Sudahkah Ezam Periksa Najib Luar dan Dalam.........???

on Oct 17, 2010

SELAPAS dilantik menjadi senator boy, Ezam Mohamad Nor secara automatik mengambil alih tugas bekas Perdana Menteri ke 4, untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim sampai lumat dan berterusan. Keadaan kesihatan Mahathir yang tidak begitu membanggakan akhir-akhir ini telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh Ezam untuk mengutuk Anwar. Baru-baru ini Mahathir dimasukkan ke hospital di Malborne Australia kerana dijangkit kuman. Kejadian itu selepas Mahathir pulang dari bertemu mesra dengan para penumpang keretapi di stesen keretapi di Pasir Mas.


Mereka yang selama ini tidak pernah pekak telinga Mahathir menyerang dan membelasah Anwar terubat dengan kehadiran Ezam. Perlantikan Ezam menjadi senator antara lain tujuannya bagi meneruskan kerja-kerja Mahathir dalam kerajaan secara rasmi. Itupun yang diharapkan kepada Ezam dengan perlantikan itu. Ezam semacam menanggung pesaka Mahathir dalam membelasah Anwar.

Seorang penganalisa dari menara di ganding pernah memberi pendapat mengatakan perlantikan Ezam itu membolehkan kebejatan Anwar akan dibawa langsung oleh Ezam ke dalam dewan senat! Katanya perlantikan Ezam itu dialu-alukan. Alangkan dangkalnya penganalisa berkenaan kerana telah mengharapkan Ezam terus membelasah Anwar daripada membawa idea untuk ummah di senat.

Ternyata harapan Umno kepada Ezam tidak sia-sia. Elaun sebagai anggota senat sebanyak RM12,000 itu dimanfaat sepenuhnya seperti mana dikehendak Umno. Malam tadi di ceramahnya untuk menyelamatkan Selangor, Ezam untuk kesekian kalinya mengutuk bekas ketuanya itu. Kali ini beliau mencabar Pas supaya berjumpa dengan pembacuh kopi untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Tujuan Ezam biarlah pembacuh kopi yang mendakwa dia diliwat Anwar itu menceritakan keadaan sebenarnya. Katanya Ezam Pas sebagai sebuah parti Islam yang mempertahankan prinsip Islam dan keadilan wajar berbuat demikian dan tidak hanya mendengar penjelasan daripada Anwar atau pihak Anwar saja yang memutar belitkan cerita dan fitnah.

Saya bersetujuan dengan pandangan Ezam itu. Tetapi apakah beliau sendiri telah melakukan keadilan dan mempertahankan di dalam hal ini tanpa menzalimi mana-mana individi? Apakah beliau baru melihat keadilan dan keperluan itu setelah beliau mendapat jawatan senator?

Saya mahu bertanya kepada Ezam apakah dia telah berjumpa sendiri dengan Azizan Abu Bakar - bekas driver Wan Azizah yang telah membuat pengakuan diliwat Anwar dulu. Apakah beliau telah berjumpa sendiri dengan semua orang yang dibawa ke mahkamah atas dakwaan diliwat atau melakukan liwat bersama Anwar dan menginterviu mereka?

Semasam Ezam mempertahankan bekas bosnya dalam isu liwat Bahagian Pertama dulu, tidak pernah Ezam menjelaskan ia dia telah menemu ramah semua mangsa-mangsa itu. Tidak ada pun cerita terkeluar dalam mahkamah beliau berunding dan berjumpa mereka seperti dalam kes liwat Bahagian Kedua ini. Dalam kes liwat Bahagian Kedua ini Ezam telah menemu ramah dan berjumpa dengan pembacuh kopi sehingga ke dini hari di Rawang? Apakah pertemuan dengan pembacuh kopi itu beliau menemu ramah atau membuatdummy untuk memerangkap Anwar yang sudah dibencinya?

Apakah keadaan dan pendirian yang Ezam ambil waktu itu untuk mempertahankan Anwar hingga sanggup ke dalam penjara? Makanya hari ini Ezam tidak perlu mencabar Pas untuk menemu ramah ataupun menyelak kain pelikat pembacuh kopi untuk melihat bagaimana keadaan lubang duburnya! Tidak perlu.

Terima kasih kepada Ezam yang berbuat begitu! Untuk mendapat bukti yang jelas harus beliau berbuat begitu. Kalau itulah yang berlaku maka jawatan senator yang diperolehi hari ini adalah hasil kesanggup beliau melakukan kerja-kerja diluar kebiasaan dilakukan doktor itu, mengobek lubang dubur? Saya kata begitu kerana Ezam tidak hanya boleh mempercayai apa yang dikatakan oleh pembacuh kopi itu semata-mata tanpa beliau sendiri kena mengobek dan melihatnya.

Apabila Ezam menyuruh Pas berjumpa dengan pembacuh kopi Ezam seolah tidak memahami politik rentak dan kerencaman politik. Pas menyokong Anwar dari dulu hingga kini bukan kerana Anwar bersih atau tidak. Itu soal peribadi Anwar. Kalau Pas hendak mengambil kira kekotoran manusia politik Pas yang Islam seperti fahaman Ezam itu tidak harus menyokong sesiapa saja, hatta ahlinya sendiri.

Kenapa Pas boleh bersama orang bukan Islam dalam usaha untuk meraihkan sokongan? Kenapa. Begitu juga kenapa Ezam boleh berkawan dan menerima nasihat Nalakarupan? Bukankan persahabatan itu atas tujuan politik. Seperti mana Ezam membelakangkan soal keperibadian dan akidah Nalakaruppan maka begitu juga Pas membelakangkan soal ketidak samaan akidah dengan rakan-rakannya yang lain. Begitu juga terhadap penerimaan Pas terhadap Anwar.

Tetapi dalam soal ini Pas menyokong Anwar kerana Anwar dapat membantu perjuangannya. Anwar menjadi kuasa yang mampu untuk menolak kuasa huduh dan mendapat kuasa baik. Atas prinsip matlamat menghalalkan cara - seperti mana juga Ezam lakukan Pas tidak perlu mempedulikan itu semua. Saya bersetuju dengan sikap dan pandangan Pas, atas landasan politik sekular yang didokong oleh prinsip 4C.

Kalau Ezam nak cabar Pas agar memastikan sejauh mana kebersihan dan ketulusan Anwar saya nak cabar Ezam pula. Sejauh manakah beliau meletakkan nilai kesucian dan kebersihan yang ada kepada Najib Razak dalam hal ini? Apakah Najib begitu kudus dalam pandangan Ezam. Apakah standard yang digunakan Ezam dalam soal ini? Lupakah Ezam kepada krtikan-kritikan beliau terhadap Najib? Atau sebemuanya termansuh apabila beliau dilantik menjadi senator?

Bukan sahaja Najib bagaimana penilaian Ezam terhadap isteri Najib, Rosmah Mansor? Apakah bagi Ezam Rosmah lebih baik daripada Wan Azizah? Biarlah Ezam menjawabnya? - MSO-

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List