengan mengalihkan perhatian daripada SPRM kepada ‘PHANTOM KILLER’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dirasa melalui deria keenam.
Seseorang penjenayah atau pembunuh upahan tidak memerlukan masa yang lama untuk menolak saksi daripada tingkap atau atas bangunan dan boleh mengkakukan CCTV selama beberapa saat dengan hanya menggunakan jarum peniti atau pemetik api sehingga imej mereka tidak kelihatan atau hanya berbayang seperti dalam kes pembunuhan Norjan Khan Bahadar dan Norita Samsuddin; sehingga penjenayah lepas bebas tanpa sebarang hukuman.
Penubuhan SSD hanya membazirkan wang rakyat jika penjenayah sebenar semakin menimbun harta dan melebarkan empayar mereka kerana polis terpaksa menggunakan masa 24 jam mereka untuk menepis kutukan; SPRM memulihkan imej mereka dengan menggantung kerja pegawai yang tidak berdosa; serta Peguam Negara kematian akal kerana memerlukan bukti yang melampaui keraguan munasabah sebelum menyediakan kertas pertuduhan.
Tindakan tidak bermoral sesetengah pihak mengutuk SPRM semata-mata kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang dilihat sebagai melakukan ‘Jenayah Moral’ kerana mempersenda Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan prinsip seseorang itu tidak bersalah sebelum dijatuhi hukuman bersalah oleh Mahkamah Undang-Undang.
Akhir sekali, jangan dibunuh pembawa berita seperti saya yang memberitahu rumah anda sedang terbakar; sebaliknya kawallah api sebelum merebak. Padamlah kemarahan sebelum membakar diri kerana mereka yang gagal mengawal kemarahan umpama ‘Phantom Killer’ yang mengintai peluang untuk membunuh mangsa sedangkan perangkap telah tersedia!


Oleh: MUTALIB M.D

Keluarga Ahmad Sarbani Serah Bukti Petunjuk Punca Kematian...

on Apr 13, 2011


Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed telah menyerahkan bukti kepada polis, yang dipercayai akan membantu menentukan bagaimana penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu ditemui mati di premis SPRM, minggu lalu.

Ketika mendedahkan perkara itu di sini hari ini, peguam-peguam keluarga itu enggan berkongsi maklumat apa yang dimaksudkan dengan bukti baru tersebut.

“Kami berharap mereka (polis) akan menyiasat perkara ini,” kata peguam Ghazali Mohd Ramli pada sidang media di sini hari ini.

“Kami tidak boleh mendedahkannya kepada media sebab kami tidak mahu menjejaskan siasatan,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya percaya ia akan menentukan sama ada Ahmad Sarbaini membunuh diri ataupun sebaliknya. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Ahmad Sarbaini perlu pergi ke pejabat SPRM jika mahu membunuh diri.

Menurut Ghazali, hidup Ahmad Sarbaini dan keluarganya adalah serba kecil dan biasa sahaja.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 20 orang termasuk ahli keluarga Ahmad Sarbaini, SPRM dan kakitangan KDRM.

Polis juga telah menganalisis sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari pejabat SPRM di Cheras termasuk telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbaini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari kematian Ahmad Sarbaini berkata, pegawai itu telah datang ke bangunan SPRM kira-kira pukul 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi Rabu lalu, tetapi rakan-rakan rapatnya berkata adalah satu perkara yang mustahil bapa lima anak itu akan membunuh diri.

Seorang lagi peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh Gill berkata,dakwaan dalam laporan media kononnya Allahyarham mempunyai kekayaan luar biasa adalah tidak benar.

Katanya, keluarganya juga meminta media tidak membuat spekulasi bukan-bukan.


Awal petang tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa di sebalik kematian mengejut itu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini mahu individu yang menyebabkan kematiannya didakwa dan dibawa ke muka pengadilan.

Sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, tidak mungkin penolong pengarah KDRM itu akan “membunuh diri” seperti mana yang didakwa pihak tertentu termasuk laporan media.

“Kami juga mahukan siasatan terperinci yang dibuat, kami tidak mahu keputusan yang akhirnya kata bukan bunuh diri atau dibunuh, kami mahukan keputusan tepat,” katanya.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B.

Kematiannya adalah kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Tambah Ismail, tuduhan mengatakan Ahmad Sarbaini “membunuh diri” telah menyebabkan keluarga Allahyarham tertekan dan tidak boleh menerimanya.

Malah menurut Ismail, keluarga mereka juga menafikan dengan keras Ahmad Sarbaini telah “membunuh diri”. - 



TMI 



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List