Pemilihan PKR: Terbukti Akhirnya Pertembungan Satu Lawan Satu Antara Samsul Iskandar Dengan Chegubard Bertanding Bagi Jawatan Ketua AMK !!
Akhirnya pertembungan dua"jagoan anak muda reformasi"terunggap jua hari ini. Samsul Iskandar Md Akin (Sam) danBadrul Hisham Shahrin(Chegubard) bakal berentap untuk menentukan siapakah Ketua AMKdalam Pemilihan PKR 2010 ini. Sementara itu, dua lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini untuk turut bertanding bagi posisi penting tersebut, iaitu Rafizi Ramli danHasmi Hashim menarik diri. Shamsul hadir bersama kira-kira 100 orang penyokongnya pada jam 2.00 petang tadi untuk menghantar borang pendaftaran, sementara Chegubard tiba kira-kira 15 minit kemudian. Shamsul turut diiringi oleh barisan Exco bayangannya, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin(Jonah) yang bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua AMK dan Chan Ming Kai yang menawarkan diri bagi jawatan Naib Ketua AMK. Sementara itu, Chegubard turut diiringi oleh Chang Lih Kang yang menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Ketua AMK, bersama-samaYunus Jamhari, yang menawarkan diri bagi jawatan Naib Ketua AMK. Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Chebubard yang pada awalnya dijangka boleh menang mudah sekiranya Rafizi dan Hashimi bertarung dalam pemilihan jawatan tersebut. Kini, laluannya agar sukar dan penuh berliku. Malah, berbagai tuduhan yang dilemparkan oleh penyokong Chegubard kepada Samsul kini seolah-olah sudah tenggelam begitu sahaja. Samsul sebelum ini dikatakan akan bertanding jawatan Naib Presiden untuk memberi laluan mudah kepada Chegubard. Namun, keputusan itu berubah selepas beliau pulang dari Jakarta baru-baru ini. "Saya bukannya U-Turn, tapi hanya pilih T-Junction", kata Samsul ketika ditemui selepas beliau menghantar borang pencalonannya itu. Kenyataan ini menunjukkan beliau berada di dua persimpangan dan boleh memilih salah satu darinya untuk bertanding. "Saya hanya menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden, bukan bermakna saya harus memilih jalan itu", katanya lagi. Berikut adalah senarai terkini calon-calon AMK.
Sila klik untuk besarkan imej senarai calon pemilihan AMK 2010 ini
[Pertembungan dua penjuru ini memang tidak dapat dijangka oleh ahli PKR sebenarnya. Mereka sungguh terkejut dengan apa yang berlaku. Namun, inilah hakikatnya berpolitik. Cuma apa yang diharapkan agar kedua-dua pemimpin terbabit dapat bertanding secara "anak jantan", tidak mengutuk peribadi masing-masing dan hanya memperjuangkan manifesto untuk membawa perubahan besar kepada anak muda. Inilah yang paling utama sebenarnya. Semoga pertembungan ini dpat berjalan dengan baik dan tidak wujud jurang perbezaan yang lebih besar antara kedua-dua penyokong calon terbabit atas keputusan yang berlaku kelak. Selamat berjuang buat Samsul dan juga Chegubard. Harapan Baru Anak Muda !!].
Sumber:-PDO
0 comments:
Post a Comment