Bajet 2011 : Mungkinkah PRU Ke 13 Berlangsung Tahun Depan......???

on Oct 17, 2010

RAMAI pihak termasuk ahli politik, penganalisis ekonomi dan politik awam berpendapat, Bajet 2011 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu sebagai bajet pra- pilihanraya.
Ketua pembangkang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan TV swasta Singapura, Channel News Asia (CNA) mendedahkan secara tegas, bajet yang diumumkan Najib jelas menunjukkan kerajaan BN mungkin bakal mengadakan pilihanraya umum (PRU) ke-13 pada tahun depan.



Ini berdasarkan banyak projek mesra rakyat yang diperkenalkan Najib yang disifatkan sebagai gula-gula untuk memancing hati dan undi rakyat.
Ketua Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (yang baru dilucutkan gelaran Datuk dari Sultan Kelantan) dalam wawancara sama juga bersetuju bajet kali ini lebih banyak memihak dan membela rakyat bawahan dan sederhana sekaligus menujukkan Najib mungkin boleh memanggil PRU ke-13 bila-bila masa selewat-lewatnya hujung tahun depan.
Andaian itu tidak boleh dinafikan dan boleh menjadi bahan renungan jika dikaji dari banyak inisiatif dan insentif yang diberikan kerajaan untuk kejahteraan rakyat umum khususnya yang berpendapatan rendah. Antaranya seperti tersebut:
  • Elauan Imam naik dari RM450 kepada RM750
  • Imbuhan Guru Kafa dinaikkan dari RM500 kepada RM800
  • Kadar Tol di empat lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempuh 5 tahun
  • Pinjaman perumahan 100 peratus bagi rumah pertama melalui jaminan kerajaan bagi rumah di bawah harga RM220,000
  • Elaun pengerusi JKKK dan JKKP, Tok Batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi Kampung Baru dinaikkan kepada RM800
  • Pemansuhan 5 – 30 peratus duti import untuk 300 jenis barangan pelancungan dan barangan kegunaan harian yang berjenama dari beg tangan, kasut, barangan kemas tiruan, syampo, selimut hingga kepada pakaian dalam
  • Cuti bersalin bagi penjawat awam kerajaan dilanjutkan dari 60 hari kepada 90 hari
  • RM5,000 diberikan sebagai pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan dan penjagaan ibu bapa bagi kakitangan kerajaan
  • Bantuan khas RM500 (bagi menggantikan bonus tahunan) persiapan sekolah bagi penjawat awam gred 54 ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan
  • Menaikkan kelayakan pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan dari RM360,000 kepada RM450,000
Bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi, bajet ke-53 itu turut menumpukan kepada usaha pembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diharapkan boleh membawa kesejahteraan rakyat.
Dengan peruntukan RM212 billion - meningkat 2.6 peratus berbanding Bajet 2010 - bajet tahun depan itu disasarkan mencapai matlamatnya menerusi empat strategi; iaitu meransang kembali pelaburan swasta, membangun modal insan, mensejahterakan hidup semua rakyat dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

Najib berkata, dari peruntukan RM212 billion itu, 162.8 billion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 billion untuk perbelanjaan pambangunan. Menurut beliau, perlaksanaan pelbagai inisiatif dalam bajet itu, ekonomi negara dijangka mampu berkembang pada kadar antara lima hingga enam peratus tahun ini dan pendapatan perkapita diunjurkan berkembang 6.1 peratus kepada RM28,000 sementara pendapatan perkapita mengikut kuasa beli pariti meningkat kepada AS16,000. Beliau turut mengumumkan penyemakan semula kadar pertumbuhan ekonomi bagi negara tahun ini kepada tujuh peratus berbanding enam peratus sebelumnya.
Setengah penganalisis ekonomi berpendapat, angka pendapatan perkapita dan pertumbuhan ekonomi negara yang diunjurkan Najib agak terlalu over-confidence sedangkan situasi ekonomi dunia belum pasti positif tahun 2011 jika dikaji ekonomi Amerika yang dikatakan belum menentu akibat krisis matawangnya yang berlanjutan dengan China.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List