Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Hanya Gambar Yang Boleh Bercerita.

on Feb 13, 2011

Apa kah mereka-mereka ini pengganas. Besar ke kesalahan mereka. Hanya kerana berdemo begini habuan yang diterima....??? Kalau bukan pengganas kenapa begitu sekali tindakan yang diambil terhadap mereka... Mana pergi sikap perikemanusian dalam diri mereka-mereka yang diberikan kuasa???. Lu fikir le sendiri......???



http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/kena%20tendang.jpg001.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqMDOtDDVNFX1dXrLFdML5EZSyr8cL04To1ncZA0ghyphenhyphenIPZ-KlXdV8rg_Xb6380I_sAFz3E-1cz4vU0CJgk-th7ZHyre-IEi17b9BK1T1Mn6TmxKek-2TUmdwISj_xp5OGj8U6XDD__8inR/s1600/ganas4.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifMliOvRLUv-JbXrM9MkW-6F3ao8hyphenhyphenxYStafKDDb61O01Uw-JLR-DxdHqcqofA9EfSRkTbmH-3dglXsNLUN1peKbwqVYuy2VlussdikUBRbQYa-iKguwxP6wSbajKqwLfA8sVl5xSXOl9W/s1600/fru.bmp

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiM2-9eSUgJT5u5Tp630mnwehn_lCRR9Y9HWfA6giRFx_ARhjIouwYMNK4GP-u0gaWPHxIbLlEf4hLoaG1tuJ01MroIHYQUrZc11hZRD59PJ1DiQ-xj3Xja2mH5ZXzKX4uxxX3R9UJTrNkh/s200/polis.jpg

SIAPA SALAH.....???

on Feb 10, 2011

SAH MAHADHIR TIDAK BERSALAH YANG SALAH INI MUKA BRO TENGOK WAJAHNYA



NONE
Sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan 
perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.

Sebaliknya, Hanif (kanan) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut.

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang.

Dalam perbualan ringkas melalui telefon dengan Malaysiakini, Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

conversations with mahathir tom plateDalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.

Dalam buku terbaru bertajuk 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri itu memberitahu pewawancara dan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis, dan tiada apa yang dapat beliau lakukan untuk menghalangnya.


"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya dalam wawancara dengan penulis buku itu, Tom Plate.

Namun, Hanif berkata adalah tanggungjawab Mahathir sebagai menteri dalam negeri bagi menadatangani arahan penahanan selanjutnya selepas tahanan 60 hari yang diperuntukan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri berakhir.

ops lalang 261005 star front page"Terpulang kepada beliau memutuskan selepas itu,” kata Hanif.

Mahathir adalah menteri dalam negeri daripada 1986 hingga 1999.

Mengikut ISA, polis boleh menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Penahanan boleh dilanjutkan sehingga tempoh dua tahun dan ada juga yang melebihi jangkamasa berkenaan tetapi perlu mendapat arahan daripada menteri dalam negeri.

Meskipun kebanyakan tahanan dalam Ops Lalang dibebaskan sama ada dengan bersyarat ataupun tanpa syarat, 40 daripada mereka dikenakan tahanan lanjut dua tahun, termasuk setiausaha agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang and timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh.

Hanif juga menafikan tangkapan itu bermotifkan politik ataupun pihak polis bertindak kerana tekanan politik.

"Pasukan polis tidak bertindak atas desakan politik,” katanya.

 sumber  :-     http://suwaritimur.blogspot.com

APA NAK JADI NI......???

on Dec 31, 2010

Yang bersalah bebas sebebas nya seperti kes rogol yang terhangat dipasaran masa kini. Yang tak bersalah diciptakan kesalahan agar kelihatan bersalah..... Apa nak jadi negara ku yang tercinta ini......???



"Lebih sanggup mati daripada difitnah"
Chia Buang Hing sanggah tuduhan polis




"Lebih sanggup mati daripada difitnah," Chia Buang Hing tampil untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan daripada polis terhadapnya, malah menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan reputasi dirinya.  Chia menafikan tuduhan bahawa beliau menyimpan dadah dan parang dalam kereta, malah tidak pernah menggelar dirinya sebagai "Datuk".

Dalam satu sidang media semalam, Chia Buang Hing berkata dirinya tidak terjebak dalam kegiatan jenayah atau perniagaan haram, sebaliknya sering melakukan kerja amal.  Justeru itu, beliau amat tersinggung dengan "fitnah" bahawa dirinya menyimpan dadah dan parang dalam kereta.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya hanya seorang peniaga membuat bingkai, tanpa latar belakang politik.  Beliau memilih untuk mendedahkan pengalaman pahitnya ini kepada semua orang - dizalimi polis hanya kerana enggan menyogok rasuah berikutan cukai jalannya yang melewati tarikh luput lebih 20 hari.

"Bukankah polis seharusnya melindungi rakyat, menjaga keamanan masyarakat dan mengurangkan jenayah?  Sebaliknya, (mereka pula) menzalimi saya, fitnah saya..." Chia menyambung, "Sehingga kini, polis masih memfitnah bahawa saya menyimpan dadah, membawa parang dan menyalahgunakan kad VIP dari istana.  Mana dadahnya?  Mana parangnya?  Ini tuduhan yang bukan-bukan!"

Turut hadir dalam sidang media, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, OCPD Petaling Jaya Azizuddin pernah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa Chia Buang Hing ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana dua gram dadah dan sebilah parang dijumpai dalam keretanya.

Bagaimanapun, dua orang anggota polis yang didakwa menyerang Chia telah dibebaskan semalam, dengan alasan bahawa mereka tidak akan melarikan diri kerana mereka adalah polis.

Gelaran "Datuk"

Berhubung gelaran "Datuk", Chia Buang Hing menjelaskan bahawa dirinya memperolehi kad VIP dari Istana Kelantan kerana sering terlibat dalam kerja amal.  Beliau berkata, "Tak pernah saya menggelar diri saya 'Datuk' (dengan kad tersebut).  Tak pernah juga saya sebut apa identiti saya.  Saya tak pernah menggunakan kad ini.  Cuma hari tu... ketika menyemak kad pengenalan saya, mereka (polis) menarik keluar kad (VIP) itu..."

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Hisan Hamzah berkata Chia Buang Hing mendakwa dirinya bergelar "Datuk".  Malah, Hisan Hamzah berkata tindakan akan diambil ke atas Chia seandainya siasatan mendapati itu bukan gelaran "Datuk".

Chia Buang Hing menangis berkali-kali dalam sidang media yang diadakan bersama Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), peguamnya, ibunya dan ibu mertuanya.  Sebelum sidang media dimulakan, Chua memberitahu wartawan bahawa dirinya amat sedih setelah membaca kenyataan polis dalam media.

Chia menangis sejak awal pagi semalam, dan mula menulis sepucuk surat yang diibaratkan dirinya sebagai "surat wasiat".  Beliau yang tidak fasih dalam bahasa Malaysia berkata, "Saya lebih sanggup terkorban.  Saya lebih sanggup untuk mati daripada difitnah.  Saya tidak akan membiarkan mereka berjaya (memfitnah saya).  Kerana ia akan menjejaskan hidup saya, perniagaan saya, dan reputasi kuil saya."

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor.



ACP Arjunaidi Tolong Siasat Kes Ini.......

on Dec 24, 2010

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki kononnya dia dipukul beberapa anggota polis di balai Dataran Sunway pada Sabtu lepas menyebabkan kedua-dua matanya lebam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Chua Buang Hing, 34, yang turut mendakwa dia ditumbuk oleh tiga anggota polis lain sebelum itu.

Chua memberitahu pemberita hari ini bahawa pada 11 malam Sabtu lepas, beberapa anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara telah menahan keretanya kerana tidak mempamerkan cukai jalan.

"Saya telah akui kesilapan saya kerana tidak menampal cukai jalan yang baru dihidupkan dan rela disaman. Saya terkejut seorang anggota polis itu terus menyeluk poket saya yang mengandungi RM7,000 dan meminta wang saya, namun saya tidak mahu memberi dan ini membuat dia marah. Tiga daripada mereka kemudian menumbuk muka dan mata saya serta menggari saya,” katanya. 

-Bernama-

Lelaki ini dipukul 11 anggota polis di Balai Polis Dataran Sunway........???

on


(Gambar mangsa)

Jika benarlah dakwan mangsa, di manakah slogan MESRA, CEPAT, dan BETUL...???





KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan duitnya 'dicuri' anggota polis, seorang ahli perniagaan menjadi mangsa sekumpulan polis yang membelasahnya gara-gara kerana tidak mempamerkan cukai jalan yang tamat tempoh di skrin kereta.
Chia Buang Hing, peniaga bingkai lukisan, yang memandu kereta jenis Proton Waja milik isterinya pada 18 Disember lalu, mendakwa dipukul 11 anggota polis dan menanggung kerugian lebih dari RM13,000.
Mangsa berumur 34 tahun turut mengalami kecederaan fizikal di mata kanannya dipukul ekoran enggan menyerahkan sejumlah wang yang dimilikinya.
Mangsa ketika kejadian itu dalam perjalanan ke kedainya di Kota Damansara ditahan sekumpulan anggota polis dalam sekatan jalan di kawasan tersebut.
Chia yang menyedari cukai jalan telah tamat tempoh kemudian meminta untuk disaman atas kesalahan itu, namun anggota polis yang menyeluk seluarnya menyedari beliau memiliki wang sejumlah.
"Apabila dia nampak kad VIP Kelantan saya, seorang anggota polis berkata, awak ingat Kelantan istana banyak besar,banyak besar. Saya cuba ambil gambar anggota polis dengan telefon bimbit saya dan kemudian dua lagi anggota menumbuk saya secara bertubi-tubi.
"Saya digari dan dibawa masuk ke dalam kereta polis sehingga ke balai polis Dataran Sunway. Di balai itu, saya terus dipukul oleh tujuh anggota sehingga muntah darah dan mengalami kecederaan," katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Taman Tun Datuk Ismail pagi ini.
Mangsa turut ditemani ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan peguam Ricky Tan Seng Cheong.
"Mau tolak lu mati"
Katanya, beliau yakin dapat mengecam 10 daripada 11 anggota polis yang membelasahnya itu.
"Saya turut dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui dan mendengar perbualan polis yang mahu menolak saya. Saya dengar suara polis kata "mau tolak lu mati", masa itu saya sudah muntah darah dan berbuih di mulut.
"Saya dibelasah dari jam 11 malam hingga 3 pagi, 19 Disember itu. Saya yakin dapat mengecam 10 daripada 11 anggota polis itu. Saya juga boleh cam lima orang polis di IPD Petaling Jaya, serta lima lagi yang pukul saya dalam lori polis. Mereka semua memakai uniform ketika kejadian," katanya.
Chia pada 19 Disember dibawa ke mahkamah Petaling Jaya dan direman selama empat hari, namun dilepaskan melalui jaminan mulut pada 22 Disember.
Sementara itu, Lim yang mewakili mangsa berkata kesal dengan tindakan sekumpulan polis terbabit malah keengganan majistret untuk mengambil aduan Chia.
Beliau yang turut menemani mangsa membuat laporan di balai polis Kota Damansara petang semalam, turut menuntut beberapa perkara.
"Kami menuntut beberapa perkara antaranya; tidak mahu pihak ibu pejabat Petaling Jaya mengambil kes ini; mangsa mahu membuat kawad cam; pihak majistret perlu disiasat; kereta mangsa dipulangkan semula serta duit yang dicuri itu," katanya.

Jangan tulis sebarang unsur fitnah......Utusan Bagaimana Pulak......???

on Dec 22, 2010





Polis telah menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lepas, diberkas di ibu negara pada 29 November lepas. 

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu. 

Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja. 

Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel 'pendekar.bentan@gmail.com' namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan. 

"Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik," katanya.

Syed Ismail berkata, lelaki mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya. 

Katanya tiga orang telah ditahan berhubung kes seumpamanya.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Beliau menasihati para pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti 'wireless
router' supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan. 

"Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali
menggunakan capaian internet di rumah," katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

"Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah," katanya. 

- Bernama

Bala akui tandatangan akuan bersumpah palsu

on Nov 6, 2010



Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyelar kerajaan kerana menutup kes berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.

NONEDalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD) yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan salah.

"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda. 

"Ini bukan kesalahan remeh."

Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka.

Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak kerajaan membuka kembali kesnya.



Malaysiakini

Polis Tahan Saksi Kes Gunasegaran Guna Kekerasan......???

on Oct 27, 2010



Tindakan polis menggunakan kekerasan dan melemparkan kata-kata kesat semasa menahan saksi utama inkues R Gunasegaran yang mati dalam tahanan polis menimbulkan keraguan.

Dalam satu sidang media di KL-Selangor Chinese Assembly Hall petang tadi  bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram), peguam Gunasegaran, M Visvanathan memberitahu media, Selvach Santhiran Krishnan ditangkap di rumahnya lewat malam semalam dengan menggunakan kekerasan dan kata-kata kesat terhadap isteri Selvach.

S Saraswathy, isteri Selvach menjelaskan lima anggota berpakaian biasa mula menengking menggunakan kata-kata kesat menyuruh Selvach keluar, dan mula memukul Selvach di hadapan keluarganya.

Katanya lagi, beliau berada di rumah jiran pada masa itu dan apabila beliau bertanyakan sebab Selvach ditangkap, anggota polis berkenaan menengkingnya menggunakan kata-kata kesat.

Visvanathan menambah, Selvach sempat menelefon isterinya pagi tadi menyatakan beliau ditahan dan dibawa ke mahkamah pagi tadi, dan akan ditahan selama dua tahun.

Jelasnya, pada masa ini tidak diketahui mengapa Selvach ditahan tetapi melihat kepada perjalanan kes, polis mungkin  menggunakan alasan Akta Dadah Berbahaya untuk menahan Selvach tanpa perbicaraan.

"Selvach merupakan seorang saksi penting di mana beliau memberikan kenyataan 'statutori'  bahawa anggota polis menyerang Gunasegaran serta mengecam anggota tersebut.

"Tindakan polis amat jelas, bahawa mereka sedang berusaha untuk menyembunyikan sesuatu," tegas Visvanathan.

Dalam pada itu, kakak kepada R Gunasegaran, R Ganga Gowri memberitahu media bahawa beliau masih dalam keadaan terkejut kerana tidak dapat menerima keputusan inkues kematian adiknya dalam tahanan 16 Julai polis tahun lalu.

Beliau merasakan usahanya selama satu setengah tahun mencari bukti, saksi dan bantuan akhirnya sia-sia  sahaja.

Beliau berkata, beliau terpaksa berulang-alik ke kedai di mana adiknya bekerja semata-mata untuk mencari saksi yang dapat menceritakan kejadian sebenar pada malam Gunasegaran ditangkap.

Menurutnya lagi, inkues pada awalnya berjalan dengan baik tetapi tiba-tiba keadaan berubah pada saat akhir, dan beliau sendiri tidak faham bagaimana perjalanan inkues boleh berubah sebegitu.

"Tiga saksi memberitahu serangan dibuat tetapi tiada tindakan diambil, dan mengapa inkues berakhir tanpa menghukum mereka yang bertannggungjawab? Adakah ini sahaja nilai nyawa seorang?" soal Ganga yang mula menangis.

Visvanathan berkata, beliau amat tidak berpuashati dan terganggu dengan keputusan inkues tersebut kerana walaupun setelah mendengar keterangan tiga saksi beserta  bukti lain yang kukuh, inkues mengambil keputusan memberikan 'open verdict'(tidak dapat menjelaskan punca kematian) itu jelas tidak mengendahkan kesemua kenyataan saksi dan bukti yang ditunjukkan.

Beliau mempersoalkan ketiadaan laporan polis terhadap kematian Gunasegaran sehingga ke hari ini.

"Sehingga hari ini tiada laporan polis dibuat di atas kematian Gunasegaran. Jika ditanyakan orang kampung pun tahu, perkara pertama yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian ialah melaporkan kepada polis," tegas beliau.

Beliau juga berkata ekoran keputusan inkues tersebut, Ganga membuat laporan polis terhadap beberapa isu yang berkait dengan kematian Gunasegaran dan keputusan inkues.

Pertama ialah mempersoalkan tindakan polis yang sehingga kini gagal membuat laporan atas kematian Gunasegaran, dan ini dilihat sebagai satu penafian dan  ketidak pedulian polis dalam hal ini.

Kedua  polis  gagal mengambil tindakan terhadap Lans Korporal Mohd Faizal Mat Taib yang  dicam oleh ketiga-tiga saksi inkues sebagai anggota polis yang menyerang dan memukul Gunasegaran berulang kali hingga pengsan.

"Apabila saya tanya kepada pendakwaraya samada tindakan ada diambil terhadap Faizal, beliau menjawab sambil lewa mengatakan tiada, jika kamu membuat laporan kita akan pertimbangkan," kata Visvanathan.

Kata beliau lagi, ketiga ialah laporan ke atas anggota polis lain yang berada di balai semasa Faizal memukul Gunasegaran kerana gagal menghalang Faizal daripada bertindak ganas, dan keempat ialah kegagalan polis memberikan rawatan perubatan apabila Gunasegaran pengsan.

Seterusnya ialah terhadap Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang gagal menyimpan mayat Gunasegaran dalam keadaan baik kerana semasa mayat diambil dari HKL untuk bedah siasat kali kedua, mayat telah reput sebegitu rupa hinggakan muka Gunasegaran tidak dapat dicam lagi.

"Saya tidak dapat memberitahu tahap pereputan yang berlaku ke atas mayat Gunasegaran kerana keadaan mayat amat buruk," terangnya.

Dr Prashad dari Pusat Perubatan Universiti Malaya yang menjalankan bedah siasat kedua memberitahu sekiranya mayat dalam keadaan baik, sudah pasti beliau dapat memberikan laporan yang lebih tepat, tambahnya.


IGP: Everything under control in Desa Mentari.....???

on Oct 24, 2010


PETALING JAYA: Police are maintaining a heavy presence in the areas near Desa Mentari following clashes between Malay and Indian groups in the area in the past week.
Commenting on the increased of patrols and roadblocks, including the light strike force personnel, Inspector-General of Police Ismail Omar said that the clashes were "sporadic" incidents.

"What happened was sporadic. When there's a situation, we respond to control it...there is nothing extraordinary here." he said. " Everything is under control."

Checks by FMT yesterday showed that Desa Mentari and the areas nearby, namely Taman Medan, Taman Sri Manja, and Jalan Klang Lama, were calm.

Residents in the area admitted that dangerous rumours were being spread following a violent fight last week, but they were quick to dismiss them as baseless.

In the early Sunday morning melee last week, it was reported that a gang of some 20 men wielding parangs and wooden sticks had fought with a smaller group of about four men.

Recounting the incident, lorry attendant S Nagesrau, 30, said he was not in any group but had came home at about 1.45am at the Desa Mentari flat when 20 to 30 men came upon him.

"They attacked me at the motorcycle parking lot without any reason. Some were holding sabits and I think some were also Indonesians," said Negesrau, who was slashed more than seven times all over his body. He required some 50 stitches for his wounds.


A friend of Negesrau, M Yogaiah, 41, said when he saw the group he ran and fell and grazed his arm. He said another man wounded by the same group is still recovering in the hospital.

One arrested, five questioned

Last Friday, a 14-year-old boy was set upon by a group of about six youngsters with wooden sticks at about 2pm. He was sweeping the floor alone in the home when they knocked on the door and pulled him out when he opened it.

The boy's elder brother told FMT that the attack was sparked off by an earlier argument.

"My brother had confronted a group of boys after they shot my youngest brother with a toy gun. One of them threatened him with a knife but the whole situation was diffused by the Rukun Tetangga people. But the next day, they came again.

Meanwhile, Petaling Jaya district police chief Arjunaidi Mohamed said the first case was caused by a misunderstanding while the second was "personal" in nature. He said one person was arrested for the Sunday case while five boys were questioned for the second.

A resident in the area, businessman Ravi said: "We heard about Kampung Medan rumours but that's totally untrue. But since that night, everyday there would be road blocks. Police would be patroling from 12 to 8am. Yesterday, some plainclothes policemen came and check our ICs, both Malays and Indians."

However, Ravi said he felt comforted by the police's concern. "We feel safe with their presence."

"It's always misunderstandings, never racism. If I see Malay boys on bikes I would also be mad, " said another resident, Che'An Osmar, 50, a shopkeeper.

On Wednesday, several police officers, including Selangor deputy police chief A Thaiveegan, visited the flats and spoke to residents. A dialogue with Arjunaidi was also held on Thursday. Seri Setia state assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad said several politicians also visited the area. He urged the public not to get excited by rumours.

Not racial in nature

Federal internal security and public order director and outgoing Selangor police chief Khalid Abu Bakar told FMT that eventhough there has been some fights and quarrels, they were not racial in nature.


"It is not so bad (as you think). But we not taking any chances," said Khalid.

"We are taking extra precaution. The whole area has always been under our close scrutiny. The situation right now is exactly like in Sri Muda, where Sabahans and Indians clashed. But there is nothing to be worried about."

"The incidents were simply caused by drunkards and naughty boys. We don't want it to escalate. We are taking all necessary precausions so that the situation won't be taken out of context and blown sky high," he said.

Asked when police patrols will return to normal, he said until he was satisfied that "everything was alright".



SOP Polis.......???

on Oct 22, 2010

(Gambar hiasan)


KOTA BHARU: Gara-gara tidak berpuas hati kenderaan dinaiki dipotong kenderaan lain, seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan berkenaan hingga terkena punggung kiri seorang penumpangnya dalam kejadian di Batu 2, Jalan Kuala Krai, dekat Bunut Payung, semalam.
Kejadian jam 1 tengah malam menyebabkan mangsa berusia 20 tahun dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) oleh dua rakannya sebelum menerima rawatan pesakit luar.
Difahamkan, sebelum kejadian, kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari Machang menuju bandar ini untuk menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Bunut Payung.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, kenderaan berkenaan memotong Perodua Kelisa dinaiki dua anggota polis di laluan sama.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata, sejurus kemudian kereta dinaiki anggota terbabit bertindak mengekori kenderaan mangsa bersama rakannya hingga ke Bunut Payung.
Menurutnya, anggota polis terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke arah Perodua Kancil itu sebelum terkena seorang penumpang hingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan di kawasan berkenaan.
“Selepas kedua-dua kenderaan berhenti, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum kedua-dua kenderaan termasuk kenderaan mangsa beredar dari kawasan itu.
“Selepas kejadian itu, rakan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan, Perodua Kelisa itu milik seorang anggota polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.
Katanya, berikutan kejadian itu, mangsa dihantar dua rakannya ke hospital akibat cedera di punggung kiri dipercayai terkena tembakan dilepaskan anggota polis itu.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat, anggota polis berkenaan dan rakannya dikatakan datang ke bandar ini kerana terbabit dalam satu kes perbicaraan.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya mengenal pasti seorang daripada anggota terbabit berusia 28 tahun manakala seorang lagi belum dikenal pasti dan mereka bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang.
“Berikutan kes itu, kami menghubungi Ketua Polis Pahang mengambil tindakan disiplin terhadap anggota terbabit. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya

PDRM bangunkan ‘Central Intelligence Unit’ tangani kes jenayah

on Oct 19, 2010

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membangunkan sistem ‘Central Intelligence Unit’ (CIU) sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan kemampuan polis dalam menyelesaikan kes jenayah berpandukan maklumat risikan tepat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, PDRM juga sentiasa menambah jumlah pegawai penyiasat dari semasa ke semasa untuk memenuhi kuota yang ditetapkan.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, PDRM berjaya menyelesaikan 230 kes atau 59.74 peratus daripada 385 kes bunuh yang dilaporkan.

"Bagi tahun 2008, sebanyak 446 kes atau 68.2 peratus daripada 654 kes telah diselesaikan dan bagi tahun 2009, jumlah penyelesaian kes ialah 392 kes atau 65.55 peratus daripada 598 kes yang dilapor,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai statistik penyelesaian kes bunuh di negara ini dan langkah kerajaan dalam memerangi jenayah berat seperti bunuh dan rompakan. - Bernama

Siapa pihak ketiga ganggu KDN: Umno-BN bimbang dakwaan Musa Hassan terbongkar....???

on Oct 17, 2010



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan yang mengesahkan terdapatnya pihak ketiga yang mengganggu tugas-tugas polis. Siapakah? Dengan samar beliau mendedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Namun, tiada sebarang tindakan dilakukan kerajaan. Musa yang masih berjawatan KPN membangkitkan perkara itu. Ada mesej tersirat yang patut rakyat persoal, tanya dan bongkar. Ia kes serius kerana melibatkan soal keselamatan negara. Ikuti pendapat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dalam memperkatakan isu ini dari sudut yang lebih lantang dan terbuka. Butirannya bersama Pengarang, TARMIZI MOHD JAM dan wartawan ANIS NAZRI serta SAADON AKSAH (English Section) yang menerjah ke rumahnya di Shah Alam baru-baru ini.

Baru-baru ini, bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan telah mendedahkan kewujudan 'pihak ketiga' dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sehingga dikatakan mengganggu urusan polis bekerja.  Apa reaksi saudara?


MOHAMAD SABU: Kita dah cakap lama, iaitu pihak polis ini bertindak tidak bebas dalam menyiasat satu-satu kes, terutama yang bersangkut-paut dengan jenayah. Jenayah perdagangan dan jenayah 'criminal'.  Kita tengok contoh dari awal dulu, kes BMF dengan beberapa orang didakwa di Hong Kong, tapi tak ada seorang pun dari kes itu didakwa di Malaysia. Sedangkan kes itu kes Malaysia, sebab Bank Bumiputera 'direct' bawah Perdana Menteri.  Sama juga macam Petronas. So... kita yakin polis kita tidak boleh pergi jauh dalam menyiasat satu hal yang bersangkut-paut dengan orang ketiga. Kenyataan Tan Sri Musa Hassan itu sudah terang lagi bersuluh sebab kenyataan dia itu kenyataan semasa dia masih KPN, bukan ketika dia sudah bersara.  Dan dia kata, lebih kurang la... "polis tak dapat jalankan tugas dengan sempurna kerana ada pihak ketiga..."  Yang lebih teruk lagi dia kata, "kami bukan orang upahan..."  Upahan di sini sudah tentulah bukan bermaksud gaji dan elaun. Daripada pendedahan itu, bagi saya ia satu perkara yang besar, yang rakyat kena tuntut untuk tahu bahawa soal jenayah begitu terancam. Dalam kata lain, polis gagal menjalankan tugas kerana gangguan pihak ketiga.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List