Siapa pihak ketiga ganggu KDN: Umno-BN bimbang dakwaan Musa Hassan terbongkar....???

on Oct 17, 2010



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan yang mengesahkan terdapatnya pihak ketiga yang mengganggu tugas-tugas polis. Siapakah? Dengan samar beliau mendedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Namun, tiada sebarang tindakan dilakukan kerajaan. Musa yang masih berjawatan KPN membangkitkan perkara itu. Ada mesej tersirat yang patut rakyat persoal, tanya dan bongkar. Ia kes serius kerana melibatkan soal keselamatan negara. Ikuti pendapat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dalam memperkatakan isu ini dari sudut yang lebih lantang dan terbuka. Butirannya bersama Pengarang, TARMIZI MOHD JAM dan wartawan ANIS NAZRI serta SAADON AKSAH (English Section) yang menerjah ke rumahnya di Shah Alam baru-baru ini.

Baru-baru ini, bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan telah mendedahkan kewujudan 'pihak ketiga' dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sehingga dikatakan mengganggu urusan polis bekerja.  Apa reaksi saudara?


MOHAMAD SABU: Kita dah cakap lama, iaitu pihak polis ini bertindak tidak bebas dalam menyiasat satu-satu kes, terutama yang bersangkut-paut dengan jenayah. Jenayah perdagangan dan jenayah 'criminal'.  Kita tengok contoh dari awal dulu, kes BMF dengan beberapa orang didakwa di Hong Kong, tapi tak ada seorang pun dari kes itu didakwa di Malaysia. Sedangkan kes itu kes Malaysia, sebab Bank Bumiputera 'direct' bawah Perdana Menteri.  Sama juga macam Petronas. So... kita yakin polis kita tidak boleh pergi jauh dalam menyiasat satu hal yang bersangkut-paut dengan orang ketiga. Kenyataan Tan Sri Musa Hassan itu sudah terang lagi bersuluh sebab kenyataan dia itu kenyataan semasa dia masih KPN, bukan ketika dia sudah bersara.  Dan dia kata, lebih kurang la... "polis tak dapat jalankan tugas dengan sempurna kerana ada pihak ketiga..."  Yang lebih teruk lagi dia kata, "kami bukan orang upahan..."  Upahan di sini sudah tentulah bukan bermaksud gaji dan elaun. Daripada pendedahan itu, bagi saya ia satu perkara yang besar, yang rakyat kena tuntut untuk tahu bahawa soal jenayah begitu terancam. Dalam kata lain, polis gagal menjalankan tugas kerana gangguan pihak ketiga.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List